Hari ni bermulanya...

Selama ini kami suami isteri bekerja di bawah satu bumbung cuma pada tahun 2007 & 2008 ,kami terpisah kerana dia ingin mencari pengalaman baru tetapi selepas itu kami kembali sebumbung.

Hari ini kami terpaksa 'berpisah' setelah pengurusan baru mengambil alih , sebahagian daripada kami kekal di bawah pengurusan lama dan sebahagian lagi di bawah pengurusan baru.

Suami saya di bawah pengurusan lama, terpaksalah mengikut pengurusannya untuk berpindah dari bangunan yang sekian lama menjadi tempat kami mencari makan.

Suka atau tidak, bermula hari ni, saya akan memandu sendiri ke pejabat..bagusnya saya dapat balik terus ke rumah sejurus tamat waktu bekerja kerana tidak perlu menunggu suami ,kadang-kadang lebih sejam menunggu.
Tak bagusnya pulak, saya yakin, mesti terlewat sampai setiap pagi kerana pagi jalan agak sibuk dan saya tidak pandai nak menyelit sebagaimana suami saya menyelit tiap-tiap pagi.

Waktu bersama suami pastinya makin kurang kerana makin jarang jumpa...memang kat rumah boleh jumpa tetapi saya yakin dia akan pulang lambat sementelah lagi dia akan menunggang motor pergi dan balik ofis, jarak tempat kerja pun dekat, jadi makin lambat la pulangnya nanti.( walaupun bekerja sekali, kami tak ada makan sesama macam orang lain bila di pejabat, kami hanya berjumpa waktu datang dan balik je)

Apa pun itu adalah cara untuk kami mencari rezeki, terima dan redha je la..orang lain ada lagi yang begitu sukar, hidup terpisah jauh, ada yang jadi pasangan hujung minggu je...

Sebenarnya saya ni ntah kenapa semangat untuk bekerja dah lama hilang, bila kena terima situasi baru ni lagi la rasa tidak bersemangat..apa pun terpaksa la bagi motivasi pada diri sendiri kerana saya mesti kerja mungkin hingga usia 55 tahun..jadi janganlah fikir tentang malas atau tidak bersemangat..

Semoga hari ni menjadi hari permulaan yang cukup bagus untuk kita semua apatah lagi kelmari adalah hari Awal Muharram dan semalam adalah hari jadi diri sendiri. ****walaupun ketika menaip entry ni terasa nak ambik cuti yang hanya ada 2 hari je lagi tu.




Comments

  1. Happy birthday Kak Aya... Kakak pun baru hari ini kerja dan Khamis akan bercuti lagi jenjalan dgn anak-anak lagi. Terlanjur cuti sekolah ni... asyik nak cuti je rasa dihati...

    Nak tunggu 55 tahun rasanya macam lama sangat. kakak rasa macam kelak 50 tahun dah tak larat nak pergi kerja agaknya hihi....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu