Posts

Showing posts from November, 2013

40 tahun

Image
Alhamdulillah..Syukur.   besau muka tuan blog....gembira dan ceria sambut besday sendiri Siang tadi ketika di pejabat, terasa gatal-gatal kepala.   Masa kat surau, belek-belek rambut ni.   Oh rupanya ada uban.   Bukan sehelai dua tapi 4 helai yang saya nampak, yang tak nampak mungkin banyak helai lagi .   Uban menandakan usia menuju tua.   Memang ada yang ubat kerana penyakit, kerana rambut rosak.   Tapi pada saya ini uban peringatan.. yang membawa maksud saya perlu lebih menjadi baik daripada hari-hari sebelum.   40 tahun...bukan sehari dua..bukan sebulan dua.   Kalau nak dikira dosa, tak terhitung rasanya.   Tapi Allah itu Maha Pengampun.   Ampuni la dosa-dosaku Ya Allah.   Syukur dikurniakan kehidupan yang membahagiakan.   Kesihatan yang baik, suami dan anak-anak yang sihat .  Rezeki yang sentiasa melimpah ruah.   Semoga Allah sentiasa memberkati usia kami .   Kadang-kadang tak tersedar airmata meleleh menangis bila mengingatkan betapa lalainya saya sebelum ini.   40 tahun

Shawl Cantik dan Berkualiti dengan potongan 15%

Image
Kebelakangan ini saya tengok ramai remaja dan wanita yang suka menggayakan shawl. Saya ni belum pandai nak belit-belit Shawl ni, selalunya Nadhirah yang suka gila mencuba pelbagai gaya bertudung menggunakan Shawl. Tadi jengah ke blog Tudung2u  , Ya Allah rasa macam gelap mata kejap sebab banyak pilihan Shawl, Tudung Bawal , Tudung Lycra, Tudung Layer, Anak Tudung, kerongsang pun ada jugak.  Nadhirah dah terkinja mintak orderkan Shawl ni untuk dia. Yang ni pun cantik. Ini baru 2 yang saya tunjukkan, kalau nak tengok leeebiih lagi, boleh ke KLIK SINI Selain Shawl, Tudung bawal pun ada, saya cukup suka tudung bawal, kalau ke pejabat memang bertudung bawal la saya tiap hari,( kecuali hari tertentu yang mana saya terlambat untuk menggosok)...memang leceh sikit la nak kena gosok tapi selesa untuk dipakai. Kadang-kadang yang tak bestnya mengenai tudung bawal ni adalah susah nak kena masa pakai tang bahagian depan tu, jadi kena pilih kain yang betul-betul elok..kalau lembut s

1 tarikh 2 peristiwa| 24 November

Setiap tahun sejak 24 tahun lampau, 24 November akan mengingatkan saya kepada 2 insan. 1 insan yang telah pun pergi sejak 24 tahun lalu. 1 insan lagi yang sekarang ni telah pun menjengah usia 32 tahun. Tarikh ni sangat sinonim dengan perasaan kehilangan kerana yang pergi itu adalah insan yang sangat bererti kepada kami semua. Ayah...cepatnya masa berlalu, ketika 24 tahun lampau kami 6 beradik masih lagi bergelar kanak-kanak. 24 tahun bukannya masa yang singkat sebenarnya..terlalu panjang sebetulnya. Ayah dah ada 4 cucu dah pun sekarang ni..menandakan masa begitu pantas berlalu. Suka duka kami 6 beradik selepas detik 24/11/1989 begitu banyak tak terhitung..airmata banyak menemani kami. Kini kami meneruskan kehidupan sekali derita kehilangan masih lagi terasa. Syukur Alhamdulillah kami semua membesar menjadi manusia yang tidak berterusan menyusahkan orang lain. Terima kasih kepada arwah tok dan arwah tok ayah yang banyak memikul tanggungjawab setela

ZAHRA: 4 bulan 13 hari

Image
Nama kita Ameerah Zahra, semua orang di sekeliling panggil Zahra je...hari ni genap umur kita  4 bulan 13 hari, semalam kita kena cucuk 3 serangkai, boleh tahan jugak sakitnya kena cucuk ni ye! Menangis-nangis kita dibuatnya..alahai kenapa jadi budak kecik kena cucuk tiap bulan? Kita ni biasanya diam je kalau pergi klinik tapi semalam kita tak sengaja ternangis dengan kuatnya. Masa tengah syok tidur semalam time tu jugakla kena timbang, terus kita terjaga.terperanjat kita ingatkan untuk apa kena baring kat situ, rupanya nak tau berat kita berapa...timbangan menunjukkan berat kita sekarang dah pun 6.98kg...berat ke kita ni sekarang , eh ramai orang komen peha kita yang macam drumstick tu Harap kita  tidak la jadi obes macam mama kita tu......kita saaaaaaaayang mama! Panjang kita dah 59cm, masa lahir panjang saya 55cm..kita harap dapat tinggi macam model....hiks hiks..berangan betul kita ni kan? Mama kita tak cukup tinggi, kesian dia asyik kena pakai kasut tinggi  5 inci untuk na