3 minggu dah berpisah!

Berpisah seketika adalah sesuatu yang baik untuk sesebuah perhubungan.

Berpisah untuk entry ini adalah merujuk kepada perpisahan sementara kami dengan anak sulong kami, Nadhirah@kakak.


Kakak bersama adik

Nadhirah balik tinggal dengan mak saya @nenek di Terengganu sejak mula cuti sekolah hari tu.

Tak ada sebarang perancangan pun untuk dia tinggal di sana sebabnya tahun ni makcik saya tak kerja, menunggukan rumah dia di Terengganu tu siap, makcik lanjutkan lagi tempoh tinggal di KL ni.

Jadi, Zahra memang di bawah jagaan makcik sepanjang saya bekerja. Umar pun menumpang sekali sejak cuti sekolah ni.

Plan asalnya, sepanjang cuti sekolah ni nak mintak makcik tinggal di rumah saya sepanjang hari saya bekerja, petangnya dia pulang semula ke rumah dia. Tapi bila Nadhirah buat keputusan untuk tinggal sementara di rumah nenek, plan untuk makcik tinggal di rumah saya tidak kesampaian, dia lebih selesa berada di rumah dia.

Nanti bila Nadhirah dah pulang semula ke sini minggu depan, makcik akan tinggal sini waktu siang...rumah dia tu sempit, kalau dah ramai sikit mulalah rasa sangat-sangat sendat..barang-barang perabot lagi, kerenah anak-anak saya yang nakal lagi ..itu makin menyempitkan keadaan.

Bercerita tentang Nadhirah, Sejujurnya saya suka dia tinggal sana time cuti panjang ni..bukannya sebab itu rumah mak saya makanya saya suka la dia tinggal sana eh sebenarnya perasaan tu ada la sikit kan, rumah mak kita mesti la kita suka...tapi lebih daripada itu, kalau dia tinggal sana, boleh la belajar mengaji dengan mak saya. Selain tu, mak saya suka la bagi can pada cucu dia kat dapur untuk masak sesama. Kalau bab-bab menyiang ikan, sotong tu memang kesukaan Nadhirah la. Masak nasi pun dah pandai, potong sayur, goreng telur dadar pun dah boleh, buat cekodok pun boleh. Semuanya akan jadi serba tak pandai bila ada rasa malas, suruh la apa pun semua jawapannya adalah - ' tak pandai la, ma.' 

Tahun lepas cuti sekolah, Nadhirah tinggal di rumah Auntie Transit, Auntie ni mesra dengan panggilan Kak Nah di kalangan ibubapa pelajar yang transit kat situ. Auntie ni memang pandai masak la, lauk pauk kuih muih kek pastri semua boleh sebab menurut kata Nadhirah , auntie masuk kelas masakan. Kalau time cuti sekolah, Nadhirah akan tinggal di rumah dia bukannya di rumah transit yang bersebelahan dengan rumah Auntie ni..jadi kalau tinggal dalam rumah Auntie, memang best la kan..bebas keluar masuk dapur Auntie,lepak-lepak kat dapur sambil menonton TV LED yang besar gedabak kat dapur tu. Auntie ni pun jenis suka buat kerja masak memasak sama-sama dengan anak-anak jagaan dia. Seronok la budak-budak kalau dapat peluang macam tu. 

Berbeza kalau tinggal di rumah mentua saya..kat sana semua akan di layan macam puteri..semuanya disediakan. ..kalau diikutkan, Nadhirah lagi suka tinggal Tampin sebabnya selain di layan baeeekkk punyaaa, keselesaan di Tampin membuatkan dia lagi seronok di Tampin berbanding di Terengganu. Dulu dia selalu cakap best rumah wan kerana tandas kat dalam rumah. Tandas kat rumah mak saya adalah di luar rumah tapi sekarang dah ada dalam rumah dah. 

Kalau di Tampin, semua nak , boleh order je...Wannn, nak air...wannn, laparrrr...pendek kata semua jerit nama Wan kalau nak sesuatu. Kalau dengan mak saya, memang mintak maaf la ye cu..nak air, sila ambik sendiri, tak kuasa dia nak tolong-tolong..lagi pun mak saya ni tak la secergas mak mentua. 

Tapi yang paling best di Tampin adalah masakan mak mentua saya memang superbbb....memang saya akui kalah dengan masakan mak saya.. ini memang tak boleh dinafikan sama sekali la. 

Nadhirah sukakan masakan asam pedas dan masak lemak cili api yang di masak oleh wan...masakan nenek? Masakan Terengganu yang biasa-biasa je la yang nenek biasa masak untuk cucu kesayangan.


Di Terengganu, biasanya Nadhirah memerap kat rumah je pun...selain menolong nenek, mengaji, menonton TV, makan , tidur je la kerjanya...percayalah , mesti berat naik sekurangnya 2kg bila balik sini.

Ada tak sahabat saya yang menghantar anak balik kampung bila cuti sekolah tiba?

Comments

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    rajin Nadhirah...

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah dan ziarah

    akak pun dari tganu, tapi dah jarang balik san, sebab ma dah tkde, nak direzekikan, bulan 6 baru ni anak sulung dapat masuk asrama sekolah sains tganu, so kenalah selalu balik, taklah selalu juga, bila cuti sekolah panjang..
    suami akak org rembau, org nogori juga..hi hi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu