Mandi Kolam di Casa Mila, Bukit Idaman , Selayang

Cerita Ahad lepas...dah lama budak-budak ajak mandi kolam ...bukan tak nak sebenarnya tapi risaukan kesihatan Umar, kalau mandi kolam mesti tak nak sekejap-sekejap. 

Ni kami tumpang mandi kolam di Apartment sahabat baik saya, Saniza a.k.a tauke kek ..nak order apa je jenis kek, boleh je ke FB Saniza Abd Rashid.

Jom layan gambar basah kami.

Anak tuan rumah,Naufal dan Naurah

Nadhirah yang tak lena tidur malamnya kerana teruja untuk mandi  kolam


Umar berehat kejap ...asyik tertelan air je dia.



Kolam untuk kanak-kanak


Ni di dalam kolam dewasa

Nadhirah bersama Achik Ija dan Naurah

Umar sedang di beri kawalan rapi oleh Achik Ija sebab banyak kali tertelan air


Umar...gaya tak kalah...dah bertukar pada pelampung yang ni baru la dia lebih berkeyakinan

Add caption




Oleh kerana saya tak dapat berbasah basahan bersama mereka kerana belum ada baju mandi muslimah seperti yang Achik Ija budak-budak ni pakai...makanya saya menghabiskan keropok goreng yang saya bawa dari rumah..sendiri bawak sendiri habiskan..

Dah habis baru teringat nak snap gambar

Tupperware kosong hu hu...
Lebih kurang 2 jam setengah berendam...perut pun bergendang hebat..tekak terasa kering kontang.

Masuk ke rumah tuan rumah .....ada dihidangkan red velvet cake ( dah makan habis baru teringat nak snap gambar, biasalah kalau dah kebulur, semua tak ingat), baru tolak piring kertas sisa kek, dihidangkan pulak bihun sup..kami anak beranak makan sampai tak nampak orang di sekeliling.


Red velvet..nyam nyam



Umar nak menambah bihun sup

Saya punyaaa

Dah kenyang dan dah hilang dahaga..apa lagi angkat kaki melangkah balik la ...masuk kereta tak sampai 10 minit terus tidur.

Perjalanan dari Bukit Idaman ke Selayang Mulia lebih kurang setengah jam ...keluar kereta budak berdua ni terus sambung tidur sampai ke pagi esok nya.

Umar terus landing atas sofa...tak larat nak angkat kaki naik ke bilik atas.

Nadhirah masih mampu ke bilik...

Seronok tak terhingga nampaknya mereka ye....di sebalik keseronokkan itu,ini la akibatnya selepas 3 hari berendam.

Enggan membenarkan wajahnya dirakam kononnya....



Comments

  1. kalau mandi kolam mmg budak cepat letih..sbb banyak guna tenaga..dah lama tak bawak anak mandi kolam..hhuh..dorang semua suka giler mandi kolam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu