Review Novel Saat Mata Berbicara|Dyza Ainun



Baru je habis membaca novel ni....best jugak la, ada sedikit kelainan yang ditonjolkan pada jalan cerita namun masih boleh diterima, bukan kelainan yang pelik-pelik.

Kisah Jija dan Zharul...

Jija yang badan berisi, gigi jongang 2 batang, muka berjerawat anak kepada seorang bomoh kampung yang handal, baru lepas putus tunang.

Zharul seorang lelaki berjaya tetapi mengalami masalah lumpuh telah datang berubat di rumah Jija dan terpaksa tinggal disitu untuk beberapa bulan kerana ayah Jija mengubati pesakit seperti Zharul tu di rumah sendiri.

Bagi mengundang fitnah orang kampung dan juga menjaga batas-batas aurat antara bukan muhrim, Jija dikahwinkan dengan Zharul .

Selepas setahun perkahwinan mereka, ada satu insiden berlaku, rumah Jija di bakar dan hanya Zharul yang terselamat.

Zharul yang ketika itu sudah pun pulih daripada strok pulang ke pangkuan keluarga , menjalani kehidupan seperti sediakala.

Selepas 4 tahun peristiwa tu berlaku, satu hari seorang gadis cantik datang ke pejabat Zharul memohon pekerjaa sebagai pemandu lori, Qalisya namanya.

Tingkah laku Qalisya, gaya percakapan Qalisya mengingatkan Zharul pada Jija. Sesungguh cinta Jija sentiasa mekar di hati Zharul.

Kalau nak tau, sapa Qalisya sebenarnya, boleh beli novel Saat Mata Berbicara ni ye!

Saya harap novel ni ada sambungan kerana ianya tamat tanpa kesudahannya. Potong mood membaca jadinya. Peminat perlu tau apa kesudahannya yang terjadi pada Qalisya dan Zharul. Siapakah dalang yang telah sekian lama berniat nak menghancurkan kehidupan mereka ini? Harap penulisnya memang berniat untuk membuat sambungan bagi kisah ini.


Comments

  1. Hmm..dah baca..dah novel ini.. mmg ending dia mengecewakan sikit.. jalan citer dah okey..tapi bab ending dia..cam tergantung plak..adoiyaii..

    ReplyDelete
  2. @Rinnakak aya rasa memang penulis akan buat sambungan nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu