Novel atau Tudung Aidijuma?

Hari ni bermulanya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC...tiap tahun tak pernah miss ke situ.

Plan lain pulak sejak belum gaji lagi nak ke Kiosk Aidijuma di Central Market.

Oleh kerana poket tak cukup tebal, tengah bertarung dalam hati antara beli novel atau tudung Aidijuma?

Pagi-pagi ni celik mata jam 5 pagi, sms sahabat baik ( macam lah tak jumpa jap lagi kat ofis)..tanya dia..

"hari ni Pesta Buku dah mula, langkah kita ke menuju Aidijuma atau jumpa Norhayati Berahim?"

Dia reply:

"he he, kalau ikut kebiasaan, kita melangkah ke arah Norhayati Berahim, rasanya baik kita tidur je 2 jam rehat tengah hari nanti"


Sebenarnya, selain 2 tempat di atas tu, plan ke 3 pun ada ...konon-konon nak ke Jalan TAR cari kain ela , ala kain cotton yang tengah famous sekarang ni....kat ofis dah lama orang bercotton cotton ni, kita baru nak keluar mencari.

Saya yakin, kalau ikut kebiasaan kami berdua pada hari pertama Pesta Buku, semua plan lain di tolak ke tepi, memang ke PWTC kami akhirnya...tapi mungkin untuk kelainan tahun ni, kami tidur je kat meja .

Bab2 bershopping di hari Jumaat ke Jalan TAR, rasanya kalau ada perkara yang terlalu penting untuk dibeli bru la kami keluar ke sana, kalau tidak, memang tidak sanggup nak berpanas dan berkejar balik ke ofis semula.

Apa pun, petang nanti saya update semula kemana langkah kami hari ni.

*** ada yang plan nak ke Pesta Buku hari ni?



Comments

  1. saya akan ikut pihak universiti ke pesta buku pada hari rabu nanti..teruja gak sebab first time..

    ReplyDelete
  2. anak2 mmg dah ajak nak gi beli buku tp sy kata tunggu 2-3 ari sbb ada phimpunan bersih sok tu..

    bab ke jln tar kena gi sabtu kalau nak cr kain, tukang jahit dah soh anta tp blom lg ke jln tar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu