Posts

Showing posts from April, 2015

Corat Coret April

Assalamualaikum Dah tidur ye? Kak Aya macam biasa .time macam ni baru dapat peluang tekan keyboard. Tajuk selalunya ke laut. Takpe .. Kak Aya memang begitu. Harap faham Kak Aya ): Semalam ada tazkirah Zohor yang disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul. Sangat berkesan di hati. Tajuk "Bersediakah kita". Bersediakah kita untuk menemui Allah, Sang Pencipta. Apakah bekalan yang perlu dibawa. Apakah persiapan. Kita sendiri pakat fikir tentang persiapannya.  Insaf. Alhamdulillah di surau ofis Kak Aya tu memang setiap hari ada tazkirah Zohor  yang disampaikan oleh Ustaz-Ustaz hebat, bersilih ganti. Ingatan untuk Kak Aya, jangan duduk dengar je tapi tang amalan, kekal bertangguh.  Macam Ustaz Fakhrul cakap la, kita selalu fikir orang lain je yang mati,  diri sendiri selalu terlupa pulak memang akan mati jugak. Semua ralit sibuk dengan urusan dunia. Hari-hari kejar dateline ofis. Dateline mati? Apa preparationnya? Jangan suka tangguhkan taubat. Menusuk hati. ******************

Manisnya cinta siri honeymoon

Assalamualaikum Tadi ada kawan kat ofis ni yang baru kahwin apply cuti untuk pergi honeymoon.. kahwinnya 2 minggu lepas, sekarang baru dapat cuti untuk honeymoon. Bercahaya muka orang nak pergi honeymoon. Nama pun bulan dan madu..menggambarkan sesuatu yang indah. Tapi bermadu tak best kot..Ehh. Kak Aya dulu tak ada pergi mana-mana pun...suami tak dapat cuti lama..ingat lagi bos datang kenduri kami , dia mintak maaf tak dapat bagi cuti lama , tapi dah settle kerja boleh apply , kita bagi, katanya...sampai sudahnya tak ada pergi ke mana-mana pun..Alhamdulillah dapat 3 orang anak...kalau dapat pergi honeymoon macam orang lain tu tak tau la berapa orang dah anak kami hik hik. Ada kaitan ke? Tak lama dulu Nadhirah ada tanya : N: Mama dengan abah dulu pergi honeymoon kat mana? M: Tak pergi pun N: Ha?? Boleh ke kahwin tapi tak pergi honeymoon? M: kenapa pulak tak boleh . N: (angkat bahu)..ntah..tapi dalam drama tu lepas kahwin je terus pergi honeymoon ke pulau atau ke oversea main salji. M: r

Manisnya Cinta

Assalamualaikum, Hampir melewati jam 12 tengah malam baru ada masa nak menaip entry..macam tu la kalau ada anak kecik dan hati masih nak berblog, kena berkorban menongkat mata dengan batang mancis ): Tajuk bukan main tak agak-agak..isinya belum tentu..rasanya kelaut je ni. Kak Aya sebenarnya tak ada pengalaman banyak tentang cinta. Tak pernah bercinta sampai la jumpa suami Kak Aya ni, itu pun tak lama pun kami kawan, lepas tu ambik keputusan bertunang, 3 bulan kemudian , kahwin. Ok itu baru mukadimah . ****************************************************************************************************** Seingat Kak Aya, sejak kecik memang arwah ayah selalu pesan - "time belajar adalah untuk belajar, tak payah nak fikir-fikir tentang lelaki... kalau ayah tau ada mengarut-ngarut dengan lelaki, berhenti sekolah , lepas tu dah boleh kahwin kalau sesiapa datang melamar". Itu memang satu amaran yang memang terpahat kemas dalam hati , pesanan berupa ugutan yang dilonta

Sembang Mak Alang Lagi

Assalamualaikum, Tak tau nak letak tajuk apa sebab apa yang nak dicatatkan ni secara random je, apa yang terlintas di dalam fikiran je. Banyak benda nak share di sini, selalu Kak Aya terfikir untuk share di sini kerana inginkan semua ini menjadi tatapan anak cucu esok-esok cuma batasan masa yang menjadikan keinginan tu terbantut macam ketinggian tuan blog ini. Mula-mula yang terlintas di dalam fikiran ni nak bercerita tentang kesihatan Ucu...kesihatannya agak merosot berbanding sebelum ni. Hairan jugak melihat fizikal dia yang menjadi kurus cengkung secepat itu.  Luluh hati tengok seolah-olah seperti sekeping papan nipis je badan dia . Apa pun situasi, doa adalah senjata paling ampuh untuk kami semua.. Sabtu lepas Ucu nak ke dapur tiba-tiba je seperti satu tolakan dia jatuh terjelepuk....dia sendiri macam blur blur kenapa pulak terjatuh..tak pening tak berpusing...kesannya lebam pada bontot yang tak berisi tu.. Doa agar Ucu kembali sembuh seperti sediakala. Zahra sentia

Sembang kerjaya

Assalamualaikum Tak ada apa yang menarik sangat-sangat kot nak diceritakan tentang kerjaya Kak Aya ni.... Tapi pada diri Kak Aya ianya penuh dengan pengalaman dan kenangan terutamanya pada awal-awal kedatangan Kak Aya di Kuala Lumpur ini. Ok sebelum tu kita kisahkan dulu kerjaya masa di Terengganu , masa sebelum jejak kaki ke Kota Batu ni. Lepas tamat sekolah menengah, dapat Uitm tapi tak pergi ..rugikan? tak apalah, takdir untuk Kak Aya hanya belajar di Universiti Kehidupan je...sebuah universiti untuk macam-macam jurusan tanpa perlu ada kelulusan akademik. Kak Aya duduk je di rumah, jadi tukang masak, tukang cuci, tukang ngantor adik ke sekolah, naik basikal jemput hantar mereka naik basikal je...hmm dara pingitan time tu.. Dalam masa yang sama, Kak Aya memohon banyak pekerjaan terutamanya melalui SPA tapi satu pun tak berjaya. Sebenarnya Kak Aya tidak memilih kerja , kerja kilang ok, kerja sebagai pembantu rumah pun ok tapi yang tak ok nya adalah keluarga, mereka tidak membenarkan.

Ketagih Tudung Aidijuma

Image
Assalamualaikum, Macam-macam penyakit sekarang ni yang datang menyerang..ada virus jahat yang sukar nak dibendung. Biasanya virus yang datang menyerang tu ada kaitan dengan nafsu dan duit. Tau tak kegilaan apakah yang sedang melanda Kak Aya ni? Tak dapat tahan tengok koleksi tudung Aidijuma. Itu belum campur dengan keingian nak membeli jubah la, sandal la...haisshh ntah la, sebenarnya sudah terlalu lama gila tak membeli semua tu untuk diri sendiri. Memang tak tertahan melihat gambar-gambar tudung aidijuma ni, coraknya cantik-cantik dan kebelakangan ni memang extra cantik ..meleleh air liur sampai ke kaki pun tak mampu nak kejar sebab tiap minggu keluar design baru..adoiii boleh tercirit dibuatnya...sebab tu la lama dah tak beli...taubat kejap. Ni gambar-gambar kat bawah semua yang Kak Aya belum ada, belum sempat beli, tak sempat beli, apa pun motif yang nak disampaikan adalah belum cukup duit untuk melabur pada pembelian tudung ni ..tapiiii biasalah ,tak dapat beli dapat te

Sembang Mak Alang

Image
Assalamualaikum, Dah tidur ek semua? Mentanglah hujan lebat selebatnya semua dah off lampu..Kak Aya tengah mesin baju tu, 2 anak dah tidur, 1 lagi tengah buat homework, baru balik tuition ..basah kuyup dia...pengorbanan seorang pelajar . Pengorbanan seorang bapa pulak meredah banjir sepanjang jalan menuju ke tempat tuition. Pengorbanan seorang ibu? Mengadap PC...tengah cari beberapa info sebenarnya ...info tentang kesihatan dan kecergasan. Sejuk sikit malam ni hujan turun selebatnya ...terasalah sikit kedinginannya..kalau tidak bermandi peluh sepanjang malam, rumah Kak Aya tak ada aircond. Mula -mula nak belanja gambar terbaru Kak Aya yang sihat walafiat ni. Alhamdulillah. Jelas kan ke- sihat-an nya Kak Aya ni...tengok tang pipi tu...dagu tu..lengan tu..perut tu..ahh semua la Bandingkan pulak dengan orang sebelah tu...alahai .... Sebenornya Kak Aya ni memang berisi sejak kecik lagi...memang tak dapat ingat la bila saatnya berbadan ramping macam kawan-kawan..jealou

Diet Pesakit Kegagalan Buah Pinggang

Assalamualaikum Mula-mula nak update tentang pemenang contest baru-baru ni...hadiah semua dah diposkan beberapa hari lepas, dah ada yang selamat terima..kepada yang belum terima harap bersabar ye. Insyaallah sikit hari lagi sampai la tu. Sekarang kerja sampingan Kak Aya bila Zahra dah tidur ialah "menggoogle" tentang pesakit buah pinggang. Banyak jugak maklumat yang dapat digali. Kalau ada follower Kak Aya yang ada info tentang pesakit buah pinggang dari segi penjagaan makanan, kesihatan, dialisis, rawatan alternatif, harap dapatlah kongsi ye. Kalau malas nak komen kat bawah ni, boleh la emailkan kepada rohayayusof73@gmail.com Terimakasih didahulukan. Mengenai diet untuk pesakit buah pinggang ni,rasa macam agak susah sikit sebab tak dapat penjelasan yang tepat daripada doktor. Bukan la nak kondem ke apa tapi kenyataannya macam tu la, hari terakhir masa nak keluar wad, Kak Aya ada bagitau doktor nak jumpa dia sebelum discharge, doktor cakap tunggu dia free dia

Memori Semalam - Part 2

Assalamualaikum, Kak Aya nak sambung lagi kisah yang tertangguh 2 hari lepas. Kisah perjalanan hidup menjadi anak yatim. Selepas mendengar perkhabaran yang dibawa oleh saudara tentang kemalangan ayah, Kak Aya mengikut jiran terus ke Hospital Besar Kuala Terengganu ( Kini Hospital Tuanku Zahirah). Sesampai je di hospital, ramai saudara mara ayah berkumpul di luar Wad Kecemasan. Ayah memang mempunyai saudara mara yang sangat ramai. Sayunya  hati Kak Aya ketika itu...kosong perasaan.. melihat pemandu ambulan membersihkan ambulan yang dipenuhi darah ayah diruang dalam ambulan hati seperti hancur retak seribu.selepas tu terdengar nurse memanggil waris.. Kak Aya masuk ke dalam wad kecemasan dengan 1001 rasa, beberapa nurse sedang mengelap darah..ayah dah tak ada...pergi untuk selamanya. Keluar dari wad kecemasan, semua mata memandang langkah longlai Kak Aya..hati dipagut pilu yang amat. Kak Aya berjalan keseorangan seperti di tanah lapang tanpa sesiapa..seolah berjalan tanpa penghu

Emosi pesakit kegagalan buah pinggang

Assalamualaikum, Kak Aya nak bagitau hadiah untuk pemenang contest baru diposkan hampir 8 mlm tadi menggunakan pos domestik..harap bersabar menunggu ye. Kak Aya nak share sikit apa yang dilalui Ucu..dah genap sebulan Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang diperingkat akhir. Bacaan creatinine adalah 1500 sebulan yang lepas, belum check darah lagi untuk melihat jumlah creatinine sekarang. Sejak mengetahui masalah kegagalan buah pinggang itu, Ucu memang kelihatan depress namun dia cuba mengawalnya..Kak Aya tau Ucu kuat semangat orangnya, beliau seorang yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pasti ujian ini cuba dilaluinya dengan penuh keredhaan. Kak Aya kesian melihat keadaan dia setiap kali dialisis, selalunya dia hampir pitam, berat badan sentiasa turun, selera sangat kurang, badan dah kurus melidi. Emosi Ucu turun naik..ada waktunya sangat positif, ada waktunya macam patah harapan, namun kami semua sentiasa memberi dorongan semampu kami.  Penghujung

Memori Semalam - PART 1

Assalamualaikum, Banyak hari tak dapat update, busy dengan kerja ofis yang tak pernah ada penghujugnya..biasalah kan, tu periuk nasi kita, kena la lakukan dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab. Ni curi masa untuk berblog sementara Zahra sedang melayan cerita Upin Ipin , dapat lah taip beberapa perenggan. Untuk siapkan satu enty boleh memakan masa berjam-jam untuk disiapkan. Anak dara tu akan menyibuk nak pegang mouse bila on pc. ****************************************************************************************** Entry bersambung lagi lepas Zahra tidur..baru senang nak menaip. Cadangnya hari ni nak cerita tentang kisah-kisah masa dulu-dulu..kisah mana-mana yang datang dalam ingatan untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan untuk tatapan anak cucu di masa depan..dan mereka yang sudi datang menjengah ke sini....ada sesetengahnya dah pernah cerita pun sebelum ni...pejam mata je la ye. Kak Aya ni lahir daripada keluarga yang sangat sederhana..nak kata susah tu tak