Mungkinkah akan berpisah?

Curi masa kejap untuk belek blog sebelum siapkan hidangan bersahur. 

Blog ini mungkin akan ditamatkan selepas berakhirnya tempoh domain pada Mei 2013.

Kenapa saya tulis begini?

Pastinya kerana saya langsung tidak dapat lagi berblog seperti dulu. Lebih baik lupakan terus andainya begini keadaan yang tersurat, tiap tahun perlu bayar untuk domain.

Sepanjang Ramadhan ini , hanya sekali dua je yang mampu menulis entry secara 'terus' selebihnya menggunakan auto publish. 

Menggunakan khidmat auto publish sedikit sebanyak menghilangkan ghairah untuk berblog kerana ianya tidak sama dengan menulis secara terus.

Tadi buka je gmail, mak aiii banyak emel-emel yang tak dibuka sepanjang Ramadhan, tak ada apa yang penting pun kecuali email dari pihak Nuffnang tentang perubahan pada web Nuffnang, agak jakun melihatnya pada kali pertama.

Tentang sahabat-sahabat alam maya, memang saya akui langsung tak tau cerita sebab berbulan-bulan tidak melakukan blogwalking, rasa sangat ketinggalan !

Doa saya semoga sahabat semua dirahmati Allah sepanjang masa dan persahabatan maya kita akan terus subur walaupun tidak berbaja.

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan kita...mungkin terlebih awal kerana Syawal belum pun menjengah tetapi kerana masalah untuk berblog menyebabkan saya mengambil langkah pertama untuk memohon maaf.

Semoga kita semua bergembira di Aidilfitri nanti!

Salam Syawal 2013!

p/s; saya akan pulang beraya di Tampin sebelum beraya di Terengganu kali ini!

Comments

  1. harap2 k.aya keep on blogging. Saya pengunjung tetap blog k.aya . Still remember k.aya buat entry khas utk saya sbgai follower ke 100 blog k.aya :-)

    p/s: selamat hari raya jugak buat k.aya sekeluarga :-)

    ReplyDelete
  2. Kenapa nak berpisah? Sedihlah, takpelah kak aya ikut mana yang mudah bagi kak aya yea..By the way, saya juga nak memohon maaf andai ada salah dan silap..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya
    mohon maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  4. alamak kak aya, tiba2 rasa sedih baca tulisan akak kali ni huhu.....k.aya, teruskanlah menulis. Saya suka baca tulisan k.aya yang agak sempoi hehe....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu