Hamil Di ambang 40 & Obesiti
Minggu ni adalah minggu ke 7 kandungan saya. Alhamdulillah setakat ni segalanya baik-baik saja. Disahkan hamil kala usia mencecah 40 tahun dan paling rumit bila masalah obesti kekal membelenggu diri ketika ini. Apa pun saya tak boleh membiarkan diri saya diulit kerisauan berpanjangan. Kalau boleh nak lalui tempoh 9 bulan 10 hari ini dengan penuh ketenangan. Apa yang boleh saya lakukan saat ini adalah menjaga pemakanan sebaik mungkin, makan makanan berkhasiat yang mana mungkin makanan itu bukan makanan kegemaran saya sebelum ini. Sepertimana kehamilan saya sebelum ini, untuk trimester pertama ini saya akan mengalami masalah mual-mual dan loya bila menjelang petang..biasanya lepas je lunch hour, perasaan nak demam, nak baring, nak tidur, mual loya semua silih berganti. Tapi saya tidak pernah muntah-muntah..setakat loya dan mual-mual je. Pagi biasanya saya sambut dengan hati yang tenang dan lega. Selera makan memang hilang-hilang timbul untuk trimester pertama ni...selalunya