KISAH SEORANG MADU EPISOD 10

Assalamualaikum duhai pembaca blog Naura...

Apa khabar semua agaknya selepas Kak Hani meninggalkan kalian lebih daripada seminggu.

Kak Hani doakan biarlah semua sihat walafiat ...masih berdaya untuk menjenguk entry Kak Hani.

Kak Hani Alhamdulillah masih berupaya untuk mengetuk papan kekunci ni dan masih ingin meluahkan rasa di dada skrin ini...wahh ayat ntah apa-apa kan? Layankan aja la..

Kak Hani bercuti beberapa hari je hari tu.

Suami Kak Hani sibuk sikit minggu lepas, kebetulan pulak ye...isteri dan anak-anak yang 'di sana' tu demam denggi...ni kali kedua , kalau tak silap Kak Hani.

Kak Hani anak beranak doakan semoga mereka cepat sembuh, kesian jugak sebab yang sulong tu akan menduduki UPSR minggu depan.

Galau sangat nampak suami Kak Hani sepanjang minggu lepas..moody pun ye.

Kak Hani macam biasa je la, time dia kat sini, Kak Hani sediakan makan minum seperti biasa. 

Cuma kalau suami tengah moody macam tu, jangan sesiapa nak happy sangat la..nanti kena sound. Hmm mcm tu la kami anak beranak, kalau si ayah tu dalam keserabutan, memang kami ni kena turut monyok..kita borak pun dia macam dengar tak dengar je..kalau nak happy , tunggulah dia ke sana.

Kehidupan Kak Hani selepas 15 tahun ni macam biasa je..banyak episod duka tapi semua tu asam garam kehidupan, kan?

Kalau nak di detailskan di sini, rasanya mesti ada yang bertanya, kenapa kak hani tak  memohon untuk berpisah saja? Tak apalah, selagi boleh bersabar, Kak Hani akan bersabar...sekarang ni dah alah bisa tegal biasa.

Kak Hani lebih senang menghabiskan masa bersama anak-anak..walaupun hanya sekadar keluar makan je, window shopping je, keriangan amat terasa.

Cuma terasa juga simpati di hati melihatkan suami yang terpaksa melalui semula episod awal-awal perkahwinan kami dulu..kena kerja keras, melayan kerenah anak-anak yang masih kecil, pening dengan perbelanjaan sekolah anak-anak dan macam-macam lagi la....(tau sebab curi baca hanphone hik hik).

Hidup berpoligami ni sangat menuntut kesabaran yang cukup tinggi.

Bukan mudah untuk melalui ujian ini.

Suami perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi , sebab nak memimpin dua keluarga bukannya mudah...silap-silap jalan di padang mashyar esok senget sebelah.

Kak Hani berdoa semoga kami semua dibawah limpahan kasih sayang Allah s.w.t. Semoga kami semua kuat mengharungi dugaan kecil ini.

Salam Sayang

Kak Hani.

Comments

  1. Time susah takde sape yang nak.. time senang.. ada je yang nak menghimpit..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu