Minggu ke 15 kehamilanku - Minum Air Gula.

Kenyataannya - saya hamil diusia yang telah pun melepasi usia 36 tahun..ditambah pula dengan berat badan yang berlebihan , suka atau dok suke kena la minum air gula tu untuk menentukan paras gula dalam darah.

 Semalam saya ke klinik untuk ujian gula di dalam darah.

Saya sampai di klinik sebelum pukul 8 pagi..dah ramai yang menunggu..sekali bila pintu dibuka, mak aiii berebut-rebut mak-mak buyung ni nak letak kad dalam bakul yang disediakan...malasla saya nak berebut lagipun mereka memang sampai lebih awal berbanding saya.

Prosedur untuk minum air gula tu -mula kena ambik darah dulu, untuk menentukan bacaan gula sebelum minum air gula...( malamnya kena puasa, kata nurse kena mula puasa pukul 10 malam tapi saya dah puasa mulai pukul 8 malam).

Lepas ambil darah kali pertama tu, terus minum air gula, makkk manisnya....tapi tak ada masalah untuk saya meneguknya sampai habis segelas, ada yang mengambil masa yang panjang untuk habiskan segelas air gula tu. Saya lagi senang menelan air manis berbanding yang pahit-pahit, memang tak tertelan.

Selepas minum air gula tu, kena la tunggu 2 jam untuk proses pengambilan darah kali ke 2...untuk mengisi masa selama 2 jam tu, ada sedikit penerangan tentang penyusuan ibu...walaupun saya dah berpengalaman menyusukan bayi sebelum ini, ada beberapa perkara yang saya dah lupa..antaranya tip untuk menghilangkan bengkak susu, tuam dengan ais , lepas tu tuam dengan tuala suam.

Ambil darah kali ke 2  - dilakukan oleh nurse yang sebelum ni tidak pernah menjalankan tugas mengambil darah, ngeri bila ada yang berkerut-kerut menahan kesakitan..saya risau sebab badan saya ni kan berisi, mesti kalau orang tidak berpengalaman untuk mencari saluran darah akan menghadapi masalah, rupanya memang betul telahan saya...sakit ooiiii bila salah cucuk....last-last panggi semula nurse yang ambil darah kali pertama tadi..senangnya dia buat.


Keputusan ujian darah akan diketahui pada Isnin depan, pada mereka yang mendapat bacaan melebihi 7 akan dihubungi oleh pihak klinik, manakala yang bacaannya normal, tidak akan dihubungi oleh pihak klinik sebaliknya boleh mendapatkan keputusan ketika datang untuk pemeriksaan bulanan nanti..semoga keputusan ujian darah saya normal saja.

p/s: selepas 6 tahun tidak mengandung, saya rasa agak cuak  untuk melalui sekali lagi tempoh mengandung dan proses nak bersalin. Semoga dipermudahkanNYA.


Comments

  1. Saya 9hb nanti baru nak minum air gula kak aya..haraplah ok jer..

    ReplyDelete
  2. @Chekgu Azrinesemua pakat excited termasuk keluarga di kg

    ReplyDelete
  3. Moga sumenye berjalan lancar.6 tahunlama gak tu kan..

    ReplyDelete
  4. salam k aya...

    saya pun memang wajib minum air gula. sbb berat badan berlebihan wpun takde history kencing manis. saya lebih ke blood pressure... hehehehehe...

    sedapkan minum air yang manis tu?... hehehehe... (selalu bila minum, duk tahan muntah je... nnt x pasal2 kena minum balik)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu