Lain orang lain kisah hidup..

Bila kita tengok kisah hidup kita yang berliku, kita rasa seperti kita ni cukup banyak di uji sepertikan setiap ujian untuk kita adalah paling tip top antara orang-orang lain.Saya selalu terasa begini di awal-awal remaja dulu. 


Sekarang pun masih diuji kerana sebagai manusia , selagi bernyawa, ujian tidak pernah ada titik noktah.


Terkenangkan cerita seorang sahabat saya. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya..malahan cukup kaya raya, sebab keluarga beliau mempunyai beberapa jenis perniagaan.


Begitu terbalik dengan kisah hidup saya, kalau nak sesuatu perkara memang peratusan untuk mendapatnya amat kecil sekali, pastinya sahabat tadi mampu memiliki apa saja dalam bentuk material.


Beliau membesar dalam kesibukan ibabapa mengejar kebendaan. Saya pula membesar dalam susah payah untuk meneruskan kehidupan seperti mana orang lain, meneruskan pelajaran dan dapat makan serta tumpang berteduh.


Arwah ayah beliau telah lama meninggal walaupun tak selama arwah ayah saya. Mak saya hanya wanita kampung biasa, meneruskan kehidupan dengan kerja-kerja kampung. Ibu sahabat saya ini pula seorang wanita yang mempunyai bisnes yang kukuh.


Sayangnya sahabat saya ini sentiasa kesal dengan si ibu yang sentiasa mengejar kebendaan, mengejar untung bisnes hinggakan perasaan terabai dan kekurangan kasih sayang terasa hingga kini.Katanya si ibu, tidak mempunyai perasaan keibuan, perasaan seorang nenek terhadap cucu pun tidak pernah ditunjukkan, segala yang ada pada fikiran ibu adalah bagaimana untuk membesarkan perniagaan, melipatgandakan keuntungan dan pendek kata semuanya tentang materialistik.


Saya selalu rasa macam buntu nak nasihatkan sahabat saya ni, kalau kita salah nasihat dikatanya kita ni 'tidak berada di dalam kasut beliau"..kalau kita sekadar mendengar saja pun macam tak kena juga.


Apa yang boleh saya pelajari daripada cerita sahabat saya ni, wang ringgit boleh jadi masalah besar di dalam kehidupan kalau tak kena cara dan kedudukannya. Kalau letak no 1, memang habis lintang pukang perkara-perkara lain, lagi seksa bila dah menginjak usia emas masih lagi pening fikir nak gandakan duit.


Mak saya masih beruntung, disayangi anak-anak walaupun masih lagi susah hidupnya. Mak masih tak mampu nak merasai kesenangan hidup seperti ibu lain tetapi sekurangnya mak saya tidaklah didendami anak  sendiri.


Hmm sukarnya nak lembutkan sekeping hati....

Comments

  1. setuju tu kak aya..kadang 2 mereka yg hidup susah tu dibanjiri dgn kasih sayang

    ReplyDelete
  2. wang ringgit tidak dapat membeli kasih sayang....Bersyukur dgn apa yg ada...

    ReplyDelete
  3. betol kak....duit makin dikejar makin xcukup ;)

    ReplyDelete
  4. saya takut kalau terlebih banyak sangt harta...
    saya takut jadi alpa...
    saya suka hidup yang biasa2 saja..
    tak la melarat..
    tak la kaya sampai duit tak tau nak letak mana..
    macam ni pun dah buat saya rasa banyak masa untuk sesiapa je..
    kalau sibuk sangt cari duit saya rasa saya pun jadi macam mak bapak kawan kak aya tu..

    ReplyDelete
  5. @Lydia Miza(Aidyl Azim)
    nampaknya duit dah jadi tembok penghalang antara anak dan ibubapa

    ReplyDelete
  6. @MulutPayau
    betul kata orang, duit bukan segalanya.

    ReplyDelete
  7. @suhaina laui.
    itu yang orang cakap jadi hamba duit tu..

    ReplyDelete
  8. @diana
    itu sebabnya kita perlu mengamalkan hidup secara sederhana agar tidak terjadi sikap tamak menguasai diri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu