MINGGU KE 25 KEHAMILANKU

Hari pertama kerja untuk March ...hari pertama kerja selepas seminggu MC ...sekarang ni pagi-pagi saya dah mula berpeluh...tahap berpeluh macam baru lepas jogging berpuluh kali pusing stadium...Nadhirah selalu komplen, "muka mama ni banjir peluh setiap masa!"

Duhai anak, ini la setiap ibu perlu lalui tiap kali mengandung ,tau..

Selain berpeluh, saya memang cepat lapar, celik mata je kalau boleh terus nak makan..mengalahkan Umar pulak dah.

Sampai ofis je memang terus tuju ke Foodcourt, tapau apa yang patut baru melenggang naik ke atas.

Kalau tidur malam pulak, memang sudah mula terasa ketidakselesaannya...nak mengiring susah, nak melentang susah..haishhh 15 minggu lagi ni! Sabarlah duhai hati.

Dulu masa mengandungkan Nadhirah, tiap malam sebelum tidur saya mesti mandi...walaupun mak dan nenek melarang saya mandi malam kerana dikhuatiri akan ketuban darah ketika nak bersalin, memang saya buat dek je dengan larangan mereka..yang saya tau mesti kena mandi sebelum tidur .(ternyata larangan itu menjadi kenyataan, sungguh saya serik!)

Mengandungkan Umar memang saya lebih mendengar kata....kata orang " belajar dari pengalaman" jadi tak nak ulang lagi kesilapan lalu..panas macam mana sekali pun saya tak akan mandi malam.

Mengandung kali ketiga ni, saya tak mandi malam...walaupun rasa seperti sedang dibakar, saya tak akan mandi malam...pandai-pandailah cari jalan untuk sejukkan badan.

Sehingga sekarang saya belum beli sebarang kelengkapan untuk baby dan juga untuk berpantang..semuanya tunggu selepas kandungan mencecah 7 bulan.

Minggu lepas ada ke Butik Anakku, sekadar belek-belek dan keluar semula..selagi tak tau jantina, rasa macam tak reti nak membeli..

Lagi satu, perasaan nak tidur makin kerap datang beraja...kalau boleh setiap kali lepas makan nak lelapkan mata tapi apakan daya....kalau di pejabat mana mungkin boleh sesuka hati untuk lelapkan mata..tapiii ada waktunya , masa untuk tidur memang banyak tapi mata ni pulak yang tak nak lelap...macam-macam yang datang mengganggu fikiran....hmm sabar je la ..


Sekian , entry hari ni..


Comments

  1. Saya dah 27 minggu kak..Persiapan baby dah buat sikit2 kalau tak buat lagi malas, nak tunggu lepas 7 bulan alamat tak keluar rumah la sebab sekarang pun saya dah malas, huhu..So nak tak nak kena ada persiapan sikit sikit.

    ReplyDelete
  2. Saya dah 39 minggu. Tapi sampai sekarang tak tahu jantina baby.. Persediaan ala kadar je..

    ReplyDelete
  3. bagus sharing experience pegnen..moga semuanya dipermudahkan...aamiin :)

    ReplyDelete
  4. salam kak aya..betul tu..mandi malam memang akan risiko ketuban darah..saya masa anak first balik je kuliah malam2..terus mandi..last2 ketuban darah..ank second ni dah berhati2..kalau bleh xnk mndi malam dah.. :) sakitt ketuban darah ni

    ReplyDelete
  5. sis..dah tak lama dah 15 minggu tuh...heehhe..best je ek

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu