Makan Ikan Celup Tepung Di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu

Panjang betul tajuknya ye!

2 minggu lepas kan balik Terengganu, kalau dah balik sana tak makan ICT memang tak sah la kan?

Saya tak kemaruk sangat makanan lain selain keropok lekor. Ini adalah makanan ruji saya sejak kecik, tak dapat merasa time balik kampung memang akan jadi sangat kempunanlah jawabnya.

Kali pertama makan di Penarik ni...suasana tepi pantainya cantik tapi harga makanan kat sini agak mahal la...selalunya kami lepak di Pantai Telipot , Batu Rakit je, dekat dengan rumah....sesekali nak alih angin, mahal la pulak..tapi balik pun sesekali je, makan dengan niat nak happy-happy dengan family, jadi mahal sikit pun tak apalah.


Nama kedai ni "temutike". Pelanggan memang ramai, bersilih ganti sampai lewat petang.

Lepas ni , mungkin tak pilih lagi dah kedai ni...kembali ke Batu Rakit je la macam biasa.

Sotong Celup Tepung - RM24 sepinggan ni, keras sotongnya.

Ikan kembung celup tepung - RM15 untuk 3 ekor ikan bersaiz sederhana, tak fresh rasanya

ABC Special - Rm4.50 

***** lupa nak snap gambar keropok lekor, order RM3 ( 15 batang dipotong pendek-pendek, lenyap sekelip mata ditelan oleh mak buyung)




Seronok berada di tepi pantai....angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Balik je rumah mak, terus rasa berbahang...siang hari adalah sangat panas, lantai papan rumah mak terasa bahangnya, jadi memang tak boleh nak baring-baring walaupun di bawah kipas, angin kipas terasa sangat berbahang, mungkin kerana rumah mak masih beratap zink, tahap panasnya lebih sikit la..

Tapi bila malam tiba, memang sejuk tak ingat la...rasa macam duduk di benua Eropah pulak..ecehhh cehhh.

Tengoklah Umar tidur berselimut penuh badan, selimut tampal ni tebal, bersaiz Queen,dilipat dua untuk jadikan lebih tebal tapi Umar masih komplen macam tak selimut je,sejuk menggigil, tak pasang kipas pun.



Kalau di KL memang tak pernah kenal erti selimut...

Begitulah cuaca di Terengganu. Apa pun , Terengganu sentiasa istimewa di hati.




Comments

  1. bestnya terengganu, rasa macam nak family day lagi kat sini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu