Posts

Showing posts from October, 2011

Akhirnya PC betul-betul rosak!

Nak kata malang, macam tak berapa kena pulak dengan situasi. Tapi saya sungguh kecewa bila PC kat rumah ni rosak, semua file hilang. Tak tau Umar buat macam mana dengan PC ni hingga jadi macam ni. Nasib baik hp cap ayam ni kejap kejap boleh kejap kejap tak boleh log in untuk update entry. Nampaknya saya kena berehat sementara dari berblog hingga PC ok semula. Maaf pada kawan-kawan yang datang bertandang , saya memang tidak dapat membalas kunjungan kawan semua. Insyaallah bila dah kembali seperti biasa, saya akan mula blogwalking.

Sukarnya mencari masa untuk blog

Stress juga bila fikirkan masa yang kian terhad untuk blog, sebenarnya bukan tak ada masa cuma masa yang sesuai tu je yg susah nak dapat. Sekarang ni Umar dah tau on pc, dah tau macam mana nak pergi ke Google, cari games yang disukai beliau dan akan mula main games sampai berjam-jam lamanya. Jadi sekali lagi catuan penggunaan PC dikenakan oleh ketua rumah kepada semua isi rumah, yang paling teruk terjejas dek kerana arahan catuan ini adalah pemilik blog Jendela Hidup. Sekarang ni sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan PC selagi Umar tidak tidur...adooiii seksa sebabnya sekarang ni dia langsung tak tidur siang kalau hujung minggu. Jadi kita ni pulak kalau tak mengadap blog, memang cepat layu mata, terlelap je kerjanya walaupun sedang duduk. Waktu malam Umar akan tidur sekitar 9 malam kalau hujung minggu. Time tu baru kita dapat guna PC, kalau ketua rumah tak ada guna dulu, dapat lah terus guna. Kalau hari sekolah, Umar akan tidur sekitar 11 malam kerana dia dah cukup tidur d

Ramalan Mimpi Uncle Seekers

Tadi menjelajah ke blog Uncle Seekers, macam biasalah blog dia selalu ada perkara-perkara yang boleh jadi kontroversi. Kali ni mengenai ramalan mimpi tentang para pemimpin negara dan artis-artis Malaysia. Hmm sejauh mana benarnya ramalan beliau , Hanya Allah Maha Mengetahui. Pada yang nak tau tentang mimpi dan ramalan mimpi beliau, boleh la ke blog beliau.

Plan mandi manda di Ulu Yam gagal!

2 hari merancang, nampaknya tidak berhasil. Plan dengan anak-anak nak mandi-manda sambil makan di ulu yam namun plan tinggal plan sebab petang ni hujan tersangat lebat, pastinya pagi esok air akan lebih laju dan dalam berbanding hari biasa. Mesti extra sejuk juga. Tak nak ambik apa-apa risiko, kami membatalkan plan tersebut dengan diiringi keluhan kecewa anak-anak. Hmm agaknya apa aktiviti terbaik untuk menggantikan plan yang gagal tu? Apa plan kawan-kawan untuk hujung minggu ni?

Filem Ombak Rindu - Maya Karin dan Aaron Aziz

2,3 malam ni dah ditayangkan promo untuk Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel Ombak Rindu, ditulis oleh novelist Fauziah Ashaari. Secara sepintas lalu, saya rasa macam kurang sesuai je watak Izzah dipegang oleh Maya Karin sebab pada saya, Maya Karin ni nampak macam orang bandar je. Rupa dan percakapan pun agak jelas dia tu kurang sifat kekampungan. Pada saya, Fazura lebih nampak sesuai walaupun Fazura pun berwajah orang bandar. Tapi tak adil la kalau saya menilai terus tanpa menonton terlebih dahulu filem ni. Cuma secara sepintas lalu je komen tentang pemilihan pelakon tu. Apa pun, saya nak menonton filem ni bersama rakan sepejabat bila ditayangkan kelak kerana kami sama-sama meminati novel Ombak Rindu dan meminati Hariz, suami si Izzah tu he he... Biasanya kalau novel diadaptasi ke filem , macam kurang menjadi sikit , mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan penghayatan ketika membaca novel kot . Hmm cerita panjang tak mau la....kita tunggu dan tonton je filem ni

Lain orang lain kisah hidup..

Bila kita tengok kisah hidup kita yang berliku, kita rasa seperti kita ni cukup banyak di uji sepertikan setiap ujian untuk kita adalah paling tip top antara orang-orang lain.Saya selalu terasa begini di awal-awal remaja dulu.  Sekarang pun masih diuji kerana sebagai manusia , selagi bernyawa, ujian tidak pernah ada titik noktah. Terkenangkan cerita seorang sahabat saya. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya..malahan cukup kaya raya, sebab keluarga beliau mempunyai beberapa jenis perniagaan. Begitu terbalik dengan kisah hidup saya, kalau nak sesuatu perkara memang peratusan untuk mendapatnya amat kecil sekali, pastinya sahabat tadi mampu memiliki apa saja dalam bentuk material. Beliau membesar dalam kesibukan ibabapa mengejar kebendaan. Saya pula membesar dalam susah payah untuk meneruskan kehidupan seperti mana orang lain, meneruskan pelajaran dan dapat makan serta tumpang berteduh. Arwah ayah beliau telah lama meninggal walaupun tak selama arwah ayah saya. Ma

Sayu hati di awal dinihari

Kala waktu merangkak 4 pagi, saya masih mengadap blog...satu perkara yang biasa pada sesetengah blogger dan perkara yangamat luar biasa bagi  mereka yang tidak se'minat' dengan kita. Saya bukan blogger tegar pun...takat suam-suam kuku je..tapi suka mengadap blog time-time orang lain sedang enak dibuat mimpi ,menampakkan macam alahai rajin la sangat kak aya sorang ni... Tajuk macam sedih je kan? Sebenarnya niat asal bangun awal sikit tadi untuk blogwalking ,tiba-tiba jenguk ke blog adik saya..hmm maaflah tak boleh bagi link sebab tak mintak izin  dia untuk link ke entry ni. Dia memang rajin menulis, sebelum ni blog dia memang ramai follower tapi sudahnya dideletenya blog tu. Sekarang muncul dengan blog baru, menyambung kembali penceritaan sebelum ni. Hmmm dia menulis menceritakan segala tentang kehidupan dia , keluarga, kawan , musuh , kerjaya, pendek kata memang semua disingkapkan jendela hidup dia. Sedih pagi ni bila membaca salah satu cerita daripada banyak-banyak c

Cabaran Kurus Lydia Miza - Baru 1 kg turun!

Tak nak gembira sakan kerana turun 1 kg, kerana yang hilang tu sah-sah air je, bukan lemak pun. lagipun takat 1kg je,bukan 10 kg pun. Tapi saja nak war-warkan kat sini sebab nampaknya Lydia dah berjaya turunkan beberapa kilo berat  beliau. Tak nak kalah tu, update jugak la walaupun berat air je yang hilang hi hi. LM  - tahniah la banyak dah turun ye!

Sharifah Sakinah dan Oh Jesus! Mengundang Kemarahan Peminat

Image
Cerita dah basi tapi saya baru tau..biasalah beberapa hari ni jarang online...suratkhabar hiburan pun jarang sekali baca, harapkan internet je. Sebelum ni tak kenal pun sapa la pulak Sharifah Sakinah ni...ooo rupanya adik kepada Sharifah Shahira. Hmmm tiba-tiba teringat dia ni ada pernah datang ofis saya ketika ofis anjurkan Charity Bazaar beberapa tahun lepas..pakai seluar pendek pangkal peha dan singlet...hmm sesuai la artis katakan.. *** pssttt kat ofis saya tu ramai tau artis datang kalau ada Charity Bazaar gini, time tu dapat tengok la sapa yang seksi, sapa yang merokok, sapa yang bila jumpa sesama artis (bukan muhrim) berlaga-laga pipi.. . Jadi tak heran sangat la bila baca apa yang ditulisnya di laman Twitter: Hmm selalu artis ni kalau nak bercakap atau keluarkan apa yang ada di dalam fikiran tidak berfikir panjang, mereka tidak menyedari setiap kata-kata dan perbuatan mereka menjadi perhatian orang lain,hmmm nama pun artis. Bila dihentam dek peminat, Sharifah Sa

Novel Ingat Janji Kita

Image
Hmm ini pula novel yang baru aja selesai dibaca awal malam ni. Best jugak la cerita ni, ada sedikit kelainan dalam jalan ceritanya. Mengisahkan Adi yang berwatakan lelaki sedangkan beliau adalah seorang wanita..kisah semasa kecil yang begitu sedih, dibesarkan oleh makcik yang garang dan Adi membesar dalam makin hamun wanita yang bergelar makcik itu. Raimi adalah kawan pada Adi, terperangkap dengan permintaan atuk untuk dikahwinkan dengan wanita pilihan atuk, meminta Adi menyamar jadi perempuan untuk dikenalkan sebagai teman wanita beliau pada atuk dan keluarga. Hmm disinilah bermulanya cerita ...Raimi seolah jatuh cinta dengan 'wajah perempuan Adi'. Suspens kan? nak tau lebih lanjut boleh dapatkan kat kedai berhampiran.

Novel Hati Bila Cinta

Image
Siang tadi, saya menghabiskan masa membaca novel ni, kebetulan bos tak ada kat ofis, ramai staff bercuti sempena Deepavali dan kebetulan saya memang tak benda nak buat, semua dah siapkan awal-awal,waktu lunch pulun baca dan sementara menunggu suami mengajak pulang, memang beria-ria membaca . Nak kata best sampai dapat 5 bintang tu , tak lah..tapi boleh la untuk hilangkan bosan sendiri. Mengisahkan si Fazreen ( Fenn) seorang janda berhias, suami meninggal kerana kemalangan pada malam pertama perkahwinan. Heronya pula adalah Iqram yang lebih dikenali dengan DZ.  Cerita bermula apabila mama DZ berkenankan Fenn untuk dijadikan menantu, dalam diam mama DZ melamar Fenn tanpa pengetahuan DZ, bila Fenn menolak lamaran itu secara terus pada mama DZ, jatuh sakit jadinya orang tua tu. DZ memang marah bila mendapat tau Fenn punca mama beliau masuk wad, maka bermula la cerita yang penuh dengan gaduh-gaduh manja....nak tau apa kesudahannya, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran ye!

Jendelahidup.com kembali bersiaran dari Blogspot

Salam semua Gembira hari ni dapat balik semula rumah lama. Ok, nak ke pejabat dulu, balik petang nanti kembali bersiaran seperti biasa.

7 perkara tidak perlu diubah

Selalunya orang menunggu kedatangan tahun baru untuk berubah termasuklah yang tukang taip entry ni, asal datang tahun baru je mulalah pasang niat nak itu, nak ini...dipenghujung ceritanya tetap sama , tak berubah barang seinci pun...itu mengenai saya sendiri la. Bagus, semua perubahan yang baik digalakkan, berhijrah la daripada 0 menjadi 1, sekurangnya. Tetapi dalam seronok nak berubah tu, jangan dilupakan 7 perkara yang tidak boleh diubah. Jantina – kalau diubah sekali pun spiritual tetap sama seperti jantina ketika dilahirkan. Ibubapa – tiada apa yang boleh membenarkan kita untuk menderhaka kepada mereka berdua. Hari Kelahiran  - 28/11  kekal sampai bila-bila , boleh sediakan hadiah tak lama lagi dah…. Bentuk fizikal – rambut kerinting, rambut lurus, hidung tidak mancung, hidung mancung, kulit gelap,.kulit cerah Masa lalu – andainya masa lalu kita sangatlah tak lalu untuk dikenang, hmm boleh je jadikan pengajaran untuk meneruskan kehidupan di masa depan. Kedudukan

Masih rindukan blogspot

Baru 2 hari bertukar pada wordpress, gagal menahan diri untuk membuat entry di blog blogspot...he he..tak apalah, blog ni dah menjadi blog 'suka-suka nak tulis apa'. Bagi yang mencari mana menghilang blog Jendelahidup, boleh KLIK SINI

Ikut kata hati...suka hati.

Jam 8.11 pagi,ada depan PC tapi bukan PC ofis ...PC kat rumah hi hi bagusnya ... Saya sedang mengikut kata hati yang membisikkan agar tinggal di rumah saja hari ni. Eh sesekali kena dengar jugak bisikan hati , kan? Baru senang hati, risiko ..fikir lain hari. Kepala sedang merencana apa yang perlu saya lakukan untuk manfaatkan masa sepanjang hari ni setelah berjaya ditewaskan oleh kata hati. Hmmm saya dah nampak apa yang saya perlu lakukan...kalau ok hasilnya, saya akan war-warkan..kalau tidak, saya diamkan je. Ok, nak keluar dulu, jumpa doktor...tak sihat minda hari ni..doktor mesti berikan saya MC sebab minda yang sihat penting untuk melakukan kerja di pejabat. Sambung lagi nanti.

M.A.L.A.S

Bangun dah cukup awal hari ni...bagus,CUKUP RAJIN! Itu boleh dikirakan sebagai TIDAK MALAS. Kain baju selonggok sudah siap dilipat dan disusun. Masih boleh belum boleh dikatakan MALAS. Saya malas ke pejabat hari ni! Itu memang betul-betul MALAS. Cuti tahunan berbaki 3 hari lagi. Badan masih sihat walafiat...SYUKUR! Lalu harus bagaimana untuk mengelat daripada muncul di pejabat? Hmmm MALAS pergi la dikau! p/s: tak ada idea untuk entry pagi ni.

salah mulut ke? mengata dan menyibuk?

Kadang-kadang rasa pelik dengan sesetengah manusia ni..suka sangat mengambil tau perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun. Antara perkara yang sering orang sibuk nak tau tentang diri saya yang bukan artis ni ‘ awak ni bila nak tambah ahli keluarga lagi? Tak  kan  cukup 2 je kot….esok-esok dah tua mesti bosan sebab anak ada 2 je, mereka mesti bawak haluan sendiri” Soalan di atas tu memang sungguh-sungguh popular ditanya orang secara langsung pada saya, sekarang makin kerap ditanya bila salah seorang kawan rapat saya sedang mengandung anak ke 3… 2 jawapan yang sering keluar dari mulut saya, salah satu akan digunakan bergantung pada situasi dan orang yang bertanya.  " belum ada rezeki (jawapan paling popular)" " dah tua la ,cukup la kot dapat sepasang, sekarang ni perbelanjaan semua tinggi, didik yang dua ni sebaik Mungkin lebih baik daripada ramai tapi terabai – (kedua popular)" Itu soalan yang orang tanya secara terus ke

Minta Pandangan - Blogspot ke Wordpress

Sebenarnya saya nak mintak pandangan dan panduan sikit tentang perpindahan daripada Blogspot ke Wordpress. Benda ni bukan kali pertama saya timbulkan cuma sebelum ni sekadar entry ringkas je . Kali ni saya nak minta jasa baik mereka yang telah pun menggunakan Wordpress berkongsi pendapat. Ok, bab traffic, saya tau memang jelas WP ni memberikan lebih traffic berbanding Blogspot. Yang menjadi persoalan saya ni adalah: 1. Masih boleh guna header yang sama ke bila dah bertukar kepada Wordpress? Hati masih menyayangi header kat atas tu. 2. Bagaimana dengan follower dan semua entry lama, masih kekal selepas dipindahkan? 3. Hosting yang mana satu pilihan anda? Itu 2 perkara yang menjadi persoalan saya..dah cuba google tapi tak dapat jawapan yang sebenarnya ingin diketahui. Ucapan terima kasih di dahulukan untuk setiap pandangan dan nasihat sahabat semua.

Berapa kerap shopping pakaian kerja?

Jumaat lepas ketika waktu rehat, saya dan kawan ke Jalan TAR..niat saya untuk membeli kain ela sebabnya hik hik **sebab yang remeh je, ada jemputan makan tengah hari dengan reinsurer pada 19/10/2011( esok) di Pavillion. Hmm macam la tak ada baju kurung baru tak dapat keluar makan, kan? baju ada tapi tak muat nak pakai, hanya boleh dipandang je...terpaksa akur dengan keadaan, tempah baju baru. Bukan lah saya seorang je yang dijemput tapi ada 3 lagi staff jabatan saya. Salah satu perkara yang saya suka beli adalah kain ela..berbanding dengan tudung, kasut, handbang, kain ela sentiasa ada dalam list..dulu dah cukup elok kumpul banyak-banyak sikit ( tak lah banyak sangat maknanya tu...) badan pulak turut kumpul lemak sampai melebih-lebih, sudahnya semua baju kurung tu terperuk macam tu je. Ada orang mesti beli kain ela tiap bulan, ada yang mesti beli kasut dan tudung tiap bulan..saya jatuh pada kategori membeli hanya bila perlu, mungkin kewangan tak membenarkan, cuba ka

Berapa lama masa anda untuk blog setiap hari?

Hari ni dah pun Isnin kembali..sekejap je cuti 2 hari di hujung minggu. Nampaknya kurang blogwalking semasa 2 hari bercuti, sebabnya banyak habiskan masa dengan mengemas rumah... Nadhirah pulak ada exam akhir tahun bermula hari ni. Pagi ni bangun pukul 5 mengadap blog, terfikir pulak nak buat entry mengenai tajuk di atas. Berapa lama setiap hari anda berblog? Ada tak kerja lain yang tertangguh hanya kerana anda terlebih waktu untuk blog? Macam mana dengan hobi lain, adakah anda terpaksa lupakan hobi lain kerana lebih tumpuan pada blog? Sebab apa saya bertanyakan soalan di atas, sebabnya saya ni kalau mengadap novel, terus tak ada masa untuk blog, kalau start tidur siang mulalah nak tidur lama-lama. Kalau mengadap blog, terus tak ada masa untuk novel, tak ada masa untuk exercise, tak ada masa untuk TV, tak ada masa untuk tidur siang. Maksudnya masa lapang saya dihabiskan dengan berblog. Masa lapang tak banyak, selepas ditolak dengan kerja-kerja rumah tangga, ke

Obesiti = Panjang Umur?

Image
Mula-mula kita tengok dulu wajah dan badan salah seorang yang sedang menghadapi masalah obesiti di dalam dunia ini. Tak sukanya tengok gambar ni tapi cuba berbangga dengan diri walaupun nampak buruk pada mata sendiri. Ok berbalik kepada kisah panjang umur tadi tu, saya ada terjumpa rencana mengenai hal ni di dalam Majalah Harmoni yang terbaru. Penelitian Universiti california, AS menjelaskan bahawa mereka yang obesiti mampu memiliki usia yang lebih panjang. *** kali pertama dengar fakta positif begini. Selain itu, individu obes lebih mudah bebas daripada cengkaman penyakit berbahaya seperti diabetes Type 2,buah pinggang dan jantung sekiranya mereka mengamalkan pemakanan sihat. Kajian itu turut menyarankan agar individu obes tidak terlalu ghairah dalam mengejar  hasrat untuk memiliki tubuh yang langsing. Ini kerana sifat ghairah dalam melakukan diet akan menyebabkan mereka lebih lapardna menjadi semakin gemuk. Hmmm kadang-kadang rasa macam tak ada harapan je nak kurus bila

Menara jam di Mekah punyai ”sentuhan anak Malaysia”

Image
Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ”sentuhan anak Malaysia”. Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu. Katanya, menara itu memerlukan ”lightweight steel structure” untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab itu. Uniknya, 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah. Dengan ketinggian 601 meter, ia merupa

Bakar lemak.....tapi tambah semula lemak lepas tu..

Image
Makcik bagi handphone beliau pada Umar , paw dia dengan games baru mama dapat aerobik Selesai aerobik moh kita ke restoran...kali ni tak nak ke Restoran Pak Tam...sebab nak layan nafsu makan yang berkehendakkan laksam...bagus kan kami berdua ni? Yang sorang tu tak ada masalah berat badan,ok la makan tak ingat...yang obes tu apa hal, lebih-lebih je makan. Kami ke Restoran Wau Bulan...dah pernah keluar Jalan-Jalan Cari Makan tahun lepas kot... Umar order nasi lemak ayam goreng... Laksam yang di order oleh makcik dan saya. Lepas makan , pergi ke taman pulak...Umar nak main buaian... Tuan blog yang mesra lemakkk he he....

UV Blog Jendela Hidup Makin Menurun

Image
Saya memang setiap hari menjenguk ke ruangan ANALITIK NUFFNANG, mungkin bagi orang lain tak ada makna apa pun tapi pada saya tetap ada makna tersendiri. Sepanjang minggu ni graf menurun sedikit demi sedikit hingga ke bawah 200UV. Hmm bukan senang nak maintain untuk apa jua perkara, perlukan usaha dan kesungguhan yang bukan sedikit. Apa pun, berblog tetap diteruskan seperti biasa, tak kira graf turun atau menaik. *** kawan-kawan ambil peduli tak tentang analitik blog anda ?

Bayaran bantuan persekolahan RM100 Disember ini

Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan dibuat pada bulan Disember, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini. "Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan itu,” katanya. TPM yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan ini adalah pemberian kerajaan bagi mengurangkan bebanan ibubapa terutamanya bagi ibubapa yang mempunyai ramai anak. Buat permulaan, bayaran akan dibuat melalui pihak sekolah dan ibu bapa akan menerima secara tunai kerana sekolah mempunyai rekod anak-anak mereka yang bersekolah. Pelajar yang layak adalah mereka yang belajar di sekolah-sekolah yang didaftarkan di bawah sistem Kementerian Pelajaran Malaysia da

Bibir-bibir yang seksi dan mungil..auwww!

Image
Sungguh kreatif mereka yang bertanggujawab melakukan kerja-kerja sebegini...

Alhamdulillah, ini rezeki untuk kami.....

Image
Kerabu Udang Asam pedas ikan kembung, kuah agak cair.... Talapia goreng  Ulaman Sambal belacan pemalas he he...tak lumat Kami makan dulu ye, anda tengok je la gambar kat blog ni ye hik hik

Sambungan kisah si kecil....

Dipendekkan cerita....ibunya datan keluar dari arah dapur dan saya perkenalkan diri dan bagitau tujuan kedatangan kami. Dia sangkakan guru tadika yang datang hantar kerana cikgu tadika ada telefon dia memberitahu anak dia tu dah balik sebab tadika memang cuti semalam. Anaknya itu telah beberapa hari bercuti kerana demam, si abang telah memberitahu si ibu bahawa tadika bercuti semalam tapi ibu yang kalut nak ke tempat kerja pada waktu pagi semalam kurang perasan apa yang si abang tu cakap. Si ibu tu adalah orang seberang, saya tak tau kerja apa, dia pun tak jemput saya masuk cuma bertanya adakah saya nak masuk dalam sebabnya lampu ruang tamu rosak, gelap..grill pun tak dibuka, kami hanya berborak di luar dan azan maghrib, kami sekeluarga berdiri di luar dan dia melayan kami dari dalam, bila azan maghrib berkumandang, saya minta izin untuk pulang. Ntah la, rasa macam bingung-bingung je kejap lepas keluar dari pagar rumah tu..bukan apa, macam dia tak terkejut pun keadaan anak dia pa

Andainya si kecil itu anak kita.....

Kisah ni berlaku pagi tadi selepas menghantar Nadhirah ke sekolah agama. Mulanya nampak budak kecil itu berdiri di tanah lapang belakang tadika Umar. Ketika itu kami bertiga menuju ke rumah transit untuk menghantar pakaian dan beg sekolah kebangsaan Nadhirah. Ketika kami sampai di tadika Umar, budak kecil di belakang tadika tadi tu dah berada di depan tadika, kelihatan dia teragak-agak untuk melintas jalanraya yang sibuk dan berselekoh itu dengan deraian airmata. Suami saya berhentikan kereta untuk turunkan Umar dan meluru ke arah budak kecil itu. Saya pulak masuk ke dalam tadika untuk menghantar Umar. Cikgu tadika Umar ada menghampiri budak kecil itu , bertanyakan pada budak kecil itu nak kemana, mana mak ayah, mana rumah rumah..dia menangis dan tak begitu jelas butir percakapannya. Rupanya budak kecil itu nak balik rumah yang terletak jauh sikit ke dalam yang mana perlu melintasi jalanraya yang sibuk sebelum masuk ke arah jalan rumahnya. Mengikut cerita si kecil i

Tenang minda dengan pokok bonsai

Image
Semua dah dijual ....ambik gambar sebelum diangkut dek tuannya....hampir mencecah 2 ribu untuk 4 pokok ni

Jom bakar sampah!

Image
Hobi Umar dan Nadhirah kala balik kampung nenek di Terengganu...balik kampung wan di Tampin tak ada bakar-bakar macam ni tau..

Sarapan yang dibeli daripada penjaja bermotor

Image
Roti canai untuk Umar Laksam untuk mama Umar Nasi dagang  untuk mama dan Umar. 2 hari makan kat Terenganu dah cukup untuk tambah berat 1kg hu hu

Penjaja Sarapan Bermotor

Image
Tajuk ntah apa-apa, kan? Kakak yang menjual makanan untuk sarapan pagi ni dah berusia linkungan 50 tahun..dah lama dia menjual secara begini. Mereka yang malas nak sediakan sarapan sendiri kat rumah, boleh je tunggu Kak Jah ni, dia akan lalu depan rumah saya sekitar jam 8 pagi setiap hari kecuali hari Jumaat, hari rest dia. Ni jiran sebelah sebagai pelanggan pertama tiba    Laksam,nasi kerabu ,petai,roti pau buatan orang kampung, jering pun ada mak saya dah pun siap membeli sarapan untuk kami Nak tau apa yang dia beli, kena tunggu entry seterusnya kejap lagi..

Ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

Tadi ada baca sedikit ulasan oleh Bob Lokman di atas penahanan beliau 2 hari lepas di Masjid Sungai Lui. Menurut beliau, tindakan Jais itu seolah menyekat beliau untuk menjadi baik, sebaliknya mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. Tambah beliau, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan yang boleh melalaikan.  Beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. “Saya tidak kira soal larangan oleh pihak Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut” ujarnya. “Tauliah itu bukan satu perkara yang penting, apa yang penting adalah melakukan perkerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam” tambahnya lagi. Saya tak nak komen ba