Obes - sakit kaki

Kebelakangan ini , pergelangan kaki dan tapak kaki saya sungguh sakit terutama bila banyak berjalan dan berdiri.

Jumpa doktor, seperti biasa pastinya saranan beliau agar menurunkan berat badan untuk mengatasi masalah sakit tapak kaki dan pergelangan kaki ni.

Seksa sangat bila nak berjalan kalau bahagian pergelangan kaki tu mula boikot tuan dia.

Agaknya kaki saya dah lama menanggung beban derita yang amat sangat kerana tuan beliau ni tak tau jaga hati anggota badan sendiri, yang dia tau makan makan makan je.

Terima kasih anggota badanku kerana bersabar selama ni dan sekarang kamu semua sudah hilang sabar nampaknya, baguslah sekurangnya mampu membuatkan tuanmu ini tersedar sekalipun agak terlewat!


**** kawan-kawan , ada tak yang sakit pergelangan kaki macam saya ni?

Comments

  1. tak pernah lg ada masalah sakit pergelangan kaki.sy selalu sakit pinggang.tak tau kenapa.tp tidaklah kronik,cuma sy tak boleh minum air manis byk2,klu minum air jarang byk2 oklah..adakah sy pun ada masalah kesihatan?hehe sy tanya persis akk nie doktor pulak..:)

    ReplyDelete
  2. as salam sis...
    i kalau byk sangat berjalan-jalan...
    memang terasa sakit kaki...
    dan dah tau sbb i pun obes...
    tapi tu laaaa....
    sikap malas nak exercise tu tebal sgt....
    harus ubah sikap kan ....
    ermmm....

    ReplyDelete
  3. Saaya pun dah lebih berat ni kak aya.. bilalah nak kurus. Cuma alhamdulillah belum pernah sakit kaki yg teruk..

    ReplyDelete
  4. saya dah seminggu merana sakit tumit.adakah saya obes dgn 57 kg setinggi 158cm dan kakisaiz 7 kak aya???sila bantu saya..huhu

    ReplyDelete
  5. Puan Kutu - sakit pinggang tu kalau ikut cakap mak kak aya yang bukan doktor tu tandanya tak cukup jaga ketika berpantang.maksudnya tak berpantang betul2 .

    Rasp - sama kapal la kita, tau masalah tp tak nak selesaikan he he



    Zefa - belum betul-betul berat lagi tu..he he


    LM - ishhh itu tak obes tu...berat cantik dah tu, kalau dpt turun sekilo dua lagi cantik la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu