Tok Guru Nik Aziz tidur di ribaan isteri


*** rahsia kebahagiaan tok guru...boleh la diamalkan oleh kita semua...

Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.


“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.


Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Comments

  1. boleh dijadikan tauladan dan ikutan bagi para suami dan isteri :)

    ReplyDelete
  2. tq for this entry :)
    memang cth teladan yg sgt baik dari seorg pemimpin yg disegani :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..

    meh pakat2 kite amalkan plak..

    ReplyDelete
  4. Seronok kan melihat kebahagiaan pasangan ni..sejuk hati dan redup wajahnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu