Corat Coret Ramadhan

Assalamualaikum

Esok dah 19 hari kita berpuasa. Insyaallah.

Mata dah rabak mengantuk ni tapi banyak kerja rumah belum settle..ntah tidur ntah tidak sampai pagi..kejap lagi kang dah nak kena siapkan untuk sahur, kalau tak tidur, esok mau menguap tanpa henti selama 20km perjalanan ke pejabat. Setiap pagi memang mengantuk tak tertahan..peliknya kalau hari kerja, tak ada la tidur siang sangat pun, kerja tak pernah habis kalau kat rumah.. sejujurnya kak aya bagitau , sepanjang Ramadhan kali ni, fokus kepada kerja-kerja pejabat agak terganggu sebab kebanyakkan masa asyik mengantuk je. Ishh kadang-kadang rasa rimas sebab walaupun tengah banyak kerja, tetap jugak mengantuk.

Lusa ( Selasa,7/7/20145), Kak Aya perlu temankan Ucu ke HUKM. Ada appointment jam 8 pagi...tu diaaa nak kena keluar dari rumah pukul 6.15-6.20 pagi nampak gayanya...semoga dipermudahkan segala urusan untuk pagi Selasa.

Tujuan Ucu ke HUKM adalah untuk tentukan salur darah Ucu bersesuaian atau tidak untuk dilakukan pemasangan tapak fistular pada lengan untuk tujuan dialysis. Tempoh hari doktor di HKL telah melakukan ujian dan keputusannya salur darah Ucu terlalu kecil. 

Kali ni, mencuba di HUKM pula, sekiranya keputusan yang sama , option untuk melakukan pembedahan untuk pemasangan salur pada dada akan dilakukan. Tolong doakan untuk Ucu ye.

Kos rawatan di HUKM ni agak tinggi berbanding dengan Hopital Selayang dan HKL kerana HUKM adalah semi gov. Memang terasa jugakla tang kos tu sebab Ucu bukan kakitangan kerajaan. Terkejut jugak hari tu untuk buka file kali pertama kena bayar RM53 tapi bayar je. 

Bayaran untuk ujian salur darah pada Selasa lusa adalah RM159 dan kos untuk pembedahan pemasangan fistular adalah Rm1000. ..telan air liur jugak la Ucu..ye la dalam keadaan sakit macam tu, tak kerja, memang cepatlah Ucu terasa, apa pun duit tu dah pun disediakan oleh Ucu menggunakan duit simpanan. Kami ada bantu sikit-sikit mengikut kemampuan kami 6 beradik Insyaallah tak lama lagi harapnya permohonan untuk pencen Ilat diluluskan . 

Masih mengenai Ucu, minggu lepas Ucu dan adik-adik Kak Aya berbuka di rumah Kak Aya ni...adik kak aya iaitu Ayahcik ada masak ayam percik, sayur campur . Kak Aya cuma masak nasi, goreng bihun je..meriah jugak la.

Lepas buka, Ucu ni rajin bebenor nak kemas-kemas, nak cuci pinggan segala bagai walhalnya dia tu baru je kena dialysis dan kena ambil darah sebelum berbuka tu.

Terkejut dan panik kami adik beradik bila tiba-tiba je Ucu yang datang dari arah dapur,duduk atas sofa dan terus tercungap-cungap...muka Ucu pucat tak berdarah dan peluh sekejapan je memenuhi rambut dan wajah Ucu...kami ni memang betul-betul panik. 

Alhamdulillah hampir 10 minit jugak Ucu tercungap-cungap lepas tu kembali ok. Jangan tanya la perasaan Kak Aya ketika tu...memang 1001 perasaan menerjah.. doa agar Ucu diberi kesembuhan dan panjang umur.
Keputusan ujian darah bulan lepas menunjukkan bacaan creatinine Ucu menurun daripada 1035 kepada 700. Alhamdulillah. Sekarang menunggu keputusan ujian darah minggu lepas pulak. Semoga tiada apa yang membimbangkan walaupun berat badan dia menurun kepada 38kg berbanding 42kg pada awal Ramadhan baru ni.

Kisah anak-anak Kak Aya pulak, Nadhirah dan Umar ada menyertai Kem Ramadhan di masjid tak jauh pun dari sekolah mereka dan tak jauh dari rumah jugak. Kesian jugak tengok mereka keletihan dan muka cengkung sebab memang pergi dalam keadaan kurang sihat terutamanya Umar, dia batuk teruk sebelum ke sana. Alhamdulilah mereka dapat belajar tentang banyak perkara yang bermanfaat terutamanya amalan di bulan Ramadhan.

Zahra dah 2 tahun , masih menyusu badan walaupun susu dah tak ada..susahnya nak ceraikan susu sebab dia memang tak pernah suka dengan susu tepung walaupun dah cuba macam-macam cara.

Sejak masuk 2 tahun ni, mengada dia lebih sikit...memang kena banyak sabar nak layan kerenah dia.

Alamak dah pukul 2.10 pagi dah.....

Cerita mengenai Ramadhan ni...tahun ni hampir setiap hari beli di Bazar Ramadhan..beli dari kedai yang sama je. Sahur pulak setiap hari ada je yang Kak Aya masak...masakan ringkas je.

Kadang-kadang datang terimbau kenangan Ramadhan ketika bersama adik-adik di kampung satu masa dulu..rindu sangat-sangat. Setiap petang mesti masak 2 jenis kuih,2 jenis lauk ..memang tak ada beli-beli .Adik beradik 6 orang , mesti kena masak banyak untuk setiap jenis kuih. Tak pernah tak habis , tak cukup lagi ada. 

Kami 6 beradik selalu bergilir menghidang, membeli ais ketul, menyediakan air, mencuci pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Lepas buka , selalu buat aktiviti sendiri . Time sahur memang perit sikit sebab tugas kak Aya untuk kejutkan adik-adik..Fuhhh sangat mencabar...dan sekarang ni masih lagi memikul tugasan itu.

Baju raya untuk tahun ni belum siap..agak lambat tahun ni...Jubah dan Baju Melayu tempah je di kedai D'Masyhur Bandar Baru Selayang...hmm ada cerita sebenarnya..cerita tak puas hati tang jubah yang ditempah. Semua tak mengikut seperti yang dipersetujui ketika sesi mengambil ukuran.Tempah 3 jubah untuk 3 orang. Hmmm tadi ada staff mereka called bagitau boleh datang tengok esok sebab dah siap betulkan seperti yang kami inginkan..ok kita tengok esok..kalau tak ok jugak,baru kita share kat sini.

Apa lagi nak share ni sebelum baring jap...

Haa nak bagitau, tahun ni patutnya giliran beraya dulu di Terengganu. Tapi kak aya buat keputusan untuk beralah balik beraya dulu di Tampin memandangkan raya kali ni suasana di rumah mak mertua masih di dalam suasana bersedih atas kehilangan abah mertua kak aya yang meninggal 14/5/2015 baru ni. Memahami perasaan suami yang tentunya ingin bersama ibu dan kakaknya di pagi raya , takpe la kita bertolak ansur.
Cuma tipu la tak sedih kan hi hi.....tak kisah la janji suami dan anak-anak happy, raya kat mana-mana pun sama je..( lap air mata)

Ok la panjang sangat dah ni..ntah ada ntah tidak yang sudi baca daripada ayat pertama hingga ke noktah terakhir ni,tak tau la.

Selamat menjalani ibadah puasa ye.

2.22 pagi
19 Ramadhan.




Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu