PENULIS TAMU : KISAH SEORANG MADU EPISOD 8

Assalamualaikum dan salam saaaayang untuk semua  reader entry Kak Hani 

Panjangnya ucapan salam hari ni. 

Rasa bertuah kerana ada insan-insan yang sudi 'mendengar' luahan rasa 
Kak Hani yang sekian lama tersimpan rapi . 

Terima kasih sebab dah mula ada yang bagi komen...Kak Hani sangat menghargainya. 

Ramai sebenarnya yang senasib dengan Kak Hani cuma mungkin mereka tidak ada blog

untuk berkongsi rasa, kalau ada pun , segan nak share di blog sendiri.  

Maaf kalau penulisan Kak Hani ni hambar, gaya orang tua menulis, manakan sama
dengan penulisan anak remaja. 

Memang skema je la ayat-ayatnya. 

(HARI NI ANNIVERSARY KAK HANI DAN SUAMI YANG KE 25 TAHUN. KELUAR MAKAN 4 BERANAK TADI)


Kak Hani akan bercuti beberapa hari kerana ada beberapa perkara nak diselesaikan-

urusan keluarga Kak Hani.  Jadi Kak Hani tak muncul la di blog ni untuk beberapa waktu
atau stop terus, tengok keadaan..kot ada yang bosan membacanya.

Harapnya tak ada la yang frust. ***perasanituperlu

Oleh kerana nak bercuti , Kak Hani bercadang nak karang entry yang panjangnya 
boleh cover sepanjang ketiadaan Kak Hani nanti. 

Harap sudi membacanya hingga ke noktah terakhir dan bagi komen ok? Komen-komen readers boleh bantu orang lain jugak selain boleh cheer up hati Kak Hani ...mana tau antara readers tu pun bermadu macam Kak Hani jugak. 

Dalam entry ni ada jawapan kepada yang telah bertanya melalui email sebelum ni...baca dan akan jumpa jawapannya ye. 


IMBAS SEMULA : RAHSIA TERBONGKAR 

Satu malam..Kak Hani lupa malam apa. 

Selepas makan malam sekeluarga. 

Anak pertama yang  ketika itu berusia 8 tahun sedang menyiapkan homework di dalam bilik tidurnya. 

Anak kedua yang  baruuu je 4 bulan ada bersama bibik, yang mana bibik tu baru je berkhidmat dengan keluarga kami. 

Suami menyandar atas sofa, ralit membaca suratkhabar. 

Kak Hani pada ketika tu kalau tak silap baru je siap bancuh susu untuk baby. 

Telefon rumah berdering. 

Kak Hani yang menjawabnya. 

Kak Hani : Hello . 

Pemanggil : Hello, Munir ada di rumah tak? *****Munir tu nama samaran tau, bukan nama sebenar 

Kak Hani: Ada. 

Pemanggil : Tak apa lah, nanti saya call dia semula. 

Kak Hani : Kenapa ye cari Munir ? Nak order hardware komputer ke? 

Pemanggil : Eh tak...hmmm saya ni isteri Munir. 

Kak Hani : Salah Munir tak? 

Pemanggil : Taklah...Munir bin bla bla, asal bla bla..kerja bla  bla. 

Kak Hani : Tapi setiap malam ada je dia kat rumah ni.. 

Pemanggil : Malam dia bersama akak, siang bersama saya. 

Kak Hani : Dah lama ke? 

Pemanggil : Hampir 6 bulan dah..sekarang saya tengah pregnant 3 bulan. 
                         Kita jumpa, kak...boleh kenal-kenal. 

Kak Hani : Eh tak perlu kot..****terus terdiam macam kebingungan. 

Pemanggil : Ok la kak, Assalamualaikum. 


Boleh bayang tak situasi tu macam mana? 

Dalam kebinggungan, Kak Hani terduduk lama tepi meja telefon tu. 

Suami nampaknya masih ralit membaca suratkhabar. 

Dalam situasi yang sarat dengan 1001 rasa tu Kak Hani bersuara, jom abang kita masuk bilik jap, ada benda Hani nak tanya. 

Tanpa banyak soal,  Encik Munir ni ikut Kak Hani masuk bilik. 


Kak Hani : Tadi bini muda abang yang telefon 

Encik Munir : Tau...abang pun nak mengaku yang memang abang dah kahwin lain, 
di Thailand, 6 bulan lepas. Dia pun dah mengandung 3 bulan. 

Mendengar je pengakuan tu, Kak Hani rasa macam jantung ni seolah nak tercabut dari tangkainya.


Kalau tadi masa perempuan itu bagitau, Kak Hani masih berharap itu cerita bohong, rekaan semata-mata. Rupanya itu memang benar. 

Lemah saat ayat-ayat pengakuan tu masuk ke telinga hadam ke hati dan minda..sangat longlai,hampir melorot ke lantai . 

Kak Hani menangis. Encik Munir bertuah tu pun menangis. Tak tau la untuk apa tangisan dia tu, tangisan terharu sebab dapat mengaku pada malam tu atau tangisan lakonan...atau tangisan kegembiraan dapat bini muda.ntah la. 

Kak Hani tak marah, tak mengamuk....hanya airmata yang berlinang. Tanpa henti. 

Kak Hani tanya " kenapa, abang?" 

Dia hanya mengucapkan kata maaf. 

Dan jawapan untuk kenapa tu memang dia tak berikan hingga ke hari ni. 

Malam tu Kak Hani tidur bertemankan airmata sampai pagi..bukan menangis teresak-esak...hanya berlinangan ..tanpa henti.

Rasa terkejut dan tak percaya memenuhi ruang dada. 

Memang rasa tak percaya sangat-sangat. SANGAT. Malahan hingga kini ,kadang-kadang rasa tak percaya tu masih ada. 

Bayangkan la ketika itu anak baru 2 orang. Baru je lagi habis pantang. 

Umur baru nak masuk 33. 

Dah kena madu? 

Macam-macam la yang datang menerpa menyerbu dalam fikiran. nasib baik la tak meroyan. 

Kak Hani sedar memang Kak Hani banyak kelemahan tapi tak ada siapa pun yang sempurna...sekurangnya bagi la hint , kita ada peluang untuk baiki mana yang kurang

mana yang lemah. 



Esoknya Kak Hani mengajak Encik Munir bertuah ni ke rumah orang sana. 

Mulanya dia bersetuju tetapi di pertengahan jalan , dia cakap rasanya sekarang tak sesuai sebab Hani masih lagi dipengaruhi emosi, takut keadaan menjadi tegang..kita tunggu keadaan tenang baru kita bersemuka 6 mata. 

Kak Hani akur je. Sepanjang tempoh perkahwinan kami, memang Kak Hani akui Kak Hani 

seorang isteri yang banyak akur daripada membantah...mungkin sebab tu dengan mudahnya
Kak Hani terima madu...tengok la sampai sekarang ni pun Kak Hani tak pernah pun serang
atau ganggu orang sana...



Hari yang sama,Kak Hani call mak mertua..cerita kepada dia..mak mertua terkejut jugak la tapi tak ada la dia nak marah-marah ..mcm mana pun itu kan anak dia, kenapa mesti dia marah-marah...memang anak dia berkemampuan kalau tengok kepada kedudukan kewangan.

Ada la mak mertua tanya-tanya, risik-risik kenapa kahwin lain....bisnes baru je naik , dah buat hal kahwin lain. 

Menurut mak mertua Kak Hani, anaknya itu hanya menjawab cukuplah Allah je yang Mengetahuinya. 

Antara kemungkinan sebab yang Kak Hani agak-agak: 

1. Dia jatuh cinta kali kedua. 

2..Layanan atas katil kurang memuaskan ( tak ada budak bawah umur di kalangan readers ni kan? )

3. Dia inginkan anak lelaki..walaupun perkahwinan kami ni belum la terlalu lama, kami masih boleh mencuba . ( suami dapat 3 anak lelaki dan 1 anak perempuan bersama orang sana, buat masa ni, mungkin akan bertambah lagi, pucuk muda la katakan)

4. Sikap KakHani sendiri yang sentiasa patuh dan akur , kadang-kadang tak bertempat..salah satu sebabnya suami ni cepat baran cepat cool. baran dia tu takat naik suara je tapi cukup untuk Kak Hani rasa takut.


Lain-lain alasan, malas la pulak Kak Hani nak fikirkan. 


Selepas mengetahui diri dimadu, secara automatik , Kak Hani rasa seperti 24 jam merindui suami..rasa nak sms dia sepanjang masa ..macam membuak buak pulak rasa cinta.

Jujur ni Kak Hani bagitau, mula terasa seperti sentiasa nak berkepit dengan suami....nak dia sentiasa depan mata. 

Dia keluar je, mula terasa bahang cemburu yang meluap-luap. 

Mungkin sebab kita dah tau , ADA ORANG LAIN antara Kak Hani dan suami. 

Mula terfikir nak pakai seksi-seksi ( time dalam bilik je), nak goda dia. 

Mula terasa takut kehilangan dia. 

Rasa resah gelisah. 

Semua perasaan ni Kak Hani tak ada share dengan suami pun. 


Rasanya dia tak begitu perasan pun bini tua dia macam gedik sikit.

Kak Hani siap pergi Spa tiap-tiap minggu...nak tergelak pulak bila dikenang-kenang.

Siapa tak sayang suami ...kita bercinta sejak sekolah menengah lagi...mana tak kelam
kabut bila tau suami dah beralih arah...

Tapi beberapa lama lepas tu Kak Hani rasa macam penat...penat nak sms sms dia..nak rindukandia..penat nak ke spa...hanya dengan niat nak dapat balik cinta dia..sedangkan dia amat berbahagia dengan bini muda.

Kak Hani bersyukur kerana tempat Kak Hani kerja ni memang banyak aktiviti keagamaan.
Bermula dari situ la Kak Hani banyak berubah...hingga kini Kak Hani tak jemu hadir majlis
ilmu setiap hari di surau pejabat Kak Hani. Alhamdulillah Allah sentiasa ada untuk hambaNYA. Mengadu kepada DIA membuatkan Kak Hani kembali mendapat kekuatan.
Kak Hani masih ada anak-anak, mak dan adik beradik..sahabat-sahabat ..


Bagi pihak suami pulak, dia dah mengaku dan dia harap Kak Hani terima sepenuh hati. Dia tak nak tengok Kak Hani sedih-sedih. Dia tak nak Kak Hani bermuram durja 
tiap kali dia nak ke sana. Tak mau bermuka masam setiap kali dia menerima panggilan daripada orang sana. 

Senang cerita, dia nak Kak Hani ni terima seadanya tanpa ada apa-apa kesan sampingan. 

Boleh bayang macam mana? 

Kak Hani ni manusia biasa. Mesti la Kak Hani ada perasaan. Waktu sedih, muka akan kelihatan sedih, ada waktunya wajah cemburu yang terpamer di wajah... 

Sejak hari pertama dia mengaku hingga berbelas tahun berlalu, suami memang tak suka 

kalau Kak Hani tunjuk muka sugul, bengang, kecewa, sedih yang berkaitan dengan perkahwinan lagi satu tu.

Ini la cabaran yang Kak Hani rasa sangat berat..kita perlu buat-buat cool sedangkan dalam 
hati merusuh.

Memang tak adanya Kak Hani mampu nak buat rileks...gasak la dia naik angin atau apa..


BISNES TIBA-TIBA MEROSOT

Allah itu berkuasa di atas sesuatu yang DIA kehendaki. 

Kak Hani rasa tak sampai pun 3 bulan daripada tempoh KakHani mengetahui dimadukan 
secara rahsia, satu lagi berita disampaikan oleh suami KakHani.

Kontrak perniagaan antara syarikat suami dengan salah satu syarikat gergasi di dalam 
Malaysia ini ditamatkan serta merta dan pihak lain yang mengambil tempat .

Hampir terduduk Kak Hani.Suami apatah lagi. 

Suami KakHani memang kuat menyimpan dan kuat juga bersedekah ketika bisnes berada
dikemuncak..bukan nak riak, tapi itu satu kenyataan. Kak Hani bersyukur dia ada perasaan
untuk bersedekah ketika senang bukan setakat terfikir untuk tambah isteri aja.

Berkat rajin menyimpan dan bersedekah, hutang piutang kami semua dapat dilangsaikan dalam tempoh yang singkat.

Jadi, ketika bisnes merudum, kami tidak mempunyai sebarang hutang. Suami cuba bisnes lain, tidak begitu berjaya. 

Banyak la suka duka sepanjang 15 tahun ni....terlalu banyak.kadang-kadang tak percaya dapat mengharunginya tanpa ada sebarang persengketaan dengan yang di sana..tak ada bergaduh dengan suami..segalanya kelihatan smooth je...

Alhamdulillah kalau pun kak hani menanggung derita dalaman, sekurang-kurangnya anak-anak tidak terkesan walaupun ada jugak riak kecewa pada wajah mereka.


p/s: Kak Hani rasa macam tak sampai 10 episod dah nak tamat  perkongsian...sebab blur nak kongsi apa lagi..

Lepas ni kalau ada soalan ,boleh tinggalkan di ruangan komen atau email kepada rohayayusof73@gmail.com

Entry lepas ni mungkin berpandu apa yang ditanya di ruangan komen dan email.

Kak Hani mintak maaf banyak-banyak sepanjang 8 episod ni..kot ada ayat-ayat 
yang mengguris hati sesiapa ...

Mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Kak Hani mengundur diri dulu.

Nak serah kunci rumah ni kembali kepada Kak Aya.

Jangan lupa beli produk SEQY BEAUTY tau!



Comments

  1. Assalamualaikum kak hani. Sedihnya. Bermakna masa kak hani sarat dia kawen di thailand . Lg sedih baca bila kak hani kata dia tak suka kak hani tunjuk muka bengang atau sedih. Dia nk kita terima kononnya... Ish,mana mungkin blh buat2 cool kan kak..

    Saya rasa mereka mmg pakar nk bg tau akk, sbb tu madu akk tu call umah akak.

    ReplyDelete
  2. Dia memang saja call akak kat rumah tu sebab nak bagitau hal sebenar la tu kak..sedihnya..sampai nangis saya baca part akak tidur pun air mata berlinang..

    Selamat ualang tahun p;erkahwinan ye kak..Semoga hati akak makin tenang,makin bahagia..jangan fikir pasal bahagia orang lain..akak pun berhak bahagia jugak..macam akak tulis haritu dah tua2 malas nak pikir2 sangat.nak pikir pasal amal ibadat je.kan??hahah...Umur banyak tak pe kak..jiwa biar sentiasa muda..

    kak hani ni mesti cantik orang nya sebab masih ke spa,jaga penampilan untuk suami..saya rasa suami pun sayang kat kak Hani ..


    ReplyDelete
  3. Kak, sebelum akak tahu husband akak kawen lain, tiap2 malam dia ada kat rumah kan? So nampaknya tujuan mereka bagitau akak sbb nakkan giliran waktu malam tu. Ya Allah, terasa hatinya saya kalau berada di tempat akak. Macamana akak boleh bersabar dan tahan perasaan selama 15 tahun? Huhu.

    ReplyDelete
  4. dear kak Hani
    hebat dugaan kak hani, orang sana kol direct bagitau
    tade tapis2 dah
    mmg kental sungguh perasaan dia ye
    dia kol nak giliran bermalam lah tu sbb dah sabar 6 bulan
    moga yg terbaik utk akak, sy tak tahu nak komen apa dah
    kelu lidah,kaku jari menaip

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu