Nasi Minyak Terengganu| gaya orang tak ada skil masak

Inilah menu untuk lunch kami semalam...sejak minggu lepas lagi saya begitu teringin nak makan nasi minyak masakan sendiri...haru jugak teringin nak makan masakan sendiri sebab empunya diri ni tak pandai masak sesedap orang lain..

Ini adalah hasil air tangan saya yang keras itu...boleh la mengenyangkan perut yang sedang kelaparan...kita dah tau, kalau kita masak awal-awal sangat, mesti siap sebelum orang lain betul-betul lapar, baik kita start masak lewat sikit, jadi bila dah siap hidang time tu memang time orang dah tahap kebulur sangat dah..jadi lajulah semua hidangan ni tinggal pinggan je..baru la kita boleh bangga di atas kepandaian kita memasak! He he.

Nasi berwarna pink

Gulai ayam

Acar timun

Ayam goreng.

Saya puas hati dengan hasil masakan saya, orang-orang lain punya kepuasan, kita abaikan je he he sebab yang mengidam nak makan nasi minyak ni adalah saya sendiri.

Minggu depan , saya nak raikan selera saya dengan nasi dagang buatan sendiri pulak..haaa yang ni rasanya lagi mencabar kerana saya tak pernah masak nasi dagang sendirian. Harap-harap menjadi la..


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu