Mencuba Resipi Nasi Arab

Assalamualaikum

Sabtu lepas, kak aya mencuba masak nasi arab..eh macam tak percaya pulak nak cuba masak nasi arab.

Sejak dua menjak ni memang rasa nak cuba masak macam-macam je.

Bagus ke perasaan tu? Hi hi lawak la pulak sebab memang kak aya ni bukannya jenis reti memasak.

Takat masak yang sangat biasa biasa tu boleh la...

Jumaat tu mintak resipi nasi arab , dari sahabat kak aya .

ok dia ada bagi resipinya..

owhhh senang je ghupanya.

Pagi Sabtu tu, Kak aya ke pasar, beli ayam, beli rempah nasi arab sekali.

Kak Aya ikut mana yang boleh ikut resipi sahabat kak aya tu:


Ayam
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, masukkan air dan ayam..garam sikit. Rebus hingga empuk.
2. Kemudian perap ayam tu .( untuk perapan, guna rempah + garam + gula)
3. Perap sejam atau lebih. Kak Aya perap sejam je.


Nasi

Rendam beras basmathi selama 20 minit.
Bersihkan dan toskan.
Tumiskan menggunakan minyak sapi -bawang merah,bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang, masukkan pulak rempah nasi arab yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam ( jumlah air bergantung kepada jumlah beras yang digunakan).

Bila dah mendidih, Kak Aya pindahkan ke dalam rice cooker.
Masukkan beras dan 2 keping ayam perapan.

Masak macam biasa.

Hampir masak , titiskan pewarna..kak aya guna sirap, hasilnya nasi warna pink.

Lebihan air rebusan ayam tu Kak Aya masak sup kosong.

Lepas tu sediakan sos - blend buah tomato, bawang putih, daun ketumbar, garam dan gula..blend kering tanpa air...nanti buah tomato tu akan keluarkan air.

Siap untuk dimakan.

Maaf tak ada gambar.

Kak Aya masih tak berubah, malas nak petik petik ambik gambar.

Bayangkan sendiri je la ye.

Komen suami : Boleh laaa untuk kali pertama mencuba.

Komen anak-anak: Ok je tapi sos tu sangat best! Aiik sos tu yang dapat lebih pujian?

Ok Alhamdulillah kerana tak bersisa, semua habis dimakan.

Nanti boleh cuba lagi untuk mahirkan diri. Kami anak beranak memang suka makan nasi arab. ..selalunya kami ke Restoran D'Cafe Jalan Duta..memang sedap nasi arab kat situ.




Comments

  1. nanti bila dah boleh makan nasik saya nak try la..saya masih buat atkins ..mampu bayang kan je ni..tak boleh bayang lebih2 ..nanti teringin..heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu