39 tahun pada hari ini.

Syukur kerana masih lagi diberi peluang dan rezeki oleh Sang Pencipta untuk meneruskan lagi perjuangan hidup. 

39 tahun bukan la masa yang pendek tetapi bukan la menandakan diri sudah terlalu tua ): 

Tidak terlalu tua tetapi sudah dipenghujung usia muda(: 

Syukur kerana di hujung usia muda ini, diberi peluang olehNYA sekali lagi melalui tempoh 9 bulan 10 hari yang pastinya penuh dengan suka duka, Insyaallah semoga ianya berlalu dengan baik. 

Semoga saya terus diberikan kekuatan di dalam mengharungi gelombang kehidupan. 

Semoga hidup sentiasa dibawah rahmatNYA....mendapat keredhaanNYA.. 

Semoga bahagia selalu disamping suami, anak-anak, seluruh ahli keluarga, sahabat dan teman. 

Semoga hari-hari esok dapat dilalui dengan penuh kesabaran, kesyukuran dan ketenangan. 

Hari ni 2 kali makan besar...walaupun perasaan masih lagi seperti di dalam bot yang dilambung ombak, rezeki tidak mampu ditolak. tengah hari tadi dibelanja oleh sahabat saya, Baizura,makan di Restoran Tupai-Tupai, beberapa langkah je dari pejabat. 

Balik rumah pulak ada domino pizza menanti. 

Permulaan yang baik, rezeki melimpah ruah. 

Comments

  1. salam akak...

    happy birthday... semoga dipanjangkan usia dan dirahmatiNya sentiasa...

    www.shakeezmom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semoga panjang umur dan murah rezki..happy birthday!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah.. selamat panjang umur kak aya.. insyaALLAH, semoga terus mendapat keberkatan umur dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir Kak Aya =) semoga bahagia bersama keluarga...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu