Kenanga Whosale City

Jumaat lepas , saya dah rakan baik keluar awal sebelum waktu lunch untuk ke RHB Jalan Maharajalela....sampai sana, terkejut bila baca notis mereka dan berpindah ke Kenanga Wholesale City.

Lawak betul sebab mulanya kami macam tercengang je sebab tak pasti kat mana Kenanga Wholesale City...kami bayangkan satu tempat di tengah-tengah bandar. Padahalnya dah biasa pergi ke Jalan Kenanga , kat situ Maybank yang paling hampir dengan pejabat .


Pusing- pusing mencari, akhirnya jumpa juga kat mana Kenanga Wholesale City ni,nasib la rakan saya tu agak mahir dengan selok belok Jalan di KL ni..RHB terletak aras bawah dan kelihatan banyak lot kedai yang masih kosong..sempatlah kami pusing-pusing kat dalam tu, tengok apa yang ada...pakaian , kasut dan handbag yang ada dijual..dalam tu nampak macam Butik Eksklusif.


Nampaknya sesekali time gaji  boleh la cuci mata kat sini. Saya memang tiap bulan ke Jalan Kenanga dan kat situ memang banyak lot kedai yang menjual pakaian, beg, kain ela secara borong tetapi tak pernah sekali saya membeli kat situ. 


Mungkin kali ni, selepas adanya Kenanga Wholesale City, boleh panjangkan sikit langkah, keluar dari Maybank, masuk Kenanga Whosale City, belek-belek blouse ke, handbag ke, baju kanak-kanak yang cantik-cantik pun ada.


** Bonus dah hampir...boleh la jengah situ..



Comments

  1. Kat situ banyak jual barang borong..kalau nak buat bisnes memang sesuai la ke situ kan..

    ReplyDelete
  2. salam kak aya

    husband saya ada janji dengan saya nak bawak g situ.. insyaAllah.. dapat gaji wajib terjah

    ReplyDelete
  3. @Huda
    betul tu Huda, tapi kak aya tak reti nak memilih sebab terlalu byk kedai.

    ReplyDelete
  4. @Eyriqazz
    agak teruja bila eyriqazz dtg komen...cuci mata je la yang boleh buat sb gaji belum masuk hi hi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu