Majalah MIDI 15 April 2012 - Hamil di usia 40-an

Menarik jugak isu bulan ni, iaitu hamil di usia 40an...macam saya ni, sekarang dah pun 39 tahun, masih berharap untuk menimang seorang cahayamata lagi sebagai penambah kebahagiaan kami sekeluarga.

Dalam masa yang sama, terfikir juga, adakah masih sesuai untuk menimang cahayamata di saat usia 40an begini? Saya lebih terfikir tentang risiko kesihatan ibu dan anak,tambahan pula saya masih lagi obes. Selain itu, kebimbangan tentang pengurusan masa dan rumahtangga, saya seorang yang cepat gelabah, tertekan dan macam-macam perasaan lagi melanda bila mempunyai baby (berdasarkan pengalaman lalu).

Bila membaca majalah MIDI kali ni, rasanya banyak info yang positif tentang perkara ini....apa yang penting suami isteri mesti saling bersedia sebelum membuat keputusan untuk menimang cahayamata lagi di dalam usia 40an.





Selain topik tentang kehamilan diusia 40an,banyak lagi rencana menarik di dalam keluaran ini. Antaranya:














Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu