Posts

Showing posts from October, 2012

Hamil Di ambang 40 & Obesiti

Minggu ni adalah minggu ke 7 kandungan saya. Alhamdulillah setakat ni segalanya baik-baik saja. Disahkan hamil kala usia mencecah 40 tahun dan paling rumit bila masalah obesti kekal membelenggu diri ketika ini. Apa pun saya tak boleh membiarkan diri saya diulit kerisauan berpanjangan. Kalau boleh nak lalui tempoh 9 bulan 10 hari ini dengan penuh ketenangan. Apa yang boleh saya lakukan saat ini adalah menjaga pemakanan sebaik mungkin, makan makanan berkhasiat yang mana mungkin makanan itu bukan makanan kegemaran saya sebelum ini. Sepertimana kehamilan saya sebelum ini, untuk trimester pertama ini saya akan mengalami masalah mual-mual dan loya bila menjelang petang..biasanya lepas je lunch hour, perasaan nak demam, nak baring, nak tidur, mual loya semua silih berganti.  Tapi saya tidak pernah muntah-muntah..setakat loya dan mual-mual je. Pagi biasanya saya sambut dengan hati yang tenang dan lega. Selera makan memang hilang-hilang timbul untuk trimester pertama ni...selalunya

Anugerah dan Ganjaran Istimewa|Syukur Ya Allah!

Image
Syukur ke hadrat Illahi kerana menganugerahkan saya dengan anugerah-anugerah tak ternilai ini, semuanya di dalam bulan Oktober. Anugerah dan Ganjaran Pertama  15 tahun setia bersama syarikat, Oktober ini genap 16 tahun perkhidmatan saya Anugerah dan Ganjaran Kedua Cek dari Nuffnang untuk tempoh berblog antara Oktober tahun lepas hingga September tahun ni . Anugerah dan Ganjaran Ketiga BE terbaru dari NUFFNANG Anugerah dan Ganjaran Keempat Anugerah Ilahi yang sungguh bermakna.......menggembirakan seluruh ahli keluarga. Syukur tak terhingga saya ucapkan kerana menerima keempat-empat  anugerah ini hampir pada masa yang sama. p/s: terjawab la kehairanan saya terhadap kebencian saya pada novel hu hu.

Takziah untuk Blogger Teratak Hami

Saya akui dah lama betul tak blogwalking ke blog sahabat-sahabat...tak perlu bagi alasan sebab apa pun boleh jadi alasan :( Sejak minggu lepas lagi , ada rakan blogger memberitahu berita tentang pemergian suami kepada blogger Teratak Hami . Kebetulan hari ni saya bercuti kerana Nadhirah ada appointment dengan Dr Ruzini, di Pusrawi, dapatlah saya menziarahi blog Teratak Hami untuk mengetahui cerita sebenarnya. Berjuraian airmata membaca entry beliau itu... KLIK SINI UNTUK BACA  . Terimbas kembali kepada kenangan lalu ketika saat arwah ayah saya meninggalkan kami semua masih kecil. Betul, kematian tidak mengenal usia...datang tanpa terlewat atau tercepat barang sesaat pun..terasa diri sangat kerdil disisiMU, Ya Allah. Semoga blogger Teratak Hami sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Ya...kata-kata yang terlalu klise tetapi  itu doa ikhlas dari kami semua. Bukan senang nak menghadapi saat getir sebegini. TIdak semudah mata yang memandang. Semoga roh arwah suami blogger Terat

Novel-novel Dhiya Zafira

Image
Ni novel-novel tulisan Dhiya Zafira yang terdahulu sebelum saya mengenali novel Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu, Jiwa Kacau dan Tertulis Buat Kita. 3 novel ni bukan saya beli...sahabat yang belikan...dah ada ditangan saya dah pun . Cuma......sejak wabak malas membaca novel datang melanda sejak beberapa minggu ni,novel -novel ni hanya saya pandang sepi, dah jamah-jamah tapi macam malas nak buka untuk baca..kesudahannya masuk kabinet jugak. Kata sahabat saya, antara 3 ni, novel Rindu Belum Berhenti yang paling best. Saya akan baca ketiga-tiga novel ni kemudian, buat masa ni sekadar memandangnya je dulu..ambik mood.

Novel Kalau Memang Harus begitu|Acik Lana

Image
Novel ni dibeli oleh makcik saya minggu lepas, sekarang sudah pun berada ditangan saya...agak tebal seperti novel-novel Acik Lana sebelum ni. Dah pun memulakan proses pembacaan tetapi baru 10% yang pertama, novel ni kembali saya simpan..saya rasa jalan cerita ok tetapi semenjak dua menjak ni, tabiat pembacaan novel saya agak bertukar 100% yang mana - baca sikit, stop dan simpan. Begitu la juga yang terjadi pada novel I love You, Stupid!....baca beberapa puluh helaian, stop, kesudahannya novel masuk kabinet. Adakah saya sudah jemu dengan novel? Hmm saya sendiri tak pasti. Setakat yang saya dah baca dengan novel "Kalau Memang Haru Begitu" ini, ianya seperti saya dapat menelah apa kesudahannya...permulaannya Adara dimaki hamun oleh Putra, kemudian mereka akan bercinta, berkahwin dan pastinya ada dugaan dan ujian yang bakal ditempuhi oleh mereka sebelum berkesudahan dengan episod bahagia. Saya akan menyambung semula proses pembacaan, tapi bukan sekarang ke

Ujian Penentuan Kelas Tahun 1 2013|Umar Faris

Image
Besar pencil box Umar, dalam tu semua ada, pensil, pemadam, pembaris dan pensil warna, Ni cerita pagi minggu lepas ( Sabtu).  Ujian penentuan kelas bagi Tahun 1 2013 dijalankan di Sekolah Rendah Sungai Tua Baharu, tak jauh pun dari rumah, sama sekolah la dengan Nadhirah. Risau dan cuak sedari awal lagi sejak mula-mula mengetahui Umar akan menghadapi ujian ini, perasaan tu hadir kerana saya dah terlebih masak dengan perangai Umar, buatnya dia tak nak buat ujian tu kerana ibubapa sudah tentulah tidak boleh menemani anak-anak ketika ujian dijalankan.  Saya memang berdoa panjang sejak mengetahui tarikh 13/10/2012 adalah hari ujian untuk Umar. Berdoa agar dia tenang bila ditinggalkan dan boleh berlapang dada menghadapi keadaan itu. Dia tu memang sukar diduga. Kakaknya pun kerap menasihati si adik dengan kata-kata nasihat yang sangat manis ditelinga adiknya..ujian tu senang je, dik...nanti kalau dapat jawab semua betul, adik dapat masuk kelas SETIA macam kakak, nanti adik duduk k

Bersyukur Saat Diuji|Muhammad Kamil Ibrahim

Image
Ni bukan buku yang saya beli tapi buku pinjam...biasalah sahabat baik saya tu ada macam-macam jenis buku, pelbagai genre, tinggal rajin atau malas je nak baca...yang selalunya saya rajin nak pinjam adalah novel hi hi , sesekali kena jugak balancekan dengan buku-buku motivasi, buku-buku agama. Ok, sebab mungkin dah makin sedor diri yang dah lama bahan bacaan saya agak berat sebelah, asyik pilih novel, tergerak hati nak pinjam buku selepas dah lebih seminggu saya perasan buku ni ada di atas meja dia.. meja kerja adalah di depan saya je. Kebetulan hari tu , dia bercuti...saya sms bagitau nak pinjam bawak balik...dia membalas, "ambikla, bagus buku tu untuk orang yang macam kita ni.." Hmmm macam ada satu arahan yang kuat untuk saya membaca buku ni. Balik rumah terus baca dan khatam malam tu juga. Dan nekad, akhir bulan ni saya mesti beli buku ni dan juga buku lain tulisan Muhd Kamil Ibrahim ni. Buku "Bersyukur Saat Diuji", menceritakan kisah sebenar yang dil

Minggu Exam Bermula|Tak dapat Online

Komputer ni dah menjadi milik saya tetapi minggu ni dah start exam akhir tahun, kita yang tak ada kena mengena dengan exam pun terbabit sama.. yelah, anak nak periksa takkan mama sakan mengadap blog, kan? Nak tak nak, terpaksalah tahan dulu keinginan untuk berblog..lepas makan malam terus temankan Nadhirah mengadap buku .. Puku 9.30, dah masuk tidur..awal kan? Anak-anak memang sesuailah tidur kala gitu tetapi mama dia yang konon-konon nak temankan anak-anak tidur nampaknya yang terlena paling awal. Letih la sejak akhir-akhir ni. Minggu ni sibuk dengan peperiksaan sekolah kebangsaan, minggu depan diikuti dengan peperiksaan sekolah agama pula...minggu lagi satu dah cuti raya haji....lama jugak la nampak gayanya ni saya bercuti daripada berblog kalau tak pandai curi-curi masa. Ok, saya masih belum dapat blogwalking setakat ni..Insyaallah lain kali, saya doakan sahabat blogger semua berada di dalam keadaan sihat dan dirahmatiNya selalu. Terimakasih sudi datang sini.

Novel I Love You, Stupid! | Melur Jelita

Image
Selepas novel Awak Suka Saya Tak menjadi fenomena, kini muncul pula novel terbaru Melur Jelita, I LYS ( malas nak taip, panjang sangat tajuknya) Sebenarnya saya belum mula membaca novel ni...nanti dah baca saya akan buat review sikit ( kalau ada kekuatan melawan sikap malas la) Kali ni saja je nak tunjuk novel tu...tebal betul novelnya..mungkin sebab tu la sampai sekarang saya masih belum mula membacanya.Jumlah muka suratnya adalah 1389, tebal kan? Dhirah cakap berat novel ni sama dengan berat beg sekolah dia! Memang Tebal

Sesak Sana Sini

Dah 2 hari saya sampai lewat ke pejabat manakala petangnya pula saya sampai lewat ke tadika dan sekolah anak-anak walhalnya waktu keluar rumah dan waktu keluar pejabat ngam-ngam pada waktunya. Pelik bila dah 2 hari berturut jalan sesak bermula Taman Koperasi Polis Fasa 2 dan akan clear bila sudah memasuki Sentul Link. Dari Taman Koperasi Polis Fasa 2 hingga ke Sentul Link memakan masa hampir 1 jam lamanya. Sekarang ni sekolah menengah sedang bercuti kan? PMR dah bermula, patutnya jalan tak ada lah sesak macam 2 hari ni. Kaki kiri pastinya kebas kalau berlama-lamaan berada di dalam kesesakan begitu. Petangnya pula sesak bermula daripada depan Istana Lama hingga lah ke Jalan Kuching..aduhhh beginilah keadaannya kalau tinggal di bandar-bandar besar, kalau tak nak sesak, balik tinggal di Terengganu je la. Kalau dah terlewat sampai rumah, badan dan minda memang sangat letih dan penyakit malas nak masak akan memenuhi setiap ruang diri . Macam petang semalam , saya memang ikut ra

Kembali Kepangkuanku

Image
Lama betul saya tak dapat bermesra dengan blog seperti dulu-dulu...rindu gila nak kembali aktif dan kalau boleh nak dapat income dari Nuffnang. ( sebut pasal nuffnang ni, saya baru dapat cek kedua selepas beberapa tahun  bersama blog ni, terimakasih Nuffnang!) Beberapa hari lepas tuan rumah membuat keputusan untuk membelikan 1 Android terpakai untuk kedua anak kesayangan. Jadi bila dah dapat hadiah yang menjadi igauan mereka selama ni,  mereka ni tidaklah berminat lagi dengan PC buruk yang sangat penting untuk mamanya. Alamak! seksala Umar... Tuan rumah dah menetapkan , mereka berdua diberi masa selama 30 minit seorang setiap malam dan 1 jam pada hari cuti sekolah untuk menggunakan benda alah tu. Paling penting tuan rumah menegaskan, PC hanya untuk ABAH dan MAMA. Bermaknanya, saya dapat berblog pada bila-bila masa terluang saya dan mengikut mood dan kerajinan saya. Jendela Hidup melalui skrin PC ku, nampak macam tak bermaya je gambar ni Selepas ini, cabaran yang mu

Bak pohon subur merendang.

Image
Dah penat tayang gambar novel untuk dijual, sekarang tayang diri sendiri pulak. Nak tunggu kurus, gamaknya sampai bila-bila pun tak muncul-muncul wajah sendiri di blog ni. Jadi, mana yang lalu nak pandang wajah tuan blog ni, pandang la dengan penuh rasa kasih sayang he he....yang rasa tak lalu tu, sila klik X di hujung kanan atas laptop anda ye! Bye.. Eh eh ada tuan rumahla kat belakang... p/s: sedang menunggu tuan rumah bersiap..nak keluar makan malam kat kedai Sup 88, Selayang Baru.

NUFFNANG: Unique Visitor = 0 ---> Sejarah Tercipta!

Image
Tak ada sapa dah ke yang sudi bertandang ke blog ni? Hu hu sedeyy... Alamak orang dah tak jumpa jalan lagi dah nak datang rumah maya saya nih! Hmm tak apa, nampaknya saya perlu bersihkan semula semak samun debu debu untuk bagi clear semula jalan nak ke rumah saya ni....rumah ni pun agak bersawang...nanti saya bersihkan perlahan-lahan. Jemput datang ye nanti!

Review Novel Calon Jodoh Untuk Adik |Areila Sahimi

Image
Novel seterusnya yang selamat dikhatamkan minggu ni.. Saya membaca kesemua novel tulisan Areila ni....tulisannya santai dan ringan, namun ada mesej tersendiri. Kali ni dengan tema abang angkat, hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Ni sinopsis novel ni: Kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama.Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan. Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat ter

Majalah Anjung Seri Oktober 2012

Image
I nilah cover terbaru Majalah Anjung Seri keluaran Oktober 2012, baru je beli kat pasar semalam, baru belek sikit-sikit je...kena tunggu masa sesuai untuk bersantai melihat deco di dalam majalah ni. Tajuk di cover tu - 'berdikit-dikit dahulu ' memang kena la dengan keadaan saya...serba serbi berdikit untuk pastikan hiasan di dalam rumah menepati apa yang diidamkan. Apa pun Majalah Anjung Seri banyak memberi inspirasi di dalam menata gaya hiasan rumah walaupun hingga kini penataan saya tiada penghunjungnya... Selamat Membaca.

Review Novel Tertulis Buat Kita|Dhiya Zafira

Image
Akhirnya  selesai juga saya membaca novel terbaru Dhiya Zafira, Tertulis Buat Kita yang mana novel ni merupakan sekuel kepada novel Jauh Kau Pergi. Novel Jauh Kau Pergi pernah menghantui perasaan saya kejap dulu...kali pertama saya baca novel thriller romantik sebegitu...sangat mencemaskan bila babak Afi kena culik di hujung-hujung cerita, terasa kebas satu badan kerana terlalu menahan 1001 perasaan....pendek kata macam saya la yang kena culik tu...dah le watak Afi dan Rif tu sangat-sangat la kena antara satu sama lain..mereka yang dah baca novel ni pasti tau, apa maksud saya mereka ni 'pasangan yang sangat kena'. Novel Tertulis Buat Kita adalah berkisar tentang kisah hidup Jimmy a.k.a Mejar Najmi Hariri, kawan baik Rif dan abang kepada Afi. Sebelum ni, kisah Jimmy tak sebanyak kisah Rif dan Afi, kali ni memang penumpuan watak banyak diberikan kepada Jimmy. Selain itu, ada sambungan kepada kisah selepas tragedi penculikan Afi dulu . Masih ada saki baki penjenayah yang m