TIP elak jemu dalam rumahtangga.


Ada tak sesekali anda rasa jemuuu je dengan rumahtangga ? saya tak nak tipu, kadang-kadang ada mai rasa macam tu....takmau takmau macam tu, tak elok tak baik..biar orang cakap , makin lama makin mewangi,makin mesra, makin romantik...

Cuba kita tambahbaik lagi perkara-perkara ni kalau tak nak bagi jemu:

  1. Perbaiki lagi komunikasi – ini adalah perkara yang sangat penting dan perlu diambik kira dalam hubungan suami isteri.
  2. Peruntukan masa berdua – tengok wayang ke, makan-makan waktu lunch ke, ambik cuti bersama dan keluar jalan-jalan.
  3. Jangan minta lebih daripada pasangan – biar banyak memberi, meminta-minta lebih adalah jangan..mintak sikit-sikit tu boleh ..( berbelit-belit pulak ayat ni)
  4. Kreatif mencipta kasih sayang
  5. Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain
  6. Sentiasa menerima teguran daripada pasangan demi kebahagiaan.

Tip-tip di atas adalah untuk pasangan suami isteri, bukan untuk suami je atau isteri je...sama-sama kena lakukan penambahbaikkan dalam hubungan.

Ok sekian tips dari saya, pakar rumahtangga he he.....gurau je le..saya pun masih merangkak-rangkak membina bahagia dalam rumahtangga.

4 comments :

rasp said... [Reply to Comments]

mmg harus ada usaha utk memantapkan hubungan itu...

ibuhebat said... [Reply to Comments]

moga rumahtangga kita semua diberkatiNya.
Jemput join Kuiz kat blog saya http://hebatkan.blogspot.com/2011/12/kuiz-minggu-kedua-ga-1st-anniversary.html

hadiahnya chewable vit c :)

kasihredha said... [Reply to Comments]

nak gi tengok ombak rindu pun
cik abg tak layan....uwwwaaaa

eh ada kena mgena tak dgn topik ni ye...hihi

atuk said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

terima kasih

Wassalam

Post a comment