Domain Baru

Alhamdulillah, selepas setahun lebih membiarkan domain tak direnew, akhirnya Jumaat lepas, blog ini kembali bernafas. Tapi menggunakan domain baru.

Domain lama Jendelahidup.com telah pun terkubur, itu la lambat sangat renew. tak apalah, biarkan la ianya pergi..kita berjodoh dengan hayaro.com pulak. moga kekal selamanya, maksudnya jangan cuba lupa untuk renew setahun dari sekarang!
Gambar lama ni.cilok dari blog , ketika berat 80kg.

Kak Aya renew semula walaupun asalnya nak lupakan terus blog ni sebab terasa sayang dengan post-post dan gambar yang ada kat sini.

Melalui blog ini, ada persahabatan terjalin walaupun hanya sekadar secara maya. Persahabatan yang istimewa. 

Ada kenangan-kenangan manis sepanjang tempoh berblog dulu.

Kini, tampil semula sekadar untuk menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyimpan kenangan.

Mungkin saat ini, blog bukan sepopular dulu  tapi untuk mereka yang lebih low profile, blog ni masih relevan.

Memang sekarang ni ramai blogger dah beralih arah ke IG dan FB tapi masih ramai yang cuba mengekalkan blog mereka.

Sepanjang setahun lebih blog ni hilang dari radar, banyak jugak cerita kehidupan yang dilalui, moga ada rezeki untuk menulis semula tentang kisah lalu dan yang sedang dilalui.

Ada yang sudi datang, Alhamdulillah syukur, tapi kalau sepi tanpa pengunjung pun tidak la kecewwa sendiri.

Moga ada yang masih sudi meninjau di sini );


2 comments :

Sheila Adziz said... [Reply to Comments]

Allhamdulillah.... happy blogging ye

Kak Aya said... [Reply to Comments]

terima kasi sudi dtg..

Post a comment