Saya dan mertua

Idea ni pun datang selepas membaca Majalah MIDI .

Setiap keluaran mesti ada kisah menantu dan mertua yang tinggal sekali, yang mempunyai hobi yang sama, yang rapat melebihi hubungan dengan mak sendiri.

Tertanya sendiri, aku ni menantu yang macam mana agaknya pada mata mak mertua?

Hmm saya rasa saya dan mak mertua saya boleh la kalau  tinggal sebumbung cuma mak mertua saya agak pendiam. Kalau balik kampung, kami tak banyak borak seperti orang lain, borak benda-benda yang penting je, tak ada la nak hu ha hu ha macam dengan mak sendiri.

Air tangan mak mertua saya semuanya sedap, beliau pandai menjahit , pernah jahitkan baju kurung untuk saya. Tapi baju tu dah masuk stor kerana saiz saya dulu dan kini sudah pun berbeza.

Mak mertua saya tak suka bercakap perkara yang tak tentu hala, bergossip mengumpat semua tu bukan minat dia...kalau kita buka juga cerita macam tu, dia akan senyum meleret tanpa komen apa-apa.

Saya rasa sangat bertuah dapat mak mertua sebaik tu..banyak kebaikan dia kalau nak disenaraikan terutama bab masak memasak la...cuci kain-kain kotor saya ketika dalam pantang, jaga Nadhirah ketika cuti penggal..banyak la..

Hobi yang sama antara kami mungkin membaca Majalah ...selalu nampak dia baca Majalah..tak minat novel kot..dia suka bercucuk tanam, menanam pokok bunga...semuanya tumbuh subur tepi rumah, belakang rumah.

** apa kisah mertua anda semua?

Comments

  1. Mak mentua saya dh meninggal..sekejap je dpt bermanja2

    ReplyDelete
  2. mertua saya hobinya memasak .apa je dia akan masak.takda kerja dia akan tgk pokok2 sayur dia keliling umah.bunga bonsai di trim bg cun.tgk ayam,itik,burung,arnab,angsa..smua dia tgk.dia tak blh duk diam kot?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Aya

    moga kak aya menjadi mertua yg terbaik nanti
    Insyaallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. mak mertua kak pun alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  5. Best masih ada mak mertua. Boleh menumpang kasih.
    My MIL pula dah pergi. Tapi kenangan bersamanya terpahat di sanubari.

    Org kata orang yg baik hati cepat ajalnya.

    ReplyDelete
  6. mertua sy sangat sporting dan baik hati..klu nak cerita tak cukup ruang komen nie.hehe..

    ReplyDelete
  7. saya pun syukur sbb dpt mak mertua yg sporting :)

    ReplyDelete
  8. seronok kan dapat mertua yang sayangkan kita... :) sama2 berusaha untuk jadi menantu yang baik dan bakal mertua yang baik juga hihi...

    ReplyDelete
  9. kesimpulannya, hargailah mertua kita sama macam kita hargai ibubapa kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu