Posts

Showing posts from September, 2012

Kawal Emosi Dengan Terapi Al Quran

Membaca novel memang boleh dianggap sebagai satu terapi kala kebosanan tetapi membaca Al Quran boleh dijadikan pelbagai terapi, salah satu adalah terapi emosi.Kitab Al Quran yang tidak tolok bandingnya yang penuh dengan nikmat dan hikmah. Subhanallah! Baca Al Quran mesti sebaik-baiknya mengikut tajwid, nafas tidak boleh terputus-putus ketika membacanya. Kita wajib tau tentang dengung, panjang pendek, jelas daripada segi sebutan makhrajnya. Faedah dan kesan membaca Al Quran dengan pola nafas yang teratur dan tajwid yang betul boleh menghasilkan kekuatan pada spritual dan fizikal jasal si pembaca bagi menolak penyakit seperti ketidakstabilan emosi, kemurungan, tekanan perasaan, gangguan syaitan, terkena sihir dan jugak penyakit  yang lain seperti sakit jantung, darah tinggi, migrain dan lain-lain. Cubalah kita ikuti kaedah di bawah ini sebagai terapi kepada masalah emosi , resah, takut, tekanan atau pun marah. 1. Bacalah istighfar. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perhal

Ciri Dunia Di Hati

Tak salah mengejar kebahagiaan di dunia tetapi usah di lupakan akhirat tempat kita yang kekal. Cuba kita renungkan , adakah kita mempunyai sifat seperti di bawah ini?  1. Bakhil -  payah untuk berzakat, sedekah atau menderma. 2. Tamak - ingin membolot segala yang ada  3. Megah dan bangga diri - sentiasa memburu status sosial dan terasa diri sentiasa hebat  4. Berat untuk beribadah - sentiasa mengutamakan aktiviti dunia 5. Tiada masa untuk agama - agama dirasakan seperti leceh dan tidak terlalu penting 6. Suka membazir - nikmat dan kelebihan digunakan untuk perkara yang sia-sia 7. Khianat - tidak takut dengan amaran-amaran Allah 8. Pentingkan diri sendiri - mendekati seseorang bila ada kepentingan tertentu 9. Anti Akhirat - tidak suka mendampingi ulama dan menghadiri majlis ilmu Perkongsian bersama, semoga bermanfaat. Petikan daripada Majalah Q&A.

Review Novel Projek Memikat Suami | Hanina Abdullah

Image
Baca novel ini ketika di wad Pusrawi ..sepanjang 3 hari di sana , memang novel ini la yang jadi peneman. Seronok baca novel ni...lain daripada novel-novel lain walaupun kelihatannya seperti kisah kahwin paksa juga. Una dan Zahrain berkahwin atas pilihan keluarga.  Usaha Una untuk memikat suaminya memangla sangat menarik dan jarang saya jumpa di dalam mana-mana novel sebelum ni. Saya rasa novel ini memberi idea kepada kita juga, para isteri tak kira la yang dah lama kahwin atau pun baru kahwin. Usaha yang dijalankan oleh Una adalah idea daripada Master-jie iaitu kakak kepada Una sendiri.. Betapa pentingnya seorang isteri berusaha untuk tampil cantik dan menawan di mata suami..penting untuk isteri pandai masak makanan kegemaran suami...dan peranan di tempat tidur juga sangat-sangat penting. Tahniah untuk Hanina kerana kreatif di dalam menyampaikan mesej walaupun kelihatan seperti kisah kahwin paksa sebagaimana novel lain  tetapi bila kita dah mula membaca helaian-helaian

3 Hari 2 Malam di Pusrawi, Jalan Tun Razak, KL

Image
Alhamdulillah , malam ni dah kembali menjejak kaki ke rumah semula...Rabu lepas Umar kena masuk wad...aktiviti di dalam wad adalah menunggu masa untuk menyedut gas je la..selang 4 jam mesti ambil gas. Hari pertama memang mood Umar agak ke laut...serba tak kena..dia takut kena cucuk sebenarnya walhalnya tak ada cucuk pun...ambik gas dan ubat je. Hari ke 2., dia dah ok...kerjanya selain ambil gas adalah nak berulang alik ke bilik mainan yang sememangnya tak ada apa-apa permainan pun..dulu banyak barang permainan, kenapa sekarang jadi kosong je ? Petang hari ke 2, saya mula download games dari internet ke handphone saya....kalau ada game, senanglah sikit sebab dia hanya akan duduk atas katil je..kalau tidak, selang beberapa minit, dia ajak ke situ, ke sini sebab bosan..siap turun ke Tingkat 1 untuk membeli makanan di Koperasi.. Bila dapat main games, handphone tu jadi hakmilik dia sepenuhnya. Umar ada buat xray dada - confirm dia memang lelah...paru-parunya ketat, kahak terpendap

Psst!! Gambar Neelofa Selayang tengah tidur!

Image
Aduhh macam-macam anak dara sorang ni....sejak 3 malam lepas, bila dia nak tidur je dia akan letak 'papan tanda' tu di atas tilam..tak bagi orang lain bising, walhalnya tak ada sapa pun yang bising dalam rumah ni...Umar pun dah lena time ni...bangun pagi je, 'papan tanda' tu dah ada bawah katil.

Akrabnya Umar dan Lelah

Image
Kesian tengok anak bujang sorang ni....sejak akhir Ramadhan hingga la ke hari ni masih lagi bersilih ganti sihat, lelah, demam, selsema...akrab sekali nampaknya jalinan tu . Tengok petang ni macam mana keadaannya, kalau lebih teruk berbanding semalam, terpaksa bawa ke Pusrawi untuk pemeriksaan yang lebih rapi.

Review Novel Bukan Serapuh Daun Maple - Fatinilam Sari

Image
Mulanya saya baca kisah ni di ruangan Novel di dalam majalah MIDI secara bersiri..kemudian rakan baik saya membeli novel ni dan dapatlah saya baca free sepenuhnya tanpa perlu keluaran MIDI. Mengisahkan Tasneem yang agak kuat pegangan agama menyambung pelajaran ke US, memulakan hidup di rantau orang dengan penuh kecekalan hati. Sebenarnya Tasneem ni dah ditunangkan sejak kecil lagi dengan sepupunya, Andrian yang mana Andrian ni telah pun 7 tahun tidak pulang ke kampung selepas menyambung pelajaran di US. Kebetulannya , Tasneem pun mendapat tawaran belajar di universiti yang sama dengan Andrian. Namun jarak masa selama 7 tahun mungkin menyukarkan mereka untuk berjumpa. Di US, Andrian sebenarnya hanya sempat belajar selama 2 tahun saja, selebihnya beliau menghabiskan masa dengan bekerja dan mengumpul harta, disamping itu Andrian juga telah mempunyai kekasih hati yang berlainan agama. Manakala Tasneem pula berniat untuk mencari Andrian kerana itu adalah janji beliau pada ibu s

Review Novel Sayang Si Lanun - Erin Zahana

Image
Ok,novel ni bukan kisah kahwin paksa. Kisah kehidupan Wafa yang dipaksa menguruskan resort peninggalan abahnya. Dalam masa yang sama ada yang berminat nak beli resort tu. Wafa ni baru putus cinta, datang si Ghazi yang mulanya hanya berminat dengan resort tu , alih-alih berminat dengan tuan resort pulak dah.. Saya rasa seronok jugak la baca novel ni..ada la kelainannya...biasalah saya ni, asyik nak kelainannya je. Tak rugi la kata orang, habiskan masa untuk membacanya.

Review Biar Cinta Bertaburan

Image
Ni bukan kisah kahwin paksa...kisah cinta antara bos dengan setiausaha. Bos sebelum ni dah ada tunang, akhirnya jatuh cinta dengan setiausahanya sendiri. Hmm cerita ni agak terlebih nakalnya ye! Untuk mereka yang dah berkahwin rasanya ok je. Pengajarannya, jangan la ikut nafsu kerana buruk akibatnya.Cinta mengikut hawa nafsu boleh memudaratkan hidup kita.

Review Novel Qaseh Nuralia Imani - Arin Arida

Image
2 minggu lepas novel dikhatamkan. Masih lagi kisah kahwin paksa...cuma jalan cerita yang diubah-ubah mengikut kreativiti penulis..saya tabik dengan penulis-penulis novel yang pandai menjadikan sesuatu cerita tu seperti realiti. .nampaknya saya kekal sebagai pembaca je la, memang tak reti langsung nak garap cerita macam mereka ni semua! Banyak eh novel macam tu sejak beberapa tahun ni. Ni novel yang saya pinjam daripada sahabat baik saya si kaki novel... Seperti biasa, happy ending!

Review Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana

Image
Ni novel kedua Acik Lana....sebelum ni best dan hot dengan cerita Aku Bukan Mistress...saya lebih sukakan novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna berbanding Aku Bukan Mistress. Novel ni ,senang cerita adalah kisah kahwin paksa...tebalnya novel ni boleh la tahan jugak... Dah agak banyak bulan novel ni keluar di pasaran cuma 2 hari lepas saya terima novel ni daripada sahabat baik saya.. Seperti biasa, happy ending! Sinopsis : Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Da

Review Novel Kampung Girl - Umi Kalsom

Image
Novel ni khatam minggu lepas jugak. ketika bercuti di Tampin. Kisah klise je , pada saya...oleh kerana saya terpengaruh dengan pendapat orang lain yang mengatakan novel ni sedaappp, saya pun beli dan rasanya tak la sesedaappp mana. Ni sinopsis kat belakang novel.. PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin. “Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi. “Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur. Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata. Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan. “Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi. Dan nada yang si

Revie Novel Cinta UNtuk Sedetik Lagi - Ezza Mysara

Image
Novel ni baru je baca beberapa helai...setakat ni macam best sebab ada kelainan...saya dah jemu baca kisah kahwin paksa sebenarnya tapi itu jugak yang dihidangkan....kadang-kadang terbeli, kadang-kadang terpinjam..bila dapat novel yang kisahnya lain sikit, baru la mood untuk membaca tu berkobar-kobar. Novel ni akan saya sambung baca esok. Ni sinopsis yang saya ceduk daripada kulit belakang: NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati. “Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang

Review Novel Suamiku Encik Perfect 10 - Syamnuriezmil

Image
Novel ni dah khatam 2 minggu lepas. Nak kata sedap sangat tu tidak la...tapi boleh la kalau nak cari kelainan. Tidak la begitu membosankan. Ni sinopsis kat kulit belakang, baca la kalau nak tau serba sedikit kisahnya. PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati. Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan.  Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed M

Review Novel Kalau Jodoh Tidak Kemana - Naurah Iman

Image
Ni pun novel terbaru jugak....baca minggu lepas jugak...best jugak.. Ada kelainan berbanding kebanyakan novel masa kini yang sangat suka tampilkan kisah kahwin paksa .. Ini memang sangat lain...perempuan meminang lelaki tetapi digarap dengan penuh kecomelan ( tak tau lah boleh guna pakai tak ayat ni). . Pada saya novel ni sangat seronok di baca...ada part-part yang membuatkan saya tersenyum sorang-sorang. Kalau tak percaya, cuba la baca novel ni, mesti anda suka !

Review Novel Lazuardi - NASZ

Image
Sepanjang tak dapat online, kerja sampingan saya adalah membaca novel..banyak buah jugakla yang dapat dikhatamkan.. Ini adalah salah satu daripadanya--------- LAZUARDI, tulisan Nasz, sebelum ni dia hangat dan hot dengan novel Sweet Sour. Bila nampak je novel Lazuardi di kedai buku minggu lepas, memang terus sambar la...lama gila menunggu Nasz keluarkan novel baru. Novel ni mengisahkan tentang kehidupan Anaz...sumpah saya sangat rasa sakit dalam dada membaca novel ni..novel ni bagus, saya suka! tapi rasa sakit dalam dada tu mungkin sebab terlalu menghayati watak-watak dalam novel ni. Anaz ni nampak sangat la sabar orangnya, kadang-kadang membebel mulut saya tanpa disedari kerana terlalu geram dengan kesabarannya dan kelurusannya itu!  Watak Ain paling menonjol dalam novel ni, saya sangat sakit hati dan benci dengan Aini ni..kalau dia ada depan mata, memang dah lunyai kena tampar dengan saya agaknya walaupun seumur hidup saya tak pernah pun tampar orang. Watak Shark adalah

Rahsia Di Sebalik Demam

Siapa yang tak pernah demam? Mesti semua pernah demam sepanjang hidup dimuka bumi Allah ini....demam sebenarnya besar hikmahnya. Hakikat Demam. Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya : "Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : "Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim) Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasa

RAHSIA 5 JARI

1.Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka.     Renung dalam - dalam .      Itulah kewajipan solat waktu.   2. Letakkan jari di atas meja. Perhatikan :   a- jari kelingking yang kecil - sama seperti manusia dan apa jua perkara mesti akan bermula daripada kecil dan kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam ciptaan Allah. Kegagalam mendidik pada usia muda akan memberi kesan yang besar pada masa depan.   b. jari manis - Seolah usia remaja, semuanya manis belaka. Masa remaja kita selalu di duga dengan dugaan dan cabaran. Hanya iman dan takwa yang menjadi petunjuk kepada jalan kebenaran.   c- Jari hantu adalah jari paling tinggi, ibarat alam dewasa. Pada usia dewasa melepasi 30 tahun, kita telah pun berada pada kedudukan yang stabil dari sudut ekonomi dan kerjaya tetapi kita masih juga perlu berhati-hati kerana pada masa ini banyak hantu pengacau yang datang menggoda. Ada hantu dengki, hantu ego, hantu tamak dan macam-macam hantu. Kalau kita gagal meng

Bercanda Di Pantai Batu Rakit

Image
Rumah saya memang tak jauh sangat dari pantai...hari raya ke 5 hari tu, sepulangnya dari beraya di rumah sahabat lama di Bari Besar, singgah di Pantai Batu Rakit, anak-anak nak tengok ombak .. Sudahnya dua-dua masuk dalam air dan kuyup. Boleh nampak Pulau Redang dari kejauhan. Insyaallah sampai jugak kami ke Pulau Redang nanti, sekarang tengok dari jauh je dulu.

Handphone buruk yang menjadi rebutan

Image
Dulu-dulu saya menghabiskan masa waktu petang bersama adik-adik dengan bermain guli, main 'to decok' ( orang terengganu je yang faham dan tau permainan ni he he), baling selipar dan macam-macam permainan yang memang anak saya tak pernah dengar pun. Tapi zaman anak-anak saya ni, dapat handphone buruk pun dah menjadi keseronokan pada dia..kalau balik kampung, handphone nenek mereka ni pasti menjadi rebutan ha ha bukannya handphone canggih pun tapi ada game yang kena dengan jiwa kat dalam handphone tu. Time ni kalau kita panggil pun memang dengar tak dengar, bena tak bena je.

Makin melebar tanda bahagia?

Image
Kalau balik kampung di Terengganu , tak kirala balik beraya atau bercuti biasa, pasti soalan ini akan kedengaran: bakpe gok mung ni makin lebar? hmm aku ni hidup bahagia, tidur cukup, makan cukup, makin lebar la jadinya... tak tau la itu jawapan yang memang sebaik jawapan atau jawapan untuk menutup rasa kurang suka dengan soalan tu. rasanya memang itu pun jawapan yang terbaik..tak melukakan hati sesiapa malahan satu doa yang baik untuk diri sendiri. tapi betul ke saya ni makin melebar? biarlah gambar ini yang menjawab soalan tak sedar diri saya tu! Saya, Nadhirah, Mak mertua, kakak ipar. P/S: SAYA AKAN CUBA BALAS KUNJUNGAN SAHABAT MAYA SEMUA SEDIKIT MASA LAGI, TENGAH ADJUST MASA TIDUR UNTUK BLOGWALKING!

Umar dicakar awek!

Image
Ni kisah bulan Ramadhan lalu...dahi Umar berdarah, kulit tersayat...tak sangka dia yang selalu mengaku diri sebagai hebat macam Power Ranges tu boleh luka dicakar oleh seorang budak perempuan berusia 4 tahun! Masuk je dalam kereta, dia terus mengadu kena cakar..paling kelakar bila dia cakap, nasib baik dia tak mati , kalau mati, memang tak dapat beraya la...  Biasalah budak-budak, macam-macam peel...dulu Umar pernah gigit belakang seorang budak perempuan 6 tahun, ketika itu Umar berusia 4 tahun.. parent budak perempuan tu agak marah tetapi benda ni sukar untuk  kita kawal, maklumlah budak-budak.  Sekarang dahi Umar dah pun bertanda. Cap mohor SIRIM he he.

Bakar-bakar Raya Part 2

Image
Ni bakar-bakar yang boleh mengenyangkan perut..acara ni berlaku pada Jumaat malam Sabtu raya ke 6 tempoh hari. Aktiviti ni diketuai oleh adik saya yang baru je tiba dari KL...dia beraya di rumah mertua dulu , sama macam saya, kemudian dia suami isteri masuk kerja bermula Rabu raya ke 4...Jumaat pecut balik ke Terengganu. Ayam 2 ekor, memang diperap masa dia di KL lagi...kami di sini sediakan sotong je. Sepupu saya bersama anak-anak beliau..baru je sampai time ni