Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah ..hari ni masuk hari ke dua kita menjalani ibadah puasa..(walaupun baru nak bangun sahur untuk hari ke dua).

Semalam hari terakhir kak aya mc, hari ni dah mula kerja..siku masih belum elok..minggu depan ada follow up dengan Pakar.Harapnya dapat sambung mc lagi..kalau tidak susah juga sebab tangan kanan ni tak cukup kuat nak paut stering kereta.

Kelmarin beria mengemas rumah , last-last yang betul-betul siap dikemas hanya di tingkat bawah ni je..tak apalah, kami naik atas pun untuk tidur je, apa aktiviti semua kat bawah ni.

Alhamdulillah petang semalam kami berbuka dengan mee goreng je.

Ni lepas update blog, Kak Aya nak masak nasi dan masak sambal ikan kembung,goreng telur dadar.

Ok itu je rezeki pagi ni.

Nadhirah belum start puasa..masih bendera merah. Umar je la yang puasa..tahun ni Alhamdulillah, nampaknya Umar jauh berbeza dengan tahun lepas. 

Tahun lepas, Umar siap cakap benci la dengan Ramadhan , sebab laparrrrrrr je sepanjang masa.

Hmmm biasalah budak-budak....

Tahun ni dia dah faham erti Ramadhan..smlm balik dari sekolah dia baring je..tak ada bunyi lapar atau apa..

Cuma dah dekat dengan waktu buka, dia memang nampak kurang sabar...dia cakap jarum jam macam tiba-tiba duduk kat situ je tak bergerak.

Ok la..selamat bersahur semua...

p/s: Hari pertama kerja selepas 3 minggu MC....

Comments

  1. Salam Rohaya...Selaamat berpuasa..lama tak singgah ke blog ni

    ReplyDelete
  2. hahhaah..jarum tak bergerak tu memang ramai yang rasa semalam..masing2 dok tenung jam macam nak makan jam ke..saya pun kecik2 dulu macam tu ..heheh

    ReplyDelete
  3. Alala.. Siannya Umar.. Lmbt sgt masa berlalu ye umar.


    Selamat berpuasa kak aya. Slow2 kemas siap juga kan kak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu