Minta Pandangan - Blogspot ke Wordpress

Sebenarnya saya nak mintak pandangan dan panduan sikit tentang perpindahan daripada Blogspot ke Wordpress. Benda ni bukan kali pertama saya timbulkan cuma sebelum ni sekadar entry ringkas je . Kali ni saya nak minta jasa baik mereka yang telah pun menggunakan Wordpress berkongsi pendapat.

Ok, bab traffic, saya tau memang jelas WP ni memberikan lebih traffic berbanding Blogspot.

Yang menjadi persoalan saya ni adalah:

1. Masih boleh guna header yang sama ke bila dah bertukar kepada Wordpress? Hati masih menyayangi header kat atas tu.

2. Bagaimana dengan follower dan semua entry lama, masih kekal selepas dipindahkan?

3. Hosting yang mana satu pilihan anda?

Itu 2 perkara yang menjadi persoalan saya..dah cuba google tapi tak dapat jawapan yang sebenarnya ingin diketahui.

Ucapan terima kasih di dahulukan untuk setiap pandangan dan nasihat sahabat semua.



Comments

  1. Sy dpt info baru dr n3 kak aya ni, barutahu wp memberi lebih traffic. Tkasih kak untuk info..
    Tp sy pernah terbaca (kalau tak silap di blog Hanis Zalikha) blogspot lebih berpengaruh..
    Wallahu a'alam..

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah terfikir nak tukar, tapi rasanya nanti dulu la..masih setia dengan blogspot lagi..akan datang tak pastilah pulak..hehe

    ReplyDelete
  3. header boleh guna lagi , design blog tak boleh dah guna ,

    entri lama dan follower boleh di import ke blog wordpress baru ,

    sebaiknya guna netkl sebab netkl mudah dan ada support 24 jam ,

    Dan nasihat saya kalau nak beli domain tu , pastikan pendek , ringkas ejaannya , senang nak ingat , melambangkan niche blog dan juga .COM ..

    ReplyDelete
  4. akak tak tahu aya...
    akak pun nak tunggu baca ..pengomen lain kasi pendapat :)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    oh nak tukar ke wp ye? pendapat saya ye, 1st blog rank alexa/google PR akan jadi NA/0, tapi jangan risau sebab semuanya hanyalah sementara, akan pulih dalam masa 1-3 bulan je.

    untuk menjawab soalan diatas.

    1.header masih boleh digunakan, resize je kalau perlu, takpun resize layout themes.

    2. Untuk followers boleh pindahkan, saya ada buat tutorial pasal nie kat blog, kalau rajin selak2lah entry lepas2 saya hihihi

    3. Yang nie saya tak berani nak suggest sebab hosting saya payah sikit nak contact support, tapi server ok, mantop, laju sebab guna litespeed flatform.

    Rasanya itu jelah kot, sebab tanya banyak tu je kan, hehe.

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  6. ampon no komen...masih setia with blogspot...

    ReplyDelete
  7. salam kak..adik tak pandai bab2 ni kak.kena tny adik atiq saleh atau ieyla

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu