Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan di Pusrawi 2013

Melampau kan dah bersalin 4 bulan lepas, sekarang baru nak update pengalaman bersalin! Bukan tak nak update cuma tak ada masa yang sesuai.

Sekarang dah ada masa, boleh la kita update. DIsebabkan 4 bulan telah berlalu, mesti ada part-part yang terlupa, tertinggal..jadi apa yang ada terpapar di skrin ni adalah yang masih melekat di dinding memori.

Sejujurnya saya tidak menjangkakan saya akan bersalin secara pembedahan sekalipun kedudukan bayi yang terbelit tali pusat diketahui ketika usia kandungan 32 minggu. Saya positif mengatakan akan bersalin secara normal.

Oleh kerana saya tak tau nak buat entry ni sebaiknya, saya hanya mampu meringkaskan seboleh mungkin seperti ini je ye! Sila la jemput baca pada mereka yang berminat hi hi.

1/6/2013 – saya di datangi sakit yang palsu dan saya terpedaya hingga menyebabkan saya terbaring di atas katil di dalam bilik bersalin di Pusrawi. Oleh kerana sebelum ni saya bersalin di Hospital Selayang, kami laki bini kagum gila tengok bilik bersalin di Pusrawi. Kononnya kalau macam ni keadaannya mungkin sakit bersalin tu tak la sesakit pengalaman lampau.

Dah namanya ini sakit palsu, lepas check bukaan , kami terpaksalah tinggalkan bilik cantik tu ..sila balik rumah ye!Sebenarnya bila doktor cakap boleh balik rumah, saya sangat lega kerana belum bersedia pun lagi untuk bersalin.

10/6/2013 – regular check up . Doktor scan dan kedudukan baby pada kedudukan yang cantik, bersedia menunggu masa untuk dilahirkan secara normal, belitan tali pusat longgar, tiada apa yang perlu dirisaukan..

ok doktor, memang saya tak risau..saya sangat positif sekarang, saya akan banyak berjalan 
kaki untuk memudahkan bersalin.

Kami memang rajin berjalan kaki keliling Taman Tasik Titiwangsa, Taman Layang-Layang , Kepong dan FRIM Kepong. Bangga dengan kerajinan diri sendiri hi hi!

Oh ye lupa pulak – doktor ada tanya saya(pada check up 10/6/2013 tu) :

Doktor: nak bersalin hari ni tak? Baby dah cantik benar kedudukannya ni..kalau nak, boleh masukkan ubat hari ni.

Saya : Tak nak la doktor..kalau boleh saya nak biar ianya secara natural…sebenarnya saya takut gila kena induce.

Doktor: Terpulang la…kalau nak tunggu due pun boleh, tak ada masalah .

14/6/2013 – Duduk rumah menunggu kalau-kalau perut ni memulas ke apa…adik perempuan temankan ….teringat pulak peti ais tu kosong je, baik ke pasar jap..selamba je la memandu pergi pasar membeli barang-barang basah di hari due..

15/6/2013 – Kami anak beranak berjalan kaki seperti biasa keliling taman di Taman Tasik Titiwangsa. Kali ni pusingan biar lagi banyak daripada biasa sebab bila dah overdue perasaan tu akan jadi lebih macam-macam. Doa agar cepat bersalin , mudah bersalin memang tak putus-putus.

16/6/2013 – Berjalan di FRIM pulak..memang banyak betul aktiviti berjalan kaki..harap dapat diteruskan selepas-selepas ni ..untuk kesihatan badan.

Malamnya saya dah dapat rasa kelainan perasaan dalaman, perut ada sikit-sikit memulas tapi buat selamba je la, buat-buat tak tau yang diri sedang sakit..biasalah ini kali ke 3, tak adalah secuak 2 kali yang lalu.

17/6/2013 – regular check up. 

Doktor: Belum rasa sakit lagi ke ni? 

Saya: Dah rasa , doktor …sejak malam tadi lagi.

Doktor: Baring dulu, kita check bukaan.

Baring dan redha untuk diperiksa bukaan...doktor pakar yang check memang tak terasa sakit...pandai ek dia psiko kita untuk tidak rasa sakit langsung.

Doktor: Dah 3 cm. ..ok kita scan dulu la tengok keadaan baby macam mana, cantik tak kedudukannya.

Eh eh doktor ni bila dah scan tu, berkerut-kerut pulak dah....cakap la kenapa berkerut-kerut ni..jangan  buat saya takut..

Doktor: Kepala baby tak ada pada kedudukan sepatutnya la….kedudukan kepala di luar , hampir melintang.

Saya: Abis tu macam mana, doktor.

Doktor: Kalau tanya doktor, jawapannya kena Czer…itu la minggu lepas dah cantik duduknya, mama dia yang tak nak induce, takut sakit, katanya…..( doktor membebel ke apa , tak pasti la sebab fokus dah lari)

Suami: Ada apa-apa cara tak untuk betulkan kedudukan baby tu?

Doktor: Oleh kerana rahim sedang terbuka sekarang ni, kita tak nak ambik risiko…emergency czer jalan terbaik sekarang ni.

Suami : Bila nak kena czer tu?

Doktor: Sebelum Zohor hari ni. ( time tu hampir 11.30 pagi)

Selepas itu ini itu ini dengan doktor tentang kos la, isi borang la…zup zap zup zap masuk wad.

Keadaan saya masa tu adalah di peringkat debaran yang cukup menggila. Call mak dengan suara bergetar menahan tangisan..tak tau kenapa perlu menangis, yang pasti saya rasa macam-macam perasaan yang hanya Allah yang tau disaat itu..semua rasa datang bersatu.

Sampai di wad , ambik tekanan darah…hmm zapppp meningkat bacaannya dek kerana terlalu gemuruh dan macam-macam rasa.

Tukar pakaian…lepas tu kena masuk drip untuk air kencing – dengan penuh redha membiarkan diri di cucuk drip …terimakasih la nurse..banyak tolong saya.Tolong coolkan perasaan saya yang menggila ketakutan penuh cuak..iskkk mereka yang pernah laluinya je yang tau.

Lepas tu terus ditolak ke bilik pembedahan. 

Melihatkan wajah suami yang setia menemani, membuatkan perasaan sebak memenuhi ruang dada. 

Kami berpisah di pintu yang mana di dalamnya ada bilik pembedahan.

Saya: Maafkan saya, ye bang.Saya pergi dulu ( syahdu gila time ni)

Suami: Ye la, jangan risau…semoga selamat semuanya.

Nurse: Insyaallah tak ada apa-apa,puan….kejap lagi keluar dengan baby pulak..masuk sorang keluar berdua..

Saya di tolak masuk ke dalam satu tempat. Di situ kena sign borang, di beri penerangan tentang prosedur pembedahan..normal prosedure la kan.

Hampir sejam jugak menunggu kat situ dengan mata terkebil-kebil, lidah basah dengan kalimah Allah ( biasalah time macam tu kalau lupakan Allah, tak tau manusia jenis apa la kan)

Lama menunggu kerana doktor perlu menyambut kelahiran pesakit sebelum saya tadi.

Bila semua dah ready, saya di tolak masuk ke bilik pembedahan.

Perasaan ketika ini, memang sangat abstrak …ha ha abstrak sebab tak tau nak gambarkan macam mana, semuanya bercampur aduk..kemuncak abstrak adalah di saat ini.

Doktor bius masuk dan beri penerangan tentang prosedur bius..hmm comel la doktor ni..lembut je bercakap..semua pandai beli hati pesakit ye...

Pakaian ditanggalkan…eh itu pun nak bagitau ke? Hi hi..ok bab tu sampai takat tu je.

Kena 2 suntikan pada tulang belakang..hmm nyam nyam nyam….jangan tanya la sakit ke tak…

Lepas tu Doktor Asmah masuk..maknanya segalanya akan bermula.

Saya dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka di situ berborak....wahh mesra berborak sambil membelah perut ni ...macam tak ada apa-apa yang menakutkan sedang berlaku..saya je yang berdebar-debar sakan.

Kurang setengah jam, terdengar satu suara seperti tangisan tapi agak tersekat-sekat.

Maknanya baby saya dah keluar..susah sikit nak dikeluarkan kerana kedudukan kepala yang hampir melintang dan tali pusat memang terbelit longgar 2 kali di leher. Baby keluar di saat azan Zohor berkumandang.

Saat baby diletakkan atas dada saya untuk menyusu, perasaan abstrak sekali lagi menyerang seluruh jiwa. 

Lepas baby dah menyusu, dah siap jahit semua, saya di tolak keluar..eh sejuk gila sampai menggigil macam Parkinson pulak bila dah selesai semuanya..kali pertama rasa sejuk dan seperti hilang upaya macam tu.

Lama jugak la duduk di bawah selimut panas sebelum ditolak ke wad.

Masuk wad kena puasa…agak tak selesa dengan drip air kencing tu , dengan perut berjahit tu…apa pun semuanya adalah pengalaman terindah di dalam hidup. 

Kelakar bila teringat tang plastik untuk urine tu penuh je tiap kali nurse datang tukarkan, ehh bila masa pulak aku kencing ? terlupa pakai drip tu.

Terima kasih kepada Doktor Asmah Yun dan team di dalam bilik pembedahan pada hari tu, jururawat –jururawat yang sungguh baik dan layanan mereka yang sangat memuaskan hati. 

Itu je la yang mampu saya catatkan.

Ini la si comel yang nakal tu ketika dalam perut mama, doktor cakap baby yang tak reti duduk diam dan kuat melawa bila besar ( konon sebab terbelit tali pusat hi hi).

bulat tak mata saya duhai achik yang sedang menengok rupa saya ni ?




Comments

  1. Wah akak czer rupanya..Alhamdulillah selamat sudah kiranya anak kita beza 15 hari la yea sebab baby saya lahir 2 Jun 2013..Bulat betul matanya, namanya siapa kak?

    ReplyDelete
  2. Takpela czer pun czerla. Alhamdulillah selamat dah pun. Tahniah kakAya.
    Bulatnya mata dia...geyam2...

    ReplyDelete
  3. assalam kak aya..kalau tak keberatan, blh sy tau brp kos utk czer kt pusrawi? plan nk bersalin kt pusrawi..tp takut tiba2 kena czer lari lak bajet...huhu

    ReplyDelete
  4. berapa ceasar kat pusrawi?

    ReplyDelete
  5. ramai jugak ye rupanya menangis lepas ceasarian. saya sebenarnya pon rasa insaf je bila sy dgr bb sy dah slamat kluar dgn cara sy di ceasarkan. tapi sy tahan tak menangis. bila keadaan da ok, sy call mak say n kakak saya, saya menangis jugak.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu