Posts

Showing posts from April, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

Image
Seperti kelaziman, mesti tak nak lepaskan peluang bila ada Pesta Buku, tak dapat beli banyak , beli sikit je..kali ni antara yang paling sikit...tahun lepas banyak sebab 4 kali pergi.... Kali ni pergi dengan niat utama untuk membeli Kamus Oxford Fajar dan Al Quran untuk Nadhirah ke sekolah . Yang bukan dalam niat utama adalah novel dan majalah....dek kerana ke sana dengan poket yang tak cukup tebal, hanya ini lah saja yang mampu saya beli. Dah syukur sangat kerana yang niat utama tu memang dah dapat ditunaikan....kamus pun sampai beli 2 buah..senang , kalau saya nak guna di pejabat, Nadhirah nak guna di sekolah Majalah deko tu biasalah, tiap bulan mesti beli, rumah tak terdeko pun. Novel hanya beli 1 je, novel terbaru Norhayati Berahim..manakala novel terbaru Siti Rosmizah tu makcik yang belikan. Pergi ke PWTC dalam pukul 12 .20, balik semula belum pukul 2 pun..kejap je la kiranya tu...sesuaila  dengan modal yang dibawa.

Tenung Skrin je sejak tadi

Lama sebenarnya merenung skrin pc ni...tak ada idea nak menulis pagi ni...baca entry sahabat dan terasa malas nak tinggalkan komen. Ntah sindrom apa yang melanda.. Pagi ni kena pakai baju yang berwarna biru....tak ada pula baju kurung biru. Dah 2 hari cuba mencari tempat berdekatan, jumpa yang biru tapi saiz pula tak match dengan tuan punya badan. Last-last pakai je tudung biru. Hari ni hari penting pada syarikat tempat saya bekerja. Hari 'rebranding' daripada nama lama ke nama baru, berlaku selepas proses ambik alih sejak Oktober tahun lepas. Ntahla hati ni masih teringatkan 'nama' syarikat yang lama tu. 'Nama' lama yang penuh dengan nostalgia.

BERSIH 3.0 - Pengalaman Memasuki KL

Ok, sebenarnya petang tadi jam 6 petang ke KL untuk menjemput sepupu, tak lah sampai betul-betul dalam KL sana nun tapi berdekatan LRT Titiwangsa..mula tu cuak jugak la nak ke sana tapi memandangkan nak jumpa sepupu , gagahkan diri jugak la memandu dengan penuh suspens, bukan apa ,saya takut jalan sesak. Rupanya, jalan dari Selayang ke sana memang clear je, mungkin semua orang tak berani nak keluar ke mana-mana siang tadi , takut terperangkap dengan kesesakan. Ketika sampai di LRT Titiwangsa , sepupu dah menunggu, time tu bunyi ambulans dan siren polis kedengaran, meremang bulu roma , memang saya agak trauma dengan bunyian sebegitu selepas arwah ayah terlibat dengan kemalangan maut lebih 20 tahun yang lampau. Jalan berdepan PERKIM ditutup, saya membuat pusingan U berhampiran bulatan Pahang untuk balik ke Selayang..polis ada dimana-mana...Umar memang excited kalau tengok polis sebab pada Umar, polis adalah manusia paling berkuasa di dunia, tapi Polis bukan cita-cita dia.

Versus Minggu ke 3 - Black & Parallax The Best lagi !

Image
Baru je berakhir kejap tadi , pertempuran antara 5 band yang diberi tugas menggubah semula lagu-lagu Alleycats. Ok, untuk persembahan battle, Black & Parallax dan 6ixth Sense yang bertanding untuk mendapatkan gelaran Battle of the Band. Black & Parallax menyanyikan lagu MULA, 6ixth Sense pula dengan lagu Tak Bisa Memilihmu. Battle of the Band jadi milik Black & Parallax - memang patut pun! Persembahan mingguan pula dimulakan oleh Kumpulan Hujan menyanyikan lagu Beribu Batu. **** kurang feel sikit la  Kemudian Go! Gerilla muncul dengan lagu Andaiku Pergi Dulu **** sangat menghiburkan dan terserlah kreativiti mereka  Persembahan ketiga oleh Sofazr - Seribu Bintang **** suara macmatak cukup lepas je walaupun macam teruk nampak vokalisnya tarik ...namun tetap menghiburkan, persembahan Sofazr paling best kalau nak dibandingkan dengan minggu-minggu lepas. Muncul pula Black & Parallax - Hingga Akhir Nanti **** Rasa seronok

Novel atau Tudung Aidijuma?

Hari ni bermulanya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC...tiap tahun tak pernah miss ke situ. Plan lain pulak sejak belum gaji lagi nak ke Kiosk Aidijuma di Central Market. Oleh kerana poket tak cukup tebal, tengah bertarung dalam hati antara beli novel atau tudung Aidijuma? Pagi-pagi ni celik mata jam 5 pagi, sms sahabat baik ( macam lah tak jumpa jap lagi kat ofis)..tanya dia.. "hari ni Pesta Buku dah mula, langkah kita ke menuju Aidijuma atau jumpa Norhayati Berahim?" Dia reply: "he he, kalau ikut kebiasaan, kita melangkah ke arah Norhayati Berahim, rasanya baik kita tidur je 2 jam rehat tengah hari nanti" Sebenarnya, selain 2 tempat di atas tu, plan ke 3 pun ada ...konon-konon nak ke Jalan TAR cari kain ela , ala kain cotton yang tengah famous sekarang ni....kat ofis dah lama orang bercotton cotton ni, kita baru nak keluar mencari. Saya yakin, kalau ikut kebiasaan kami berdua pada hari pertama Pesta Buku, semua plan lain di tolak ke

Blogger Celebrity Nur Fatin Liyana

Image
Inilah orangya, blogger yang berjaya dinobatkansebagai Best Celebrity Blogger in Word Blogger and Social Media Award 2012.  Selain itu beliau turut memenangi anugerah Tp 6 Fastest Rising People in Google Zeitgeist Malaysia 2011 dan Top 5 Blog in Google Zeitgeist Malaysia 2011 . Pageview blog dia dah lepasi10.1 juta.  Beliau bakal seorang doktor dan seorang yang gemar berblog tentang pengalaman hidup beliau, fesyen, percutian dan resipi. Kalau nak baca blog Fatin Liyana, blog KLIK SINI Semoga kita para blogger suam suam kuku boleh ambik tips daripada Fatin ni, sambil belajar pun dia boleh buat duit daripada blogging, bole melancong sana sini. Tahniah untuk Fatin Liyana!  Fatin Liyana Bersama Ibu   Bersama Ibu

Nota Wardina Safiyyah - Peringatan Bersama

Image
SEMOGA BERMANFAAT!

Jom kenali sayuran tinggi serat

Image
Sekarang ni memang berusaha untuk banyakkan makan sayur berbanding karbohidrat, tapi jangan la fikir saya ni tak makan nasi pulak, itu adalah sangat susah untuk saya lakukan, orang Pantai Timur tersangatlah sukakan nasi he he...eh ke ada orang Pantai Timur tak suka nasi? Bukan semua orang sukakan sayur, dalam rumah saya ni pun sama, yang sukakan sayur Cuma saya je la..agak mencabar jugak untuk membuatkan mereka ni sukakan sayur. Sebenarnya amalan memakan sayur sangat la bagus, pada saya ianya sangat membantu untuk proses pencernaan dan penghadaman dan mengelakkan kulit kering..ini 2 perkara yang saya sangat kenalpasti terjadi pada diri saya. Ok, hari ni apa kata kita berkenalan dengan sayuran tinggi serat..memang bagus ni untuk penghadaman..layaaannnn  PERIA Rasanya sangat la pahit...saya memang tak pernah makan peria sebelum ni tetapi sejak berkahwin, kerap mak mentua saya masak peria goreng..sedapppp. Rupanya tak lah sepahit yang disangkakan namun begitu a

Umar Merajuk

Image
Bila dah kering idea untuk update entry, mula la belek gambar-gambar yang ada yang mungkin boleh dijadikan entry. Ini adalah ketika di dalam perjalanan pulang daripada Selayang Mall bersama makcik dan Nadhirah akhir Mac lalu. Sebelum pulang ,kami singgah di McD untuk membeli aiskrim untuk Nadhirah dan Umar , dapat je aiskrim terus masuk kereta. Dalam kereta, mama ni mintakla sikit aiskrim Umar, nak rasa siiikiiit je , bila Umar dah bagi sikit, mama ni 'rasa banyak la pulak'.. Apa lagi merajuk la hero ni ....sampai sudah dia tak makan aiskrim tu...meleleh-leleh dalam kereta , dia buat tak reti je..nak bagi orang terasa sayang, nak makan sendiri hati terasa ingin merajuk. Sampai rumah, buang macam tu je aiskrim tu. Ada waktunya saya terfikir jugak, adakah kerana saya tersilap mendidik Umar hingga jadi sebegini, namun begitu saya harus juga akur dengan kerenah anak-anak yang macam-macam nak menduga kesabaran ibubapa...memang Umar cepat merajuk tetapi

Mandi Manda di Ulu Yam lagi

Image
Ini aktiviti kami pagi semalam...keluar rumah jam 9.40 pagi, balik rumah jam 1.40 petang...bawak bekal spaghetti , teh panas dan sosej & kepak ayam untuk dibakar kat sana. Layan gambar je, tak sempat nak tulis panjang-panjang sebab terlewat bangun pagi ni...perlu bersiap untuk ke pejabat dah ni.

Wardina Safiyyah seorang yang sungguh memberi inspirasi

Beberapa hari ni saya kerap tidur lewat...tak ada mood nak berblogwalking. Layan youtube Wardina...macam-macam kisah dan pengajaran daripada Wardina membuatkan airmata mengalir mengenangkan kelemahan diri, terlalu banyak lalai dan sungguh kerdil rasanya di sisi Allah. Wardina memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Hmm macam mana nak istiqomah melakukan perubahan ke arah kehidupan Muslimah yang lebih baik? Jam 2.11 pagi, mata masih gagah melayan youtube Wardina "Struggling to be A Better Muslimah", lama juga tempoh masa perbentangan ni, lebih kurang 53 minit, Wardina menyampaikan dalam Bahasa Inggeris namun dapat memahaminya kerana beliau menggunakan ayat-ayat yang mudah di fahami Katanya, dia akan menjadi tidak tentu arah, terganggu, emosional sekiranya satu hari tidak melakukan tahajud dan tidak membaca Quran. Satu perkongsian yang sungguh bermakna yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita seharian untuk menjadi muslimah yang

Review Novel Cinta Si Ikan Buntal& Kambing Liar

Image
Pada saya, novel ini sesuai untuk remaja yang baru nak mengenal dunia cinta, sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia novel..sesuai bagi mereka yang membaca hanya untuk mendapatkan hiburan semata  Pengisian daripada novel ini terlalu sedikit, jalan cerita yang biasa-biasa saja, dah banyak novel sebegini di tulis, bergaduh dan ada gelaran masing-masing, jumpa balik bergaduh lagi, bercinta, kahwin dan sebagainya. Saya memang hanya tau membaca saja namun sebagai pembaca kita ada keinginan kita dan jangkaan kita terhadap sesebuah novel yang kita beli..sebagai penulis perlu la lebih kreatif di dalam menghasilkan novel, selain itu penulis perlu peka dengan novel-novel penulis lain bagi mengelakkan cerita yang hampir sama. Itu lah kelainan yang diperlukan dalam diri setiap penulis, selain itu cerita mesti la memberi pengajaran dan mesej kepada pembaca. Sinopsis: Kamilia & Adam  , yang sering bergaduh dan bermusuh sejak zaman persekolahan lagi, Kamilia  Dig

Anak dan Bapa yang Seiras

Image
Kedua-dua anak saya begitu mirip dengan abah mereka terutamanya Nadhirah, selalu dikatakan bagaikan copy and paste. Boleh masuk peraduan muka seiras la nampaknya macam ni. p/s: entry syok sendiri kala jam melepasi 3 pagi..kejap lagi  dah nak siang!

Umar Faris sebelum terlelap tadi,

Image
Bercerita mengenai anak, memang tak pernah habis...ada je yang menarik perhatian kita sebagai ibu.  Tadi sebelum dia lelap, berdua la saya dengan dia , kakak dah lama lelap sebab esok sekolah ganti. Bercerita dengan Umar, kala dia kecil-kecil dulu , dia adalah seorang yang pelat. Salah satu sebutan yang boleh membuatkan dia sendiri gelak besar adalah panggilan kepada adik bongsu saya, Su Na di sebutnya Uuunaaa...dia cakap dah macam nama orang Tamil jadinya. Banyak la drama ulangtayang kisah lama-lama sebelum terlelap, tergolek-golek dia gelakkan diri dia sendiri. Besar ertinya kehadiran anak-anak dalam kehidupan kita, syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang dan nikmat menjadi seorang ibu. p/s: mengambil gambar sebelum tidur bukan satu perkara pelik dah sekarang ni...biasanya dia dan kakak akan mengambil gambar muka sendiri, bukan main banyak lagi...lepas tu satu kerja pula untuk mama, mendelete semua yang tak perlu.

Review Rancangan Versus di TV9 Minggu ke 2 - Black The Best!

Persembahan malam ni dimulai oleh Battle of the Band antara  6ixth Sense dan Hujan yang dimenangi oleh HUJAN dengan lagu DugaanNya. Saya sangkakan Go! Gerilla dan Black& Parallax yang akan beraksi untuk Battle, apa pun ini terletak kepada undian sms. Sejujurnya saya memang tak pernah menghantar undian SMS! Ngeeee.... Tema untuk persembahan malam ni adalah "lagu-lagu Allahyarham Sudirman" hmmm agak mencabar jugak tu kan? Saya memilih pemenang dihati seperti berikut: 1. Black & Parallax - Lagu Merisik Khabar , wowww sungguh lain dan berbisa menyengat,nampak macam rileks je Black nyanyi namun ianya sampai di hati. Terlalu awal untuk meramalkan Black & Parallax menjadi juara namun aura salah satu band yang akan mengungguli carta final sudah nampak. 2. Go! Gerilla - Lagu Mat Disko , best jugak Aizat nyanyi cuma hati saya lebih menyenangi lagu Merisik Khabar,mungkin.  3. Hujan -  Lagu Toyol 4. 6ixth Sense - Warisan 5. Sofazr - Basikal Tua

SIHAT CANTIK CARA ADIRA

Image
Tengok Adira ni kecil molek je..dalam Majalah Rapi bulan ni ada kisah Adira menjaga kesihatan, kecantikan  dan hobi beliau. Oleh kerana berada di dalam dunia seni yang memerlukan seseorang artis itu sentiasa kelihatan cantik, Adira sangat-sangat menjaga kecantikan wajahnya. Katanya, dia amat mengelak daripada terkena pancaran cahaya matahari kerana kulitnya cepat menjadi gelap. Beliau mempunyai produk khusus untuk penjagaan wajah, melakukan rawatan wajah setiap 2 bulan sekali. Adira suka dimassage kerana beliau seorang yang penggeli, eh sama la kita hi hi. Bab penjagaan rambut , Adira melakukan treatement di salun sebulan sekali, selebihnya dia melakukan rawatan sendiri di rumah. Untuk kesihatan badan,Adira mengamalkan pengambilan supplement. Adira suka berenang dan berbasikal bagi menjaga bentuk badan. Berat badan Adira sekarang adalah 42kg – mak aiiii ringan je , hampir separuh daripada berat badan saya je hu hu.

Patah Seribu

Tak ada apa yang patah seribu pun cuma hajat nak tidur awal terbantut kerana sindrom sukar lelapkan mata melanda setelah banyak malam saya dan anak-anak tidur awal. Dah lebih 2 pagi jam di dashboard, saya masih terkebil-kebil. Kelakar pun ada, rasa bodoh pun ada ..saya jadi begini sedikit sebanyak kerana stress dengan berita kat ofis tu, ramai betul yang dapat bonus pencapaian dan mendapat kenaikan pangkat miggu ni. Faham, itu bukan rezeki saya tetapi hanya mereka yang tau saja dapat memahami apa sebenarnya perasaan saya dan seorang lagi rakan sekerja di jabatan saya. Untuk sewenangnya mengatakan nasib kami berdua begini kerana perbezaan' warna kulit' mungkin agak keterlaluan tetapi andainya sepanjang kami berdua di jabatan itu, hanya kami berdua tidak merasa sebarang bonus pencapaian dan kenaikan pangkat,adakah salah untuk kami berwasangka begitu. Dan sememangnya kami berdua saja yang berbeza 'warna' daripada mereka semua. Secara positifnya, saya  a

Hamil Di Usia 40an

Image
Belek-belek Majalah MIDI keluaran terbaru dengan fokus Hamil Di Usia 40-an. Agak menarik, seperti yang telah saya tulis di dalam entry saya semalam, saya ada terfikir untuk hamil lagi cuma agak takut-takut kerana faktor usia dan kesihatan. Kata sahabat baik saya kala saya bertanya pendapat beliau tentang hal ini: " Isshh rasanya malu pulak kalau tiba-tiba dah usia menghampiri 45 macam ni , tiba-tiba disahkan hamil, malu dengan rakan sepejabat terutamanya, anak dara pun dah 20-an, ntah la rasa segan yang hanya kita je faham" Ada tak orang lain berperasaan yang sama macam sahabat saya tu? Buat masa ni saya tidaklah terfikir tentang rasa malu, mungkin usia belum pun cecah 40 tahun tetapi bakal mencecahnya pada tahun hadapan, apa yang saya fikirkan adalah soal kesihatan, soal takut nak bersalin, soal pengurusan masa dan kewangan, soalan penjagaana baby ketika keluar bekerja,mak aiii banyak betul soalnya. Ada seorang rakan sepejabat yang hamil kala usia mencecah 42 tahun,

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Image
Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama

Majalah MIDI 15 April 2012 - Hamil di usia 40-an

Image
Menarik jugak isu bulan ni, iaitu hamil di usia 40an...macam saya ni, sekarang dah pun 39 tahun, masih berharap untuk menimang seorang cahayamata lagi sebagai penambah kebahagiaan kami sekeluarga. Dalam masa yang sama, terfikir juga, adakah masih sesuai untuk menimang cahayamata di saat usia 40an begini? Saya lebih terfikir tentang risiko kesihatan ibu dan anak,tambahan pula saya masih lagi obes. Selain itu, kebimbangan tentang pengurusan masa dan rumahtangga, saya seorang yang cepat gelabah, tertekan dan macam-macam perasaan lagi melanda bila mempunyai baby (berdasarkan pengalaman lalu). Bila membaca majalah MIDI kali ni, rasanya banyak info yang positif tentang perkara ini....apa yang penting suami isteri mesti saling bersedia sebelum membuat keputusan untuk menimang cahayamata lagi di dalam usia 40an. Selain topik tentang kehamilan diusia 40an,banyak lagi rencana menarik di dalam keluaran ini. Antaranya:

Servis Kancil di Hup Poh Tyres Service

Image
Ini cerita Ahad lepas...sekarang ni apa je aktiviti yang dijalankan, menarik atau tidak, masukkan je la dalam blog, kalau pun tak ada sapa yang sudi  baca, boleh jadi bahan bacaan saya kala tua esok-esok...mungkin boleh bagi cucu cicit tengok apa aktiviti kami satu masa dulu...jauh berangan.. Kancil ni dah lama benar tak servis, tayar pun dah botak teruk..jadi Ahad lepas buat semua apa yang patut pada Kancil kesayangan saya tu yang sentiasa menemani saya kemana-mana... Di sini la tempat yang selalu kami bawa kereta untuk servis, di Jalan Gombak. Anak tauke kedai ni masih awal remaja tapi dah pandai buat kerja-kerja pemasangan sebegini Saya tak tau apa nama alat untuk menaikkan kereta ni tapi ianya sungguh menarik perhatian Umar Berebut dengan si kakak nak cuba alat ni. Akhirnya Umar dapat cuba, lama betul dia bermain dengan alat ni sementara menunggu kereta siap  Si Kakak sedang menyoal teka -teki pada si abah Umar dah penat main dengan alat ter