Sayu hati di awal dinihari

Kala waktu merangkak 4 pagi, saya masih mengadap blog...satu perkara yang biasa pada sesetengah blogger dan perkara yangamat luar biasa bagi  mereka yang tidak se'minat' dengan kita.


Saya bukan blogger tegar pun...takat suam-suam kuku je..tapi suka mengadap blog time-time orang lain sedang enak dibuat mimpi ,menampakkan macam alahai rajin la sangat kak aya sorang ni...


Tajuk macam sedih je kan? Sebenarnya niat asal bangun awal sikit tadi untuk blogwalking ,tiba-tiba jenguk ke blog adik saya..hmm maaflah tak boleh bagi link sebab tak mintak izin  dia untuk link ke entry ni. Dia memang rajin menulis, sebelum ni blog dia memang ramai follower tapi sudahnya dideletenya blog tu.


Sekarang muncul dengan blog baru, menyambung kembali penceritaan sebelum ni.


Hmmm dia menulis menceritakan segala tentang kehidupan dia , keluarga, kawan , musuh , kerjaya, pendek kata memang semua disingkapkan jendela hidup dia.


Sedih pagi ni bila membaca salah satu cerita daripada banyak-banyak cerita sedih kami selepas peninggalan arwah ayah.


Cerita bagaimana seorang pakcik ingin mengambil hak penjagaan beberapa adik saya secara paksaan dan pastinya adik saya tu salah seorang yang berjaya di paksa tinggal bersama pakcik dan dia juga berjaya balik semula ke rumah. Tiada seorang pun yang berjaya dijaga oleh pakcik saya itu kerana kami 6 beradik ingin bersama harungi segala susah senang hidup tanpa ayah.


Saya tidak pandai nak mengolah cerita tapi saya akui mengalir airmata kala membaca entry santai adik saya kerana entry tersebut berjaya menggembalikan nostalgia kehidupan kami ketika bergelar anak yatim. Memang banyak cerita luka sepanjang jalan untuk kami mengenali erti dewasa. Pastinya sebagai anak pertama yang lebih dewasa ketika itu, cerita luka itu sukar dipadamkan dan masih kekal dalam jiwa.


*** pakcik saya itu sudah pun kembali ke rahmatullah Oktober lepas.

Comments

  1. selamat pagi kak aya, ayu pun bila terjaga, lepas solat sunat..
    semestinya BW.. tu pun kalau free jer.. selalunya sambung tidur semula

    bertuah kak ada adik yang menjadi blogger.. adik beradik ayu semua tamo.. hehehhe

    pengolahan yang baik dlm blog mmg akan membangkitkan sesuatu yang mendalam lagilah kita kenal orang itu.. kan...

    salam takziah buat family kak atas pemergian pakcik..

    al fatihah

    ReplyDelete
  2. akak pun kadangkala leka baca blog2 orang..

    penyampaian dan olahan dari blogger yg pelbagai variasi, menarik perhatian...

    InsyaAllah kalu berkesempatan..akan jenguk kawan2 blogger...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat juga bersatu walau pada mulanya hampir terpisah. Namun air dicincang tak akan putus. Doakan juga moga arwah pakcik dlam peliharaan Allah..

    ReplyDelete
  4. sedihnya kak aya.. semoga menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua ye

    ReplyDelete
  5. k.aya cite ni mcm tergantung jer??...

    ReplyDelete
  6. @Citarasa Rinduan
    betul tu ayu, cara pengolahan cerita dan ayat membuatkan orang lagi suka untuk membaca satu-satu entry tu

    ReplyDelete
  7. @sal
    saya pun mcm tu juga, konon nak blogwalking byk2 blog, bila jumpa yang best dah melekat lama2 kat situ

    ReplyDelete
  8. @Kakzakie
    menyedari tentang air dicincang tak putus tu la kami sanggup ke rumah arwah tiap kali malam raya

    ReplyDelete
  9. @Chekgu Azrine
    itulah Rine, kena fikir dulu sebelum lakukan apa, salah tindakan boleh wujudkan trauma dlm diri org lain

    ReplyDelete
  10. @reena
    nanti kita sambung lagi bila ada masa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu