Posts

Showing posts from 2019

KEMBALI DENGAN INTERMITTENT FASTING

Assalamualaikum, Setelah hampir 2 minggu sesat dalam dugaan makanan , Kak Aya kembali memulakan IF. Berat pagi tadi 77.4 kg. Kak Aya yakin kalau nak lebih cepat penurunan berlaku, kena padankan IF dengan Eat Clean. Buat masa ni Kak Aya memang belum bercadang nak padankan IF & Eat Clean, sebab Disember ni memang agak menduga sikit, maklumlah anak anak tengah bercuti kat rumah. Apa yang Kak Aya buat adalah stop makan pada pukul 8 mlm, pukul 12 tengah hari esoknya baru makan semula. Makanan pun tak ada bersukat bagai. Makan je macam biasa. Itu adalah untuk Disember ni la, Januari nanti kita cuba la ubat. Susah nak cari dalam internet pengalaman mereka yang menggunakan IF ni. Ada la dalam Youtube tapi Kak Aya suka baca dalam blog blog. Kak Aya nak cuba blogkan setiap usaha IF kak Aya ni. Insyaallah kalau dah menjadi, boleh jadi panduan kepada orang lain jugak.

Resipi Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum, Kak Aya kan dah buntu nak masak apa tiap pagi sejak bermulanya cuti sekolah. Macam macam resipi mudah dah cuba sepanjang 2 minggu cuti sekolah, ada lebih kurang sebulan lagi ni nak habis cuti. Semalam google resipi nasi goreng daging, terjumpa la resipi mudah, terus salin. Lupa pulak kat blog mana kak aya jumpa tu. Pagi tadi terus buat sebab bahan-bahan dah ada kat rumah. Kak Aya masak nasi 3 pot . Bahan-bahan yang Kak Aya guna mcm kat bawah ni, bilis goreng tu kak aya tambah tau..sedap kalau letak bilis goreng rangup dan kita tumbuk lumat dan gaul terus ke dalam nasi yang belum digoreng. 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang merah 10 biji cili api 1 keping Daging Kisar Ramly 3 biji telur ayam kampung - (sebab ada telur ni je kat rumah, guna 3 biji sebab telur ayam kampung tu saiz kecik) Bilis Lobak merah Garam sikit, Secukup Rasa sikit. Kak Aya nak cepat pagi pagi jadi kak aya blend je bawang merah, bawang putih dan cili api tu. Kalau rajin nak tumbu

SATU TARIKH 2 CERITA

Assalamualaikum Hari ni 4/12/2019, ulangtahun kelahiran anak bujang tercinta, Umar Faris bin Fahmee, yang ke 13 tahun. Mama doakan Umar beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat, menjadi hamba Allah yang beramal soleh dan bertaqwa. Pada tarikh hari ni jugak la, hari pemergian ustaz tercinta, yang mengajar Kak Aya dan rakan rakan sepejabat mengaji Al Quran dna ilmu2 lain berkaitan Sirah, Tauhid, Fekah . Alfatihah untuk Ustaz Azman Ahmad atau lebih dikenali sebagai Azman Al Kurauwi. Sudah 3 tahun ustaz pergi. Kami sentiasa mendoakan agar roh ustaz ditempatkan bersama para solehin. Ilmu ilmu ustaz kami manfaatkan sebaik mungkin.

Happy Birthday to Me!

Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur pada Ilahi masih bagi peluang dan ruang untuk Kak Aya perbaiki diri, tambah amalan , cari ilmu bermanfaat dan jadi orang lebih baik dari hari-hari semalam. 46 tahun dah rupanya...tapi tak la terlalu tua. lagi pun umur tu angka je hi hi. Yang risaunya angka kian bertambah, dosa turut bertambah, pahala berkurang..itu sangat menakutkan bagi sesiapa pun. Moga Allah terus melunakkan hati ini untuk terus menjadi lebih baik .

Cuti Cuti Terengganu

Assalamualaikum, Amboii tajuk bukan main noo. Padahal nak balik kampung je pun, gaya macam nak pi bercuti hi hi. Excited betul tunggu nak balik kampung kali ni sebab dah lama sangat tak balik. Kalau tak ada aral Insyaallah minggu depan Kak Aya dan anak anak serta Ucu gerak balik Terengganu. Menu makanan dah terbayang dalam fikiran. IF memang dilupakan terus untuk 5 hari di Terengganu. Selain nak jamu selera, nak jalan jalan jugak kali ni. Moga belum start musim bah di Terengganu. Anak anak pun dah sakan happy. Nak balik jumpa nenek, nak bakar sampah , nak makan Ikan celup tepung, minum ABC. Haish macam macam la kalau dah balik kampung tu. Moga berat tak naik banyak kali ni.walaupun makan banyak ( dalam mimpi la kak aya oiii)

MINGGU KEDUA INTERMITTENT FASTING

Nampaknya untuk minggu kedua ni agak ke laut dalam. Dah masuk hari ke 4 untuk minggu kedua ni. Tidakla gagal terus tapi sepertinya kurang menjadi. Umar cuti minggu ni kerana pelajar Form 5 dan Calon Persendirian SPM menjalani peperiksaan di sekolahnya. Jadi pelajar bergilir gilir cuti. Bila anak ada kat rumah, automatik selera susah sangat nak dikontrol. Jadi agak goyah di situ. Oleh kerana kegoyahan tu...malas la nak timbang dulu, rasa macam tak ada perubahan positif. Berakhir minggu ke 4, Insyaallah Kak Aya timbang. Tengok ada staff sini berat akhir Dec 2018 hari tu 80 kg, sekarang dah 59-58kg. Caranya: Diet tanpa karbo untuk Isnin - Jumaat.. Sabtu Ahad makan macam biasa apa je terlintas depan mata. Cantik ayunya dia sekarang..masih muda sebenarnya dia. Kita ni dah kertu, tak semudah orang muda untuk turunkan berat badan tapi yang penting jangan cepat give up walaupun ko dah usaha 138 kali sepanjang usia hidup ko..aa gitu. So siapa yang terbaca post Kak Aya ni

Rancangan 999 TV3

Assalamualaikum Tengah lunch ek? Kita kat sini dah sendawa Alhamdulillah. Hari ni bawa bekal Makaroni Goreng, sarapan dan lunch menu yang sama, dasar pemalas nak masak 2,3 jenis ..nak makan perut sendiri je, apa je pun boleh. Malam tadi lepas makan malam bersama Zahra, owh makan malam tadi menu ayam masak lemak cili api dan ada sikit sambal tempoyak..2 pinggan youuu. Lepas makan malam tu, kami berdua tengok TV..walaupun hari ni budak tu periksa, malas nak belek buku , budak tadika je pun malas nak paksa paksa beria..hari ni dapat jawab Alhamdulillah, tak dapat jawab sendiri bersalah la. Tengok Buletin Utama mula mula tu..bersambung pulak dengan menonton 999, memang tiap minggu Kak Aya suka tengok 999, Zahra tak faham apehal mama dia suka sangat tengok rancangan ni. Tak boleh nak hadam betul rasanya bila tengok keadaan satu restoran di Pulau Pinang yang diserbu pihak berkuasa. Aduiii kotornya dalam kawasan dapur depa tu. Rasanya patut tutup aja terus restoran yang kotor ma

Peperiksaan Akhir Tahun 2019

Assalamualaikum Dah pertengahan Oktober rupanya, mana janji nak updte blog lebih kerap tu? Hi hi ..kadang tu tak ada idea nak tulis..itu la yang selalu jadi penghalang. Minggu ni ketiga-tiga anak Kak Aya menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi mak ni, periksa mana mana pun tetap berdebar tetap mengharapkan anak anak buat yang terbaik. Macam Kak Aya ni mampu berdoa je la, nak tolong ajar memang tak pandai, Kak Aya sendiri pun belajar sekolah tak tinggi mana . Semoga semua anak kita dapat menjawab dengan baik, diberikan ingatan yang tajam dan kefahaman yang jelas. Lepas habis periksa, semua anak pakat happy nak cuti panjang, mak jugak tetap risau...bukan apa, hari hari sepanjang cuti panjang duk fikir nak masak apa untuk ditinggalkan kepada anak anak sepanjang keluar bekerja. Nadhirah dah boleh masak simple-simple tapi setakat ni ada la beberapa kali je dia turun masuk dapur untuk masak...yang selalunya turun untuk ambik pinggan cedok nasi dan lauk je la hi hi. Bagi Nadh

Jerebu - Sekolah Tutup

Alkisahnya, petang Rabu tu ada pengumuman dalam group whatsapp Kelas Umar, meminta ibubapa menjemput anak-anak dari asrama untuk dibawa balik rumah kerana sekolah cuti 2 hari kerana bacaan IPU dah melebihi 200. Malamnya group whatsapp Kelas Nadhirah pulak memberitahu perkara yang sama. Ok kami suami isteri bercadang nak jemput lepas Isyak. Tak payah nak kalut-kalut. Kadang kadang ada rasa gelihati dengan telatah parents, sebelum pihak sekolah mengesahkan para pelajar boleh pulang ke rumah, ada beberapa ibu terlebih dahulu memohon pengesahan , boleh bawak balik tak anak petang ni? PPD Gombak dah keluarkan kenyataan cuti 2 hari. Ada yang forwardkan salinan kenyataan media PPD Gombak tu, dapat daripada kawan yang kerja dalam tu. Ada yang forward benda yang sama tetapi sumber daripada keluarga terdekat. Bertalu talu soalan adakah boleh ambik anak sekarang? Kak Aya senyum je baca. Terfikir jugak, pihak sekolah dah tentu la dapat jugak kenyataan media tu, cuma untuk arahan pulang

Jerebu 2019

Hari ni dah masuk minggu ke 3 Malaysia dilanda jerebu. Kat rumah tu, Ucu dah hilang suara, Zahra batuk sikit, Mamanya sakit kepala. Kakak di asrama pun hilang suara. Kata kakak, kawan-kawan sekelas pakat duk gelakkan suara dia.. Pakai face mask , tapi kejap je sebab rasa macam sesak nafas pulak..aduiii Kak Aya ni..tapi memang betul rasa macam lemas gitu. Dulu masa 1997, Malaysia teruk jugak dilanda jerebu..ingat tak ? ke ramai yang belum lahir time tu? Kak Aya masa tu baru lagi kerja kat company ni tapi masuk tu ofis tu kat Jalan Ipoh. Tinggal di flat Jalan Perhentian, Sentul.. Macam mana nak bendung masalah ni ye? Penguatkuasaan kena ketat dan tegas kot..ntah la tak pandai sangat tentang pengurusan negara ni. Selain cuaca jerebu, poket pun jerebu jugak..hari hari duduk tunggu gaji hi hi. Fikiran pun berjerebu bila tak ada duit. Pendek kata serba serbi jerebu . Hujung minggu ni ada jemputan majlis kahwin kat Shah Alam..kawasan yang teruk berjerebu tu. rumah sepupu kepad

UPSR 2018

Assalamualaikum, Hari ni hari terahkhir peperiksaan UPSR 2019. Terkenang time ni tahun lepas, hari terakhir rasa lega sangat..sejak awal tahun ibubapa pun sama stress dengan anak-anak, tapi rasaya mak yang lebih stress kot. Bermula hari pertama periksa tu, Kak Aya akan tunggu Umar sehingga dia masuk ke dewan peperiksaan. Perasaan tiap pagi bersama dengan ibubapa lain adalah sangat bersemangat dalam debaran yang penuh di dalam dada. Rasa sayu melihat anak anak berjalan masuk ke dewan , ibubapa hanya mampu terus berdoa dan doa. Kalau dibenarkan masuk ke dewan mau semua pakat serbu masuk dewan hihi. Begitu la bila jadi mak ayah ni, semua peristiwa melibatkan anak anak adalah penting . Sampai bila bila jasa guru-guru Sek Kebangsaan Sungai Tua di dalam ingatan dan doa Kak Aya mereka semua di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selamanya. Di sekolah itulah Nadhirah Yasmeen dan Umar Faris mula menjejak kaki ke alam persekolahan. Sekarang Zahra pulak sedang menunggu keputusan ra

Borak Santai

A ssalamualaikum, Dah makan tengah hari ke? Kak Aya baru selesai cuci tangan cuci mulut. Alhamdulillah. Kak Aya belum jumpa template yang sesuai untuk blog ni, guna aja la apa yang ada. Nak tukar tukar tak pandai sangat, sebelum ni rajin upah designer utk design, kali ni biarla dulu. Sekarang ni dapat update kat ofis je, kat rumah PC dah rosak, Laptop pulak selalu suami bawak ofis, Malam baru dia bawak balik , kita pun dah sibuk dengan urusan lain. Cuba jugak guna Hp tapi asyik-asyik publish failed. Tak pandai nak godek. Kalau guna PC ofis, tak ada gambar la..sebabnya staff tak boleh nak transfer gambar sesuka hati. kalau nak juga perlu guna USB Company. Satu hal nak meminjam dengan bos hanya kerana nak transfer gambar peribadi. Beberapa hari ni memang baca post sendiri je, macam rindu sungguh rasanya..baca komen kawan kawan blogger. Paling sayu bila baca komen arwah Kak KasihRedha. Terasa sangat kehilangannya. Ramai jugak lagi yang masih maintain update blog ye.. Kak Aya t

Domain Baru

Image
Alhamdulillah, selepas setahun lebih membiarkan domain tak direnew, akhirnya Jumaat lepas, blog ini kembali bernafas. Tapi menggunakan domain baru. Domain lama Jendelahidup.com telah pun terkubur, itu la lambat sangat renew. tak apalah, biarkan la ianya pergi..kita berjodoh dengan hayaro.com pulak. moga kekal selamanya, maksudnya jangan cuba lupa untuk renew setahun dari sekarang! Gambar lama ni.cilok dari blog , ketika berat 80kg. Kak Aya renew semula walaupun asalnya nak lupakan terus blog ni sebab terasa sayang dengan post-post dan gambar yang ada kat sini. Melalui blog ini, ada persahabatan terjalin walaupun hanya sekadar secara maya. Persahabatan yang istimewa.  Ada kenangan-kenangan manis sepanjang tempoh berblog dulu. Kini, tampil semula sekadar untuk menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyimpan kenangan. Mungkin saat ini, blog bukan sepopular dulu  tapi untuk mereka yang lebih low profile, blog ni masih relevan. Memang sekarang ni ramai blogger dah ber