Versus TV9 Final - Go! Gerrilla Juara Battle of The Band Pusingan Pertama

Dah pun malam final malam ni ye...kejap je dah 8 minggu..

Macam biasalah rancangan ini dimulai dengan persembahan battle.Tema battle minggu ini adalah "Akustika". Malam ni ada 2 persembahan battle.

2 band yang terpilih untuk battle yang pertama adalah Go!Gerrila dan Black& Parallax, 2 band yang memang dinantikan oleh 2 orang dalam rumah ni..2 orang itu adalah pasangan suami isteri he he.

Saya memang sokong Black& Parallax sejak awal lagi..saya memang tak pandai nak komen kerana tak ada ilmu langsung dalam bidang muzik ni. Kalau halwa telinga saya macam best je dengar satu-satu lagu tu saya komen sedap, kalau sebaliknya, saya komen tak sedap...haa senang betul kerja saya,memang tak layak jadi juri.

Berbeza dengan juri  dalam rumah ni,dia memang pandai main gitar, jadi komen dia agak boleh diterima la kan berbanding saya.

Berbalik kepada persembahan battle malam ni, Black & Parallax dipilih untuk memulakan persembahan.

Lagu UntukMu adalah lagu yang dinyanyikan oleh Black...pada saya memang best sangat dah Black nyanyikan lagu ni. Tapi juri dalam rumah ni cakap Black & Parallax tak begitu sedia dan tak tepati "Akustika". Alaaaa pulak dah..

Bila Go!Gerilla muncul dengan lagu "TanpaMu" terus juri dalam rumah cakap , " haaa ni la dia namanya AKUSTIKA...hmmm sah sah la Black & Parallax kalah.

Dah mula rasa malas dan mengantuk nak tengok jadinya...

Tapi gagahkan diri untuk tunggu pengumuman Juara of The Band untuk battle yang pertama.

Akhirnya, seperti juri dalam rumah dah confirmkan tadi, Go! Gerilla yang menjadi Juara Battle of the Band dengan menggondol wang tunai RM25,000.

Tahniah Go!Gerrila yang kali pertama memenangi Battle of The Band!

Nantikan entry seterusnya untuk persembahan Final...

Comments

  1. hujan menang la.. tu battle utema minggu lepas..

    ReplyDelete
  2. @adibcocosaya dah tidur time Battle yang kedua tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu