Zahra dan Umar masuk wad

Assalamualaikum

Terkejut Kak Aya bila dua anak kena admit disebabkan oleh kahak yang banyak dalam paru - paru mereka.

Terpaksa bermalam 5 hari 4 malam di Hospital Pusrawi.

Alhamdulillah sebab Nadhirah temankan sepanjang di sana, tak la teruk sangat nak melayani kerenah budak berdua tu..tak ada gaya orang sakit pun .

Zahra ni memang jenis takut dengan semua orang yang asing pada mata dia...tiap kali nurse datang nak bagi ubat, nak check suhu, nak bagi gas semua berjaya buat dia meraung-raung..sempat dia cakar tangan nurse yang tolong bagi ubat. 

Sekali tu dia sembur ubat selsema tepat terkena pada baju nurse..sabar ajalah wahai nurse..

Umar macam biasa je..dia sentiasa seronok kalau dapat masuk wad...seronok sebab boleh turun ke kedai koperasi kat bawah tu untuk membeli makanan...itu la kerja dia...

Alhamdulillah hari ni mereka berdua dah sihat.



Menunggu giliran untuk Xray


Zahra - 18 bulan

Assalamualaikum 

 Dah lama tak update perkembangan Zahra. 

 Antara ketiga-tiga anak Kak Aya, Zahra la yang nampaknya paling garang.  Pantang tercuit sikit..cepat aja dia menjerit..menampar..mencakar..  Agaknya ada darah panglima dalam badan dia. 

Zahra pandai berjalan pada usia 1 tahun 3 bulan.. Terkedek kedek berjalan.. Comeiii je ...Dia dah tau mendengar arahan mudah. Contohnya.. Kita mintak tolong ambikkan tudung .diapers..kunci kereta...terkedek kedek la dia bangun konon nak ambikkan semua tu .

Ni sebenarnya kak aya cuba update guna handphone..susah benar nk on pc .. Mesti banyak typo...

_********************************************************************************



Kembali Berpaling

Assalamualaikum

Bersua semula di blog terpencil ini..apa daaaa kak aya ni kan...tak boleh pakai janjinya, mula tu kata nak tutup blog, lepas tu create blog baru ,lepas tu muncul semula di sini...terima la seadanya kakak mu ini yang tak berapa stabil emosinya.. 

Oktober dah nak pergi nampaknya...1435 Tahun Hijrah pulak nak melabuhkan tirainya. Selamat Datang 1436 Hijrah. 

Mengambil keberkatan Tahun Baru 1436 Hijrah ni ..saya nak mulakan semula apa yang telah lama ditinggalkan..ahhh berjanji lagi nampaknya...apakan daya..manusia dan janji tu ibaratkan paku dan lantai..hi hi relevankah perumpamaan ini? Ok abaikan je. 

Senang cerita, ada saya update, maknanya ada la tu janji ditunaikan. 

Tak ada update, memang penipu besar la tu..eh teruk sangat kalau penipu besar....pengelat je la . 

Sebenarnya, saya paling tak rajin nak snap gambar...sesetengah pembaca blog suka tengok gambar berbanding baca entry..itu yang menjadi faktor malas nak update sebab tuan blog tak ada gambar nak up..suka nak menaip merepek merapu je. 

Sepanjang blog ini dikunci pintu pagarnya, saya tidak la terkurung diam je di dalamnya..ada beberapa perkara yang berjaya dijalankan..nampak macam ada aktiviti kan? Tak ada yang dashyat-dashyat pun sebenarnya..yang gitu-gitu je. 

Antaranya: 

1. Cuti-Cuti Taiping 

2. Riadah tiap minggu di Taman Layang-Layang 

3. Mandi-manda di Ulu Yam 

4. Cendol Gula Bakar Bandar Baru Selayang. 

5. Nasi lemak Ujang Bandar Baru Selayang. 

Tengok..tak sampai 10 pun aktivitinya...begitulah kehidupan kami sebenarnya, tak ada variasi sangat tapi tetap bahagia seadanya. Alhamdulillah. 

Lagi satu , dah lama gila tak update mengenai perkembangan Zahra. Anak dara cilik saya kuat merajuk..sangat -sangat. 

Budak sebesar tu tau macam mana nak expresskan rasa dalam bentuk rajukan macam tu, Ya Allah sangat mengujakan, ada waktunya..selebihnya rasa geram pun ada. 

Macam-macam cara dizahirkan untuk memberitahu yang dia tu sedang merajuk..Masya Allah tak terlayan ada waktunya kerenah dia tu....Alhamdulillah syukur Allah menganugerahkan permata-permata hati kepada kami. 

Nadhirah dah jadi anak dara...hmm dah tua mama dia...makin meninggi dan lebih tinggi daripada mama dia..pandai bergaya dah sekarang ni, memang kalah mama dia...sebab mama dia tak pandai nak bergaya pun. 

Kalau dah besar , confirm la dah pandai nak membangkang cakap mama, itu sudah semestinya...ada waktunya saya berkata pada diri sendiri, anak-anak lebih baik lambat dewasanya kerana ketika kecilnya selalu membahagiakan mama bila mula menginjak dewasa sudah mula pandai membuatkan mama sedikit terasa dek perbuatan dan kata-kata namun sebagai ibu, pastinya kita sentiasa memaafkan mereka. 

Umar pun tak kurang jugak, kalau dulu dia memang anak mama...berkepit dengan mama 24 jam..sekarang bab tidur memang masih nak berkepit ..tapi kalau bab main game memang abah la segalanya. 

Alhamdulillah panjang jugak entry ni ye hi hi.. 

Ok berhenti dulu la walaupun macam tak ada penutup je entry ni..ala apa ada pada penutup ke apa... 

Sehingga jumpa lagi di entry yang ntah bila akan ada lagi. 

Sekian.

BLOG INI AKAN DI TUTUP!

Assalamualaikum,

Oh lama sungguh saya tak up sebarang entry..sama lama dengan hilangnya MH370.

Rindu untuk berblog menggebu-gebu di dalam sanubari.
Rindu nak menulis apa je yang bersarang dalam hati.
Rindu nak berblogwalking macam waktu-waktu yang berlalu pergi
Rindu pada teman-teman maya yang sehati
Seorang demi seorang teman berlalu pergi
Baru tersedar tiada lagi yang sudi kemari

Oh bersawang sawang blog ini kini

menambahkan lagi suram dan muram

Tuan blog berada di dalam kesibukan yang tiada penghujung.

Memiliki baby di usia 40 an tanpa memiliki pembantu memang menuntut seribu ketabahan.
Saya sangat salute salute salute kepada ibu yang boleh handle tugas rumahtangga dan pejabat dengan baik tanpa adanya pembantu.

Saya akui kudrat saya tidak la hebat mana untuk meladeni semua tugasan
lantaran itu blog ini bukan lagi keutamaan

Saya sedang berkira-kira untuk menutup blog ini..mungkin tamat je tempoh domain pada akhir May nanti, blog ini akan terkubur tanpa nesan...namun kalian sentiasa bertakhta di hati..andai ada kesempatan dan ruang, Insyaallah akan kembali memeriahkan dunia blog.

Saya sangat suka untuk menulis walaupun tak ada bakat untuk menulis sesuatu yang hebat namun kekangan masa begitu menghambat.


Jadi kena tunggu masa yang betul-betul sesuai, betul-betul bersedia untuk kembali aktif, time tu baru la saya akan fikirkan untuk kembali menulis di blog.

Time tu saya akan buru semula teman maya yang pernah menghuni hati saya.

TERIMA KASIH KEPADA YANG PERNAH DAN MASIH SUDI DATANG MENJENGAH.


Ameerah Zahra kini 10 bulan


Kisah Umar dan Kotak Mesej

Assalamualaikum,

Nak share satu cerita,,,pada saya sangat kelakar la sebab saya ni memang orangnya adalah lambat pick up sikit jenisnya.

Jumaat lepas, ambik Umar daripada sekolah, masuk je kereta dia bagitau dapat hadiah.

Umar : Mama...Umar dapat duit 3 ringgit untuk hadiah saguhati Pertandingan Hafazan, Umar dapat tempat ke 4.

Saya: Alhamdulillah...RM3 pun takpe, yang penting Umar dah berusaha sungguh-sungguh menghafaz hari tu.

Umar: Duit tu dapat dengan kotak mesej.

Saya: Kotak Mesej? Kotak apa tu?

Umar: Alaaaa...kotak mesej yang macam dalam handphone mama tuu...
( dia lukis dengan tangan tergawang-gawang, isyarat kotak)

Saya: Mama tak faham la..mesej ke maxis?

Umar: Mesejjjjj..kotak mesej...

Saya: Ok ok nanti kita sampai  kat transit kakak, Umar tunjukkan  pada mama macam mana kotak mesej tu.

Sampai di transit ..laju-laju dia ke tempat duduk belakang, keluarkan kotak mesej...

Umar: Ni haaa..kotak mesej..tak tau ke ???

Laa haaiiiii saya tergelak besar atas kelembapan sendiri...

Envelope rupanya..alahai....

Bila di fikirkan , memang la Umar dan kebanyakkan anak-anak kita tengok simbol kotak mesej tu di dalam handphone je..secara realnya memang tak pernah tengok kot..

Mana ada orang hantar surat lagi sekarang ni..semunya terima simbol tu je baik di dalam email atau pun sms.

Otak saya tak berfikir mengikut zaman agaknya....masih dalam zaman dulu kala...


Ni Umar yang ambik sendiri gambar ni..


UMAR DAN LELAH BERPISAH TIADA

Assalamualaikum,

Risau betul bila cuaca berjerebu begini..biasanya kalau jerebu mesti Umar senang dapat lelah. jadi ibu ni semua benda kita risaukan..bukan takat risaukan duit ringgit, kerja rumah, kerja ofis, cuaca pun jadi hal jugak untuk dirisaukan.

Satu lagi, kalau cuaca panas macam sekarang ni , kalau dah panas sangat tu tekak sentiasa
kering, Umar memang akan curi-curi bila minuman berais di sekolah. 

Tau je la orang ada ASMA ni memang bermusuh ketat dengan ais dan habuk. 

Isnin lepas Umar dah mula menampakkan tanda-tanda kurang sihat. 

Tapi dia tetap ke sekolah macam biasa. Umar tak ada masalah nak ke sekolah tapi kalau
tak sihat tu memang laju je cakap tak nak sekolah.

Macam pagi-pagi Selasa tu , celik mata je terus bagitau tak nak pergi sekolah.

Sakit kepala, katanya. 

Bila rasa badan dia, panas sangat. Dah start risau dah....

Jadi hari tu dia dapat mc. Doktor cakap demam je, paru-paru ok.

Rabu ke sekolah seperti biasa tapi time petang nak jemput dia memang nampak dia macam 
tak bermaya je...

Malam tu dah mula serba tak kena..tanda-tanda paru-paru dia sempit. Memang kena banyak
bersabar kalau dia dah mula tunjuk sikap serba tak kena macam tu.

Bagi ubat dan ambik inhaler..tidur kejap lepas tu terjaga menangis-nangis.
Sebenarnya dia rasa panas badan , tu yang dia menangis-nangis.
Ambil tuala, basahkan, letak di dahi..baru la nampak dia tidur dengan lena walaupun ada terjaga sesekali .

Kami dah faham dah dengan keadaan dia macam tu kalau dia nak lelah.

Pagi tadi ke Pusrawi untuk jumpa Dr Ruzini.

Doktor cakap paru-paru sempit tapi tidak seteruk bulan 10 hari tu.
Kali ni tak perlu masuk wad tapi kena ulang ambik gas je.

Malam ni kena ambik lagi..ni baru je lepas ambik gas.

Umar ni kan suka benar masuk wad..tadi masa Doktor cakap kali ni tak perlu masuk wad, dia memang kecewa sangat-sangat. Kita ni berdoa sepanjang masa jangan la kena masuk wad sebab insurans hanya cover 60% je daripada keseluruhan bil nanti hu hu...tapi kalau dah memang kena masuk wad, apa pun tetap masuk jugak, duit boleh dicari selagi tulang empat kerat laki bini ni masih boleh bekerja.

Perasaan dia bila dapat masuk wad di Pusrawi adalah sama seperti kita check in di hotel. Ini memang perasaan semulajadi sejak dulu lagi..orang lain semua takut kena masuk wad tapi dia sangat la happy.
Tadi dia mengomel kenapa la doktor tak bagi masuk wad.

Dia tak tau mama dia urut dada kelegaan..fuhhh...

ni gambar bulan Jan hari tu...hari ni Umar tak bagi ambik gambar dia..


Dapat 2 hari mc, dia akan tinggal bersama Zahra di rumah makcik..saya kena kerja macam biasa.
Kalau la ibu yang menjaga anak sakit dapat MC jugak kan best...

Ok la ada tip tak untuk hilangkan penyakit lelah ni?


Menuai Hasil Berblog:TQ Nuffnang

Assalamualaikum,


Tadi buka email sebab nak check 1 perkara yang lain tetapi terima sesuatu yang lain pulak.

Hmm yang ditunggu tak kunjung tiba tetapi yang memang tak ada dalam ingatan muncul pulak.

Saya memang tak ingat tentang duit hasil berblog ni yang saya keluarkan pada 1/12014 hari tu..
tup tup terima email daripada NUFFNANG.

Alhamdulillah...syukur..

Ini adalah saat yang menggembirakan bagi mereka yang bergelar blogger. Tak kira la nilai besar
atau nilai kecil, kepuasan berblog itu lebih penting.

Jumlah RM172 tu sebenarnya bukan la untuk sebulan, bukan jua 2,3 bulan tetapi menjangkau 
hampir 2 tahun hu hu..lama tu...kalau di bahagi dengan 20 bulan dapat berapa agaknya sebulan ye?
Kira la sendiri ehh...

Sebenarnya tahun lepas adalah tahun yang sangat lemau..3 bulan morning sickness memang 
benci gila dengan blog..tengok pc pun rasa nak muntah.

Lepas habis morning sickness, mai pulak sedikit dugaan lain...masalah bleeding..mula tu dah mai
rasa nak rujuk dengan blog tapi dek kerana runsingkan kandungan terus putuskan semula hubungan dengan blog...terbiar lagi..

Tak cukup dengan masalah bleeding, ujian ultrasound menunjukkan kedudukan bayi terbelit tali pusat..sejak tu blog memang tak ada dalam fikiran..tinggalkan terus hingga habis pantang.

Kesimpulannya, berbaloi la dapat RM172 ni walaupun saya gantung blog ni tak bertali hampir setahun.

Jadi, tahun ni kena kejar balik apa yang telah saya tinggalkan..ganti semula waktu yang telah hilang.
tapi......mengikut kemampuan dan keperluan saya..tak boleh nak sesuka hati on pc seperti sebelum adanya ZAHRA ku itu.

Impian saya nak mengikuti jejak langkah blogger yang berjaya duduk di rumah, jadikan blog sebagai sumber pendapatan...saya tau untuk sampai ke tahap tu memang bukan semudah mengira 1,2, 3 tidak jugak semudah menghafal A,B,C..bukan semudah ambik nasi suap ke mulut..semuanya memerlukan daya tahan yang kental, usaha bukan sedikit, pengorbanan yang melaut dan melangit.

Saya pasti ramai juga blogger yang seimpian dengan saya. Betul tak?

Terima kasih kepada NUFFNANG kerana tetap menyediakan ruang untuk blogger seperti saya
tidak hanya kepada mereka yang meletop top top.:)



Cuti-Cuti Terengganu

Assalamualaikum,

Ini sebenarnya entry mengenai balik kampung hari tu..
bukannya seperti yang anda fikirkan..
bukan entry percutian.

Balik kampung sempena Tahun Baru Cina.

Dah kampung saya di Terengganu dan time tu memang saya sedang bercuti..
Jadi kena la kan dengan tajuk Cuti-cuti Terengganu.

Balik hari tu adalah balik kampung yang paling singkat..
3 hari je sebab sekolah Nadhirah dan Umar cuti pada hari Jumaat je..
Isnin depannya tu dah pun sekolah.

Rasa agak tergesa-gesa tetapi ini la cuti balik kampung yang paling best.

Biasa kalau balik kampung mesti memerap je.

Tapi tidak untuk kali ini.

Adik sekeluarga pun balik jugak, makcik ikut sekali.
Itu yang menambah perisa keseronokan tu.

Bertolak Khamis malam Jumaat , jam 10 malam.
Sampai di Terengganu pukul 3 kot..eh lupa la.
Lebih kurang la kot..

Jumaat lepas solat Zohor, kami pakat lepak di tepi laut.
Pantai Telipot..ala dah selalu pun up gambar pantai ni ..
Tak jauh mana pun dari rumah.

Bawak bekalan bihun goreng, keropok keping goreng, keropok lekor goreng,
Air, perapan ayam dan ikan untuk dibakar di tepi laut.



Pakat menunggu ayam siap di bakar..
yang belakang sana tu sedang membakar.
2 adik saya tu memang rajin kalau bab bakar-membakar BBQ ni.
Biasanya kami sediakan sotong sekali tapi kali ni ayam dan ikan je.
Bajet kena potong sebab kenaikan harga barang hi hi gurau je!




Cantik suasana kat sini...






Gambar makanan tak ada...sebab semua kebulur, siap je dibakar terus ngappp.

Lepas makan lepak sampai la pukul 5 lebih...

Umar dan Nadhirah memang teringin nak mandi laut tapi tak dapat
lampu hijau daripada bos besar..jadi pendam je la keinginan tu..

Seronok duduk tepi laut..tengok laut..mengadap Pulau Redang
Plan nak bercuti 1 keluarga besar kami ke sana tahun depan.
Tahun ni kita memandang dari kejauhan je dulu.

Malamnya rehat je kat rumah..

Esoknya sekali lagi kami lepak tepi laut.
Kali ni bawak bekal keropok lekor goreng dan pisang goreng.
Air kelapa muda...bestnya terutamanya musim panas macam sekarang ni.
Minum pulak ais, sejuuukkk tekak.

Lepak sampai Asar, lepas tu balik rumah.

Malamnya lepas solat Maghrib terus bersiap untuk keluar ambik angin malam.

Kali ni pakat gi ke Masjid Kristal.
Nama je orang Terengganu...ni baru kali pertama nak jejak ke situ.

Ramai la orang time tu sebab kebetulan cuti kan..
Nak pergi siang memang panas terik, pergi malam pulak gelap je 
bila bergambar.

Kejap je pusing-pusing Masjid Kristal ni..
Janji dengan Nadhirah dan Umar akan datang lagi..
Kali ni waktu awal pagi pulak.

Dan juga balik sekali lagi nak ke Muzium Losong
tak jauh pun dari Masjid Kristal ni.








Cantik kan Masjid ni? Tersergam indah.
Rasa macam tak percaya ini adalah di Terengganu.

Banyak lagi tempat menarik di Terengganu...pendek kata tak rugi la 
kalau anda memilih untuk datang bercuti di Terengganu.

Makanan pun sedap-sedap..harga makanan pun tak la mahal mana.

Kalau nak makan ikan segar, meh la tunggu di tepi -tepi pantai..
nelayan baru naik ke darat bawak naik ikan-ikan segar..

Ikan segar  manis je isinya..

Keropok lekor pun sedap kat area kampung saya ni..
setaraf la dengan keropok lekor Losong.

Apa lagi yang menarik di Terengganu ni?
Pastinya la pulau-pulaunya..

Haa yang ni kena tunggu kami bercuti di salah satu pulau
yang ada di Terengganu..lepas tu saya kongsikan.

Bajet macam dah nak perg..padahal bajetnya belum ada pun lagi.

Ok Selamat Bercuti kepada mereka yang telah memilih untuk 
datang ke Terengganu, Negeri Kami!



NUFFNANG: Buffered Earning Jan & Feb 2014

Assalamualaikum,

Bajet macam popular sangat agaknya nak tunjuk-tunjuk jumlah BE, padahal hanya berapa
ringgit je pun..tak apalah semua ni rezeki.

Dah lama sebenarnya tak jengah Dashboard NUFFNANG...last jengah masa 1 Jan hari tu...itu pun sebab nak cashout kan earning.

Dapatlah RM172 hasil berblog dalam tempoh 2 tahun..banyak tu je? Okla sebab kita tahap 
blogger dingin je pun..dapat banyak tu kira macam satu bonus jugak..siapa nak bagi kita free-free macam tu je kan? Patut bangga la sikit dengan hasil usaha sendiri.


Salah satu azam tahun baru 2014 ni nak aktif berblog tapi tak berani dah 
rasanya nak azam sangat mengenai ni sebab tau tahap kemampuan 
saya macam mana.

Kalau ada masa, ok saya akan mengadap blog..kalau tak ada masa, biar je la kan..
tak ada la sampai nak tunggang terbalik menekan keyboard .

Saya respek dengan blogger yang boleh konsisten up entry setiap hari 
walaupun mempunyai anak kecik, kerja melambak..betul saya sangat respek!

Bukan takat rajin up entry malahan boleh membalas kunjungan rakan-rakan lagi tu..
Saya tidak berkeupayaan untuk blogwalking...sejujurnya..

Tiap kali tengok BE yang Nuffnang berikan memang semangat kembali membara ..
keinginan untuk mengadap blog melonjak-lonjak.
Blog ni macam candu jugak agaknya ..jadi ketagih..eh dah pernah rasa candu ke?
Tak laa tapi selalu orang umpamakan sesuatu yang ketagih tu macam candu.

Kadang-kadang ada masa , idea pulak yang langsung tak ada..itu pun satu hal jugak.
Macam mana ek orang sentiasa ada je idea menarik untuk dikongsi?

Kembali kepada kisah BE tadi..itu la 3 BE yang saya dapat untuk Jan dan Feb tahun ni.

Tahun lepas saya dapat 40 BE..jumlah pendapatan untuk 40 BE adalah lebih kurang RM80 lebih...secara purata 1BE= RM2.

Tahun ni agaknya macam mana pulak ye!

Semoga rezeki tahun ni makin melimpah ruah...Amiin!




Anak Bapak

Assalamualaikum

Susah benar nak jengah blog sekarang ni...bukan susah sikit-sikit tapi susah banyak.
Bajet macam la dia sorang ada anak kecik..:)

Ok taip laju-laju, kang tak pasal-pasal tak sempat publish.

Kisahnya, anak ke 3 ni nampak condong ke arah menjadi anak abah...
pantang tengok abah mula la dia terkinja-kinja mintak diambik..
kadang-kadang dia terdongak-dongak ke arah atas tangga..seolah menunggu 
abah eh turun.

Ni ketika saya ralit menaip ni, dia sedang bergumbira atas dukungan abah ...
bukan main galak lagi dia...ala-ala tunjuk eksyen pada saya, 
kononnya dia sorang je ada abah..


Banyak akal dah sekarang ni ...sikit-sikit mintak didukung...
lagi satu dia tak nak dah dengan orang lain selain abah dan mama...
dengan akak pun ikut mood je.

Suka main handphone, suka main remote Astro - rasanya normal kepada 
semua budak kecik.


Kalau orang yang tidak dikenali menegur dia, secara automatik dia akan meraung menangis...
sebiji macam mama masa kecik dulu:) apasal la peel itu yang diikuti dia...

Selalunya kalau kemana-mana, ada je yang menyangka Zahra ni baby boy..
senasib dengan si kakak masa kecik dulu.

Berbeza pulak dengan Umar, orang selalu menyangka dia adalah baby girl.


Tengok la lengan dia tu...semuanya hasil kerja seni dia sendiri..
dicakar-cakar lengannya.
Susah nak potong kuku dia...time dia tidur kita yang lupa..
aishhh mama apakah ini?

Zahra nampaknya memang tak merangkak ...sama dengan mama dulu.
Duduk dan lepas tu slow-slow mengengsot.

Kalau letak dia meniarap, dia akan mengundur-ngundur ke belakang 

sampai ke hujung-hujung sana perginya.

Ok itu je la perkembangan Zahra.

Ameerah Zahra kini menghampiri 8 bulan

Assalamualaikum,
Lama tak update mengenai anak dara cilik saya ni.

Tak mampu nak taip panjang-panjang.

Ni dia tengah temankan mama menaip, sebelah tangan dukung dia,
sebelah tangan tekan keyboard dan sambil berdiri lagi tu.

Gigi dah ada 2 batang.

Berat dah 8.5kg.

Dah pandai rebut makanan orang.

Tidur lewat tiap malam.

Tengok gambar je la..penat gila taip berdiri berdukung macam ni heh..






Ehh pandai pulak dia gelak terkejeh kekeh tengok gambar-gambar dia ni.


Syok Sendiri

Assalamualaikum,

Beria-ria berazam nak update blog sehari 1 entry tapi realititnya hanya bertahan
sehari dua je azam tu terlaksana.

Tiap hari saya tengok blog saya, tapi sekadar tengok melalui handphone je...
pulak tu handphone ni takat boleh baca blog je, nak update blog sila on pc ye!

Nak on pc tu la yang bercinta kalau ada Cik Zahra..dia memang rajin sangat..
rajin nak menyibuk tekan keyboard! Lagi satu dia sangat suka tarik mouse.

Kalau on wifi, memang wajib saya tengok blog saya, kadang tu sampai berentry-
entry saya baca..baca entry lama-lama, entry sendiri,itu la sebabnya tajuk entry ni
Syok Sendiri!

Baca tentang entry kehamilan...memang banyak dugaan ketika mengandung hari tu.
Alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat. 

Hari pertama Zahra dilahirkan

Hari terakhir Zahra di dalam perut.

Ada suara-suara nakal yang bertanya : tak nak pregnant lagi ke untuk kali yang last?

Ambooii untuk kali yang ke last tuuu.....umur sekarang dah 41.

Ye memang ada yang pregnant di usia 42, 43..tapi saya ni bersalin hari tu secara Czer,
kena tunggu 2-3 tahun baru boleh pregnant lagi.

Jadi senang cerita, kalau diizinkan Allah, cukuplah 3 orang yang ada ni. 
3 permata hati saya
Kadang-kadang tengok kawan-kawan yang susahnya nak dapat anak, siap ambik anak
angkat lagi..kita rasa bersyukur sangat sebab dimurahkan rezeki oleh Allah,
dikurniakan 3 orang cahayamata yang sihat, comel dan sempurna.

Hari-hari tak jemu-jemu baca entry sendiri..psiko ke apa tak tau la.

Selain tu, lagi psiko, hari-hari baca entry blogger lain tentang percutian.
Paling kerap percutian ke Eropah hu hu. Eh mana tau ada rezeki kita pun boleh pergi
jugak.

Last bercuti masa mengandung 7 bulan - ke Genting 




Harap-harap tahun ni dapat la bercuti walaupun dekat-dekat sini je pun.

Apa yang pasti, perancangan untuk bercuti ke Terengganu pada cuti Tahun Baru Cina 
nanti.

Itu pun bercuti jugak kan?





Kangkung Murah! Meh kita Goreng Belacan .

Salam Maulidur Rasul untuk semua.

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Rasulullah S.A.W

Hari ni awal pagi lagi Zahra dah terjaga walhalnya malam tadi 
tidur pukul hampir pukul 1 pagi.Zahra ni suka menguji keupayaan 
mama dia untuk mencelikkan mata dalam tempoh melebihi 
yang sepatutnya.

Sejak dalam pantang sampai la sekarang ni berapa kali la agaknya 
dia tidur awal. Memang tak kasi can langsung mama dia nak 
bersenang lenang ye!

Pagi ni kami bersarapan dengan  karipap goreng dan mee goreng.
Alhamdulillah.

Konon hari ni nak mula diet bersempena dengan hari mulia, 
hari Maulidur Rasul...nampaknya masih terbabas hu hu.

Umar pulak macam biasa la dia..sentiasa bangun awal.
 Hari ni Umar siapkan kerja Pendidikan Seni..
seperti biasa jugak mama kena la join sekali, 
baru la mood untuk menyiapkannya bertambah up.
Umar ni kan special sikit , kalau tak kena gaya habis terlingkup.

Nadhirah tidur rumah Ucu...suka benar tidur sana sekarang, 
sebab utama kerana senang tak perlu nak berebut TV dengan Umar. 
Kakak sulong sentiasa mengalah tapi ada waktunya keras hati jugak.
Sama macam mama dia jugak la....kerap benar kena mengalah..
cuba keras sikit mula la cakap keras hati la, kuat melawan la...
sudahnya kekal macam ni la, angguk je la dalam kebanyakkan perkara.

Tengah hari ni plan nak masak nasi dan goreng kangkung je...
katanya kangkung murah kan..ini kangkung beli Ahad lepas.
tak perasan pulak murah, beli seikat RM1 macam biasa jugak la.

Best kan kangkung kalau digoreng dengan belacan..
ada pulak tomyam, telur dadar..fuhhhh ghaib niat nak berdiet.

Itu je pun cerita hal kangkung.

p/s: sahabat semua masak apa hari ni? kangkung jugak ke?

Kisah Datin Norjuma juga yang popular!

Assalamualaikum,

Nampaknya tak tercapai nak up 1 entry setiap hari!
Macam mana la orang mampu up entry sampai 5-8 entry
sehari. Tabik!

Saya suka tengok jumlah view setiap entry saya di blog ini.
Kalau kisah peribadi saya kurang 50 view pun.
Cuba kalau kisah Datin Norjuma, sampai beribu-ribu view!
Tau la saya ni tak sepopular Juma, tapi dia pernah gemuk macam saya
jugak! Ada persamaan di situ!

Setiap hari, carta catatan popular di blog ini diungguli oleh kisah Juma.
Apa la yang mereka kalut nak tau sangat pasal dia neh?
Cuba-cuba la sibuk nak tau hal orang lain jugak..hal jiran sebelah ke.

Idea nak tulis entry betul-betul tersekat...ni saya baru je taip A, kang datang pulak
tangan kecik taip huruf ,./,,,/,/';l ..sapa lagi kalau bukan Zahra.

Ada beberapa buah novel yang beratur untuk direview.
Ada juga yang menunggu untuk dibaca.
Semuanya menunggu masa yang betul-betul lapang.
Sekarang ni nak menunggu masa lapang memang susah betul
Kalau Zahra tidur, ada pulak kerja lain lebih penting berbanding
mengadap blog dan membaca novel.

Eh jangan terpedaya dengan tajuk entry ni ye!
Saya tak ada tulis apa pun mengenai Juma kali ni.
Jangan harap ada berita sensasi atau apa la.

Memang ada dia keluarkan tudung yang terbaru
sempena 2014 ni..saya belum tengok lagi.
Nanti saya promote kat blog.

Ok la, merapu je lebih , tak boleh nak fokus.
Zahra menangis dalam dukungan abah dia.
Sebelum tangisan bertukar kepada raungan
baik saya noktahkan entry merepek ini.



Review Novel Cinta Pencuri Mimpi|Lynn Dayana

Assalamualaikum

Saya cuba mencari masa daripada 24 jam yang ada
untuk luangkan sedikit kepada hobi yang memang 
berakar umbi sejak usia 10 tahun lagi.

Membaca novel ..... ada masanya rasa macam 
membuang masa je..tetapi selalunya rasa satu terapi.

Terasa membuang masa bila novel tu tersangatlah "novel"
maksudnya tidak begitau realistik , terlalu rekaan.
Saya memang akui tak pandai nak menulis novel ,kalau tulis
jugak mungkin jadi satu mimpi ngeri kot kepada pembaca.

Tapi sebagai pembeli dan pembaca, kita ada hak untuk
memberi sedikit komen baik pujian atau kritikan.
Sekurangnya memberi peluang kepada penulis untuk
memperbaiki lagi mutu tulisan mereka.

Bermula 2014, saya tetapkan untuk membaca 1 novel seminggu,

jadi ada la bahan untuk up entry review novel tiap minggu.

Untuk minggu pertama 2014 ni, saya baru je selesai membaca 

novel Cinta Pencuri Mimpi hasil tulisan Lynn Dayana.



















Saya tidak mempunyai kearifan untuk membuat review yang dasyat-dasyat
cukuplah kalau saya katakan novel ini tidak membosankan dan tidak rugi
membeli dan membacanya.

Pendek kata - BOLEH LAYAN LA.

Mengisahkan 2 watak utama.

Zara Airis & Zahier Arshad - pandai pilih nama ye, Lynn  - ZA
Berbeza karakter tetapi serasi bersama.

Kehidupan mereka berwarna warni dengan jalan hidup tersendiri.

Permulaannya saya tidak terfikir mereka mereka akan melalui fasa
dugaan sebegitu selepas perkahwinan ZA ni.

Pertemuan pertama di dalam suasana yang sangat ringkas, 
Zahier tengok Airis jatuh pokok!

Bermula daripada saat jatuh gedebuk itu la hati sudah dup dap dup dap ..
perasaan indah mula menyelinap.
Tapi Airis tak ada rasa pun lagi pada Zahier ni.

Menulis novel bukan perkara mudah..kita menjadi penulis tentu memikirkan 
pengajaran yang ingin kita sampaikan kepada pembaca.
Kalau takat main tulis je, tak ada bentuk pengajaran yang boleh diambil
oleh pembaca, macam tak ada sumbangan rohani la pada pembaca.
Keseronokan lahiriah semata-mata je la.

Apa yang saya dapat daripada novel ni:

1. Hanya dengan mengingati Allah, hati pasti tenang

terima kasih Lynn....atas peringatan ini.
2. Kemewahan dunia tanpa bekalan untuk akhirat hanya menjerumuskan
diri ke neraka jua akhirnya.

3. Hubungan persahabatan yang akrab antara Airis, Hana dan Maiza

  serta hubungan persahabatan antara Taufik dan Zahier. Persahabatan
 yang ikhlas bukan ketika senang semata.

4. Ikatan kekeluargaan yang erat - Airis, Kak Ros dan Abang Muaz 
serta ikatan kekeluargaan Taufik. Saya senang sekali dengan kedua keluarga
ini.

5. Kasih sayang pengikat sesebuah hubungan.

6. Jauhkan diri dari tempat maksiat. Macam Zahier tu suka pergi tempat macam tu,
akhirnya terjadinya zina walaupun konon prinsip dia tak kan minum dan tiduri wanita
selagi belum berkahwin.

Apa yang saya tak puas hati sikit, macam tergantung kisah Qistina dan 
kisah keluarga Maiza tu..part tu macam longgar sikit rasanya.

Ada kesalahan ejaan jugak.

Itu jelah review daripada saya...taip dengan dibantu oleh Zahra.

Tahniah untuk Lynn Dayana!