35 Simptom Menopause


Semua wanita tau apa itu menopause Cuma tahap pengetahuan tentang tanda-tanda atau simptom menopause itu adalah berbeza, ada yang tau banyak, ada yang tau sikit…mungkin ada yang langsung tidak tau. Apabila kita melengkapkan diri dengan pengetahuan yang secukupnya, kita akan menghadapi fasa itu dengan lebih terbuka dan positif.

Ok , kita tengok apakah simptom-simptom sebelum menopause.

  1. Hot flushes iaitu perpeluhan waktu malam, disebabkan oleh tindak balas hypothalamus yang menolak pengeluaran estrogen oleh ovari.
  2. Berdebar-debar
  3. Mudah marah
  4. Sukar tidur
  5. Kedatangan haid – tempoh tidak sekata ( lebih pendek atau lebih panjang)
  6. Nafsu seks menurun
  7. Vagina menjadi kering
  8. Mudah letih
  9. Rasa penat dan sakit-sakit badan
  10. Perubahan mood secara tiba-tiba
  11. Murung.
  12. Sukar memberi tumpuan
  13. Daya ingatan terganggu
  14. Kurang kemampuan menahan kencing terutama ketika bersin atau ketawa
  15. Kulit kering dan gatal-gatal
  16. Sakit badan, sakit sendi , sakit otot
  17. Otot-otot menegang
  18. Payudara lembik
  19. Sakit kepala
  20. Masalah penghadaman, loya dan berangin
  21. Perut tiba-tiba rasa kembung
  22. Mengalami kemurungan yang berbeza daripada kemurunga lain, ketidakupayaan menghadapi sesuatu situasi dengan lebih tenang.
  23. Rasa kesal
  24. Penigkatan masalah alahan
  25. Masalah rambut gugur
  26. Mudah pening dan alah pada cahaya
  27. Pertambahan berat badan
  28. Perubahan bau badan
  29. Seolah-olah terasa ada kejutan elektrik yang menyentap di bawah permukaan kulit atau di kepala.
  30. Rasa kebas pada kaki
  31. Masalah gusi berdarah
  32. Osteporosis
  33. Perubahan bau nafas, rasa panas dalam mulut
  34. Kuku jari menjadi lebih lembut hingga menyebabkan senang pecah dan patah
  35. Seakan-akan ada bunyi loceng dalam telinga.

Hmm macam-macam simptom ye....banyak yang saya tau pun sebenarnya sebelum ni.

Comments

  1. Kakak ada masalah rambut gugur dari dulu lagi tapi lain-lain tak adalah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tkasih...info yang sgt berguna dan bermanfaat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu