Wah tabiklah pada Ben Ashaari!

Saya akui dah lama gila tak blogwalking, sampaikan dah tak tau apa jadi dengan kawan-kawan blog...baru perasan tadi dalam Kosmo ada kisah Ben Ashaari yang dah jadi suami rumah sekarang ni! Caya la...

Saya ni yang dah berkurun menyebut dan berniat nak berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa , sampai la masih belum tertunai..belum ada rezeki.

Baru lagi berniat, konon-konon nak interview si Ben ni..sebagai Cabaran Diri sendiri selepas temubual bersama Datin Norjuma hari tu..rupanya kena tangguh dulu la, sebab Ben tengah meletup sekarang, dah keluar Nona, dah keluar Kosmo, lepas ni mesti keluar Majalah lain pulak.

Tahniah untuk Ben Ashaari kerana berjaya melangkah setapak lagi ...berjaya mengharungi dugaan seorang blogger dan kini ternyata beliau berada di tangga yang lebih atas berbanding kita.. dia juga berjaya memecah tradisi biasa...memilih menjadi seorang suami rumah dengan pendapatan yang lebih lumayan berbanding kerja makan gaji sebelum ni.

Saya berdoa semoga saya dapat mengikut jejak Ben Ashaari satu masa nanti ( tak tau bila!).
Kalau nak ikut jejak langkah Ben, kenalah lebih kuat berusaha untuk mencapai tahap kedudukan seperti beliau. Sehari bog beliau dilawati 4000 pengunjung tetapi blog saya ini sekadar 400 pengunjung sehari saja.

Kalau ada yang belum baca rencana di Kosmo, boleh KLIK SINI

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu