Versus TV9 Minggu ke 4

Ramai ke yang menonton rancangan ni? Setakat ni saya masih lagi belum terlepas menonton Versus di TV9 saban minggu, nak kata minat sangat tu tidak la , sekadar ingin menonton kelainan yang ditonjolkan dalam rancangan realiti terbaru ini.

Persembahan battle dimulai oleh Aizat dengan lagu Black Box , manakala pencabarnya pula, 6ixth Sense membawa lagu Hikayat Cinta ( kalau tak silap).

Ingatkan Aizat Go! Gerilla yang menang tapi 6ixth Sense hu hu...mungkin kurang elemen drum untuk persembahan Go! Gerilla, tak apalah, boleh cuba lagi di minggu -minggu akan datang.

Best wooo juara battle of the band dapat RM10 ribu.

Tema persembahan mingguan minggu ini adalah DIVA. Dah boleh agak kan lagu-lagu daripada penyanyi yang mana bila sebut DIVA?

Persembahan mingguan dimulai oleh Sofazr dengan lagu Ella, NURI - tak berapa jelas persembahan Sofazr sebab siaran Astro terganggu pulak dah kali ni...errrr ada orang orang sabotaj ek? hehe main-main je.


Black & Parallax memang tak pernah menghampakan , dengan lagu SEKADAR DI PINGGIRAN, sentiasa menonjolkan cara nyanyian, gubahan yang penuh kreativiti.

Saya rasa gandingan Black dan anggota band ini cukup mempunyai "kimia".

Beralih kepada 6ixth Sense yang menyanyikan lagu JANJI MANIS MU  - kenapa mesti ditonjolkan muzik rock yang 'keras' je tiap minggu? Tak best! Cuba la pelbagaikan sikit corak persembahan dan muzik,baru la rasa seronok sikit nak menonton.

Lagu CURIGA pula dinyanyikan oleh Go! Gerilla...best pada saya , memang agak berlainan daripada cara nyanyian NING , tahniah untuk Aizat and the Gang. Muzik dia memang ada kelainan berbanding band lain.


Hujan tampil dengan lagu AKHIRNYA KINI PASTI, jadi jazz pulak kali ni...hmmm best jugak sebab ini baru kelainan namanya....saya suka! Suara Noh pun sedap, semua orang pun tau he he..apalah saya ni. 

Kalau ikut hati nak juga komen dari sudut susunan lagu, cara penyampaian tapi tak ada ilmu langsung bab tu, takat boleh komen secara asas ikut kata hati sendiri je.

Nampaknya malam ni 3 band yang best - Black & Parallax, Go! Gerilla & Hujan.

Tapi yang paling best antara best mengikut kata hati saya adalah Go! Gerilla, diikuti Hujan dan Black & Parallax. 

Tahniah Go!Gerilla!

Saya tak berapa gemar dengan pengacara wanita tapi mungkin dia antara yang terbaik yang terpilih untuk mengacarakan rancangan tu. 



Comments

  1. saya pun tak suka pengacara wanita itu.entahlah..rasa nak tukar siaran je setiap kali dia bercakap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu