Dari Selayang Mulia ke Tampin

Sabtu lepas, balik kampung menjenguk keluarga mentua dan anak-anak buah yang 3 orang tu....kebetulan kakak ipar pun ada bercuti sekali balik jenguk anak-anak yang 3 orang tu.


Mula-mula tu singgah makan kenduri dulu ( jiran sebelah rumah yang kahwin, makan nasi beriani dan rendang daging berserta ayam masak merah.

Selamat Pengantin Baru untuk Asbul dan Mona!
Tunggu turn nak salam pengantin

Dah kenyang Alhamdulillah bergerak terus ke Tampin.





Sampai di Seremban, sempat singgah di Kedai Cendol Leman Dawi....dengarnya cendol kat sini lemak berkrim dan popular...kebetulan hari tu suami melalui jalan tersebut, malas katanya nak lalu highway terus ke Tampin.


Singgah la beli , bungkus je balik makan kat rumah.

memang sedap dan harga pun murah !

Semua tempat duduk penuh!
Sampai rumah terus makan cendol ramai-ramai...dek kerana terlalu dahaga,terlupa nak snap gambar...



Nadhirah dan Umar ni kalau dah jumpa 3 sepupu mereka memang tak ingat apa dah....ingat main, main,main la selagi mata larat celik.


Petang tu jugak terus main basikal

Umar masih belum pandai mengasuh basikal roda 2, kena la bonceng je kat belakang

Dhirah yang mulakan , semuanya pakat ikut makan kat depan pintu rumah

Semuanya leka makan.

Kenyang je terus sambung main...seronok bila balik kampung...penuh dengan aktiviti suka ria.

Comments

  1. Salam kak...
    Tampin la...rmh sy kat Tampin nie ha kak...hehe...

    ReplyDelete
  2. wah...tiba2 rindu nak balik Shah Alam huhu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu