Memori Lane...

Hari ni hari ke 2 saya memandu ke pejabat, suka atau tidak, ini adalah rutin baru yang harus ditempuhi sampai bila-bila, mungkin...


semalam hari pertama memandu,saya sampai ofis hampir jam 9 pagi, hampir setengah jam terlewat..tapi dengan tak malunya bila jam menunjukkan 5.15 terus saya capai handbag dan balik.


semalam juga untuk kali pertama bila naik ke tingkat 15 untuk ke jabatan pentadbiran,saya terasa sungguh kehilangan..ishhh kenapa saya jadi emo....


sebenarnya sebelum ni suami saya ditempatkan di salah satu tempat di Tingkat 15 .tempat duduk beliau dapat dilihat jelas setiap kali saya ke jabatan pentadbiran...kini keseluruhan ruang yang menempatkan suami dan rakan-rakan telah pun kosong..hmmm satu perkara baru dan asing bila melihat semuanya kosong begitu.


saya tengok dia bila pulang ke rumah biasa-biasa je.. he he biasalah lelaki, apa sangat la kalau tak jumpa di tempat kerja, tak bertembung di tempat makan atau di surau, balik rumah pun boleh jumpa...tapi bagi perempuan, itu satu perkara yang boleh mengganggu ketenangan...mungkin untuk sementara waktu, belum dapat sesuaikan diri lagi kot ....yelah banyak kenangan sebenarnya antara kami dan syarikat itu...


Bab memandu ni satu hal jugak la...selain saya ni berani berani takut, tak suka nak menempuh kesesakan pun satu hal jugak..ingatkan time cuti sekolah boleh la tengok jalan clear sikit tapi rupanya sama je.


Semoga saya makin suka memandu lepas-lepas ni, kalau jalan sesak pun saya masih boleh sabar dan senyum walaupun kepala cepat jadi pening kalau nampak banyak kereta beratur dalam masa yang lama.


Doakan saya lebih postif dan lebih rajin untuk ke pejabat,*** paling penting






Comments

  1. owh..satu keje satu company rupanya ye k.aya. Biasalah akak, tetiba berubah rutin sikit sebanyak memberi kesan. lama2 mesti okay kan!

    ReplyDelete
  2. rutin harian ke tpt kerja kan kakaya..kdg2 malas je nak g keje huhu

    ooo ini le memorilane nye... ye lah pastinya akan teringat2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu