Review Novel The Wedding Breaker/Drama Ariana Rose - Evelyn Rose

Baru je dapat menghabiskan bacaan tengah hari tadi waktu rehat setelah hampir seminggu buka tutup buka tutup, biasalah dah ada anak kecik kena la pandai -paandai bahagikan masa yang tak berapa nak bersisa tu.


Novel ni sangat best!dapat saya rasakan penulisnya begitu educated dan berpengalaman luas. Ada part yang noti-noti tapi tidak keterlaluan.



(Alamakkk zahra dah bangun laaa)



Saya rekomenkan kaki novel baca novel Evelyn Rose ni...ada banyak kebaikan yang boleh kita kutip jadikan panduan.


(Sambung sikit lagi, Zahra terlelap semula)

Novel ni mengisahkan tentang Ariana yang memulakan haru biru hidup dia dengan menjebakkan diri dalam kancah kehidupan Tengku Adam.

Berani betul dia cuba merosakkan majlis kahwin Tengku Adam kerana ingin menyelamatkan masa depan sahabatnya, Tengku Juwita.

Akibat daripada keberanian itu, Ariana dirogol oleh Tengku Adam.

Tengku Adam ni memang orangnya moden, berkedudukan malahan beliau dianugerahkan pangkat Datuk Wira ketika usia masih muda, handsome pastinya. Pakej yang lengkap untuk menjadikan beliau sebagai seorang yang agak liar. Tapi berjaya dijinakkan akhirnya, dengan izin Allah jua. Ariana adalah pengantaranya.

Saya sangat meminati watak Ariana, seorang gadis yang cukup pakejnya pada bayangan saya.

Beliau mampu menjadi sumber inspirasi untuk membuatkan Adam berubah menjadi baik, saya sangat kagum cara Evelyn menggarap watak Ariana dan Adam.

Berubah menjadi 'imam' kepada Ariana dan anak-anak.

Saya tertarik jugak dengan idea Evelyn ni menjadikan peristiwa hitam itu satu faktor untuk Ariana menjadi lebih baik lagi. Maksud saya selepas peristiwa hitam itu, Ariana lebihkan lagi masa berdamping dengan mereka yang kurang bernasib baik . Ariana tidak menjadikan peristiwa hitam itu sebagai sebab untuk dia murung dan mengurung diri.

Banyak pengajaran di dalam novel ini.Kalau tengok pada perangai Tengku Adam tu kita boleh rasa macam susah gila untuk dia berubah tetapi hidayah Allah ni bukan kerja kita, semua urusan Allah. Kita jangan memandang buruk kepada orang lain walaupun siapa dan apa pekerjaan mereka.

Satu lagi, pandai betul Evelyn ni garap tentang perasaan Ariana selepas berkahwin dengan Tengku Adam...ye la dia kan mangsa rogol, pastinya perasaan bersalah, rendah diri dan terhina sedikit sebanyak akan datang menyelinap dalam hati.

Tahniah untuk Evelyn Rose...Impian nak jumpa dia untuk interview esklusif. ( boleh tak Evelyn? tak tau macam mana nak hubungi Evelyn ni, mesti di UK sekarang ni.

Esok nak baca novel Evelyn Rose yang baru - 13 jam A380.


 Ok Zahra dah bagi signal....stop dulu.



p/s:sahabat kaki novel dah baca novel ni?


Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu