Bukan rezeki saya..

Alkisahnya petang ni ke Pasar Ramadhan, Balai Polis Selayang Baru. Ramainya orang kat pasar tu. Bersesak-sesak.Nak berjalan pun susah.


Dah lama betul tak datang ke Pasar Ramadhan ni, sebenarnya ini bukanlah tempat asing bagi saya kerana tiap pagi Sabtu saya ke sini untuk membeli barang-barang basah, kalau bukan bulan puasa, di sini juga la saya dan makcik bersarapan. 


Dipendekkan cerita, saya beli laksa Perlis, saya selalu beli dengan abang laksa Perlis tu sejak 1998 lagi...time menyewa di Selayang Baru bersama makcik, kala tu harga RM1.20 sebungkus, kini dah naik menjadi RM2.


Ketika nak beli laksa tu, saya bertanyakan pada Umar dan Nadhirah, nak laksa tak? Kedua-duanya bersatu hati, tak nak laksa hari ni, nak makan murtabak.


Saya fikir kalau beli extra nanti membazir pulak, sebabnya waktu makan pun hanya beberapa jam je di waktu malam, beli la sebungkus je. Kemudian beli 2 keping murtabak. Beli rendang limpa dan terus balik.


Time berbuka,baru je suap laksa ke mulut, Nadhirah cakap dia pun nak jugak laksa . Laaa sabar je la, tadi cakap tak nak..ok lah kongsi dua orang laksa tu. Bila kakak makan laksa, Umar pun nak jugak .hmm sudahnya bahagian saya tu bagi je pada Umar. 


Kalau dah bukan rezeki, kata orang. Ambil juga sesuap dua daripada Nadhirah, nanti kempunan sendiri pulak. Esok nak beli lagi, tapi tak ada lah ke Pasar Ramadhan Balai Polis lagi dah..beli je dengan area taman perumahan ni. 


Minggu depan kalau rajin, boleh je masak laksa untuk buka puasa.

Comments

  1. saya sebulan kadang sampai dua kali buat laksa.sy lg suka buat sendiri dari beli.kalau laksalah..puas hati!

    ReplyDelete
  2. biasalah tu... ada masa kita tak sampai hati lak nak tengok mereka yang kempunan

    ReplyDelete
  3. rezki dibahagi2..berkat...ibu mcm kita kadangkala mengalah saja...

    terkadang pula..kita memperoleh rezki yg tidak disangka2 pula....begitulah kehidupan..

    ReplyDelete
  4. puan kutu - saya dan anak2 memang suka makan laksa..kalau masak sendiri, memang berbaloi la tengok depa makan.

    bayu kenangan - betul tu...ibu mmg tak sampai hati nak hampakan keinginan anak.

    sal - betul sangat tu...kdg2 tak sangka dapat rezeki..

    ReplyDelete
  5. ibu2 nie selalu dah kena mengalah. ragam anak2 camtu le. beli lebih tak abes. tak beli nak pulak.huhu. laksa sy suka tang 'sampah2' byk terutama kalu byk bunga kantan hehe

    ReplyDelete
  6. dah lama x makan laksa :) saya ni mmg suka laksa sejak dulu...tapi laksa penang ajelah. kalau kuah lemak tu tak gemar sangat hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu