Wordless Edisi Balik Kampung




Driver agak keletihan selepas berbuka, rehat sebelum memulakan perjalanan


BYE BYE



Gangguan Hidup

Dah separuh hari untuk Ahad, pagi tadi terakhir bersahur di Selayang, InsyaAllah pagi esok bersahur di Kuala Terengganu pula.


Belum siap lagi mengemas pakaian untuk balik kampung, kena tinggalkan sikit untuk kemas petang-petang karang, biar mood untuk balik makin terasa .


Menjengah blog rakan-rakan semuanya dah balik kampung . Masing-masing dah tinggalkan entry hari raya.


Tak apalah, kita jengah rumah kosong mereka je lah, lepas raya nanti mesti dah ada tuan rumah.

*** Gambar petang raya tahun lepas di Rembau, Umar tertidur keletihan .

Tadi sempat belek-belek Majalah MIDI, gambar cover Noraniza Idris, ada terbaca tentang rawatan alternatif untuk yang mengalami gangguan dan lain-lain penyakit.


Salah satu tanda-tanda gangguan yang menarik perhatian saya adalah:


TIDUR BERMIMPIKAN BAYI ATAU KANAK-KANAK KECIL.


Saya ada menulis entry tentang mimpi saya di SINI . Tak pasti pula tentang maksud gangguan tu, mungkin boleh rujuk pada mereka yang lebih arif.


Kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut, boleh dapatkan Majalah MIDI keluaran 15 Ogos 2011. Cover Noraniza Idris.




Masih setia di Selayang Mulia...

Lambat terasa menunggu esok malam untuk bertolak pulang ke kampung, tambah-tambah anak dara sorang tu dah pun selamat berbuka dengan nenek. Seronok katanya berbuka di sana.. hmmm biasalah dia , kalau ada yang melayan dia dengan baik, pastinya dia akan betah tinggal di sana .

Umar tidur awal malam ni , penat pagi tadi temankan mama habiskan duit tunggakan yang baru diterima, hmm tak adalah membeli apa pun sangat, beberapa keperluan yang belum sempat dibeli sebelum ni, soal kehendak di tolak tepi disaat -saat begini.

Petang tadi Umar tolong mengemas rumah , bukan kemaskan apa pun, dia kemaskan semula semua kertas-kertas yang berterabur atas lantai hasil kerja dia sendiri jugak tu. 

Tak ada si kakak, si adik pun malas nak tengok TV sangat, tidur lagi baik.

Beg pakaian sorang satu dah tersedia berhampiran pintu, menandakan tuan punya tak sabar nak balik kampung, normal la tu, semua orang tak sabar nak balik beraya, tak kira la rumah sendiri atau rumah mentua.

Malam ni plannya nak blogwalking, esok buat satu catatan lagi sebelum tutup sementara rumah ni hingga la lepas raya baru buka semula.

Selamat balik kampung pada mereka yang akan memulakan perjalanan malam ni,pandu berhati-hati.




***Gambar ulang tayang pagi Syawal tahun lepas.

Bergambar sebelum mula bercuti



Ini lah wajah-wajah staff di jabatan saya, dalam gambar tak ada 3 bos wanita, 2 bos besar sedang bercuti di luar negara manakala lagi seorang tu masuk lambat sikit, dia masuk je orang dah selesai bergambar.


Lelaki di belakang saya tu ( eh mesti tau kan yang mana satu 'saya' tu ) adalah salah seorang bakal bos baru di syarikat saya, datang seminggu untuk sesi suai kenal dan untuk membangunkan satu modul program baru untuk salah satu section di jabatan saya. Hari ni hari akhir beliau di jabatan saya. Kiranya acara bergambar ini adalah sebagai kenang-kenangan la, biasalah nak berpisah mesti ada acara fotosesi.


Di kalangan mereka ini semua , nampaknya saya yang paling cukup makan gamaknya, orang lain macam melidi je semua  he he. Bukan main banyak ruang saya dah makan , kesian mereka ni.


Tak nak ucapkan selamat hari raya di dalam entry ini kerana saya masih belum balik kampung untuk sehari dua ni.


Bagi mereka yang akan memulakan perjalanan sekejap lagi, pandu dengan berhati-hati ye!

Kerana terdesak, ALONG dicarinya!

Wohoo sapa tu yang sampai jumpa along tu?


Ada la sorang tu, nak sangat beli baju raya, tunggu duit tunggakan gaji tak tau bila dapatnya..


Lantas ditemuinya ALONG yang sentiasa bersedia meminjamkan wang tanpa faedah tanpa bunga tanpa kontrak.


Pagi-pagi sampai ofis tunjuk muka kejap, lepas tu isi form 1/2 day, keluar jalan kaki ke LRT, naik LRT hingga ke stesyen Bandaraya. 


Kalau dah sampai situ, tau je la kemana langkah di hala.


Beli baju kurung ready made 2 pasang. Ok lah puas hati sebab tercapai juga nak beli baju kurung sebelum pulang ke kampung halaman tercinta.


Balik ofis dengan senyuman meleret-leret hingga ke telinga, mengalahkan anak kecil dapat mainan.


Terima kasih ALONG kalau baca entry ni he he.


p/s: kalau hati runsing, dapat membeli sepasang dua pakaian pun cukup legakan keseluruhan kerunsingan yang ada.

SENTUHAN KASIH NORHAYATI BERAHIM


Sedang baca tapi terhenti-henti, mungkin lepas raya baru fokus semula pada pembacaan novel.




Bila nak dapat ni.....

Raya dah tak berapa hari je lagi ni...persiapan untuk diri sendiri belum ada lagi. Persiapan untuk anak-anak dan suami semua dah complete.


Dengarnya ada duit tunggakan gaji, walaupun tak la banyak sangat tapi boleh lah cover perbelanjaan raya untuk diri sendiri.


Masalahnya tak tau bila dapatnya, kemungkinan besar kata 'orang atas' dapat sebelum raya, maknanya esok la kot kan? Esok dah last kerja , lepas tu semua pakat cuti raya dah.


Buatnya dapat sehari sebelum raya, berputih mato la den!


Boss, bagi cepat sikit, saya ni nak raya, baju raya, kuih raya, duit raya semua belum ada ni uwaaa waaa.




Jatuh, tersepit dan menangis.

2 hari lepas, terjatuh sebab lantai licin..berdebuk jatuh dan kraak bunyi dalam lutut.


Semalam, hampir terjatuh sebab licin di dalam bilik air, macam terpeleot kaki dan sekitar buku lali.


Petang ni pulak, 2 jari tersepit di pintu kereta.


Ouchhhhhhh bila sakit begini, air mata tua tak dapat di tahan, menangis jua diriku menahan kesakitan.


Haaa itu la keadaan saya yang sentiasa kelam kabut ntah apa -apa.


Mula tu fikir nak ke klinik jap lagi check jari ni, tapi bila tengok hujan dah mula lebat, rasanya ok kot dengan hanya menyapu minyak gamat.


Selamat Berbuka.

PREMIUM BEAUTIFUL

Pagi ni dihabiskan dengan blogwalking ke blog-blog yang menjual Premium Beautiful ha ha bukan nak beli pun, memang buat masa ni tak ada kemampuan pun..bukan murah untuk orang yang bergaji macam saya ni.


Saja la ushar ke blog-blog tersebut, nak baca tentang testimoni, tentang kebaikan PB apa semua tu.


Biasalah kalau dah obesiti macam saya ni, memang bersimpang siur fikiran ni.


Fikir itu, fikir ini, masih juga statik kat situ.


Hmm entah la, nak bersiap pergi kerja dah ni.


Selamat Berpuasa.


Gulai Kunyit Lengkuas je...

Haaa ni mesti KasihRedha tau macam mana rupa lauk ni....orang terengganu sebut gulai 'kunyit kuah' je.


Petang semalam 100% beli daripada makanan hinggalah kepada minuman. Kali pertama ke Pasar Ramadhan Bandar Baru Selayang sepanjang 21 hari berpuasa.


Beli nasi kerabu untuk saya dan Umar, nasi tomato untuk suami , tepung pelita, kepak ayak panggang, bubur pisang serta air apa ntah namanya..ada biji selasih serta pelbagai ramuan untuk lai ci kang. Air lai ci kang la kot.


Itu sebab dan itu pasal la pagi ni masak gulai kunyit lengkuas ikan selayang dan goreng telur dadar.


Alhamdulillah .


Selamat Berpuasa.


Eh macam Firaun la, ma..

Ada ke itu yang diucapkan oleh Umar bila dia tengok gambar ni, dia cakap macam tu sebab muka dalam gambar ni nampak garang, kalau garang mesti macam Firaun, katanya.


Macam mana kesitu pulak perginya, punya la banyak persamaan lain yang boleh disamakan.


Umar, Umar...

Umar update blog..

Budak sorang ni memang pantang lepa, ada peluang je dapat guna pc mesti dia takkan biarkan peluang berlalu begitu je.


Tadi saya tengah fikir tentang entry, tiba-tiba teringat nak ambik handphone kat bawah, berlalu turun dan Umar time tu memang dah ada kat atas .


Tengok mama dia dah turun, laju je dia main taip-taip, dia cakap nak update blog macam kakak jugak. Kakak dia dah berzaman tak update blog.







Tidur di dapur takutkan Hantu Penanggal

Sebelum tidur malam tadi, kami 3 beranak menonton cerita PENANGGAL lakonan Amy Mastura di Astro Ria, dah banyak kali sebenarnya ditayangkan di Astro cuma malam tadi kami betul-betul berpeluang menonton.

Umar memang terlalu takut tengok cerita ni tapi masih juga nak menonton. Sudahnya malam tadi ketika tidur, dihimpitnya saya bagaikan nak masuk dalam perut semula je.

Pagi ni ketika saya memasak untuk sahur, Umar terjaga dan menangis-nangis, kebetulan puting hilang, bertambahlah rasa tak selesa nak tidur tanpa mama.

Umar ke dapur dan katanya nak teman mama masak. Bukan nak temankan mama tapi sendiri yang nak berteman. Cuak je muka, agaknya masih teringatkan drama PENANGGAL malam tadi kot.

Akhir cerita, Umar tertidur di dapur dan saya biarkan hingga kami selesai makan sahur lepas tu angkat dia baringkan atas sofa.









Nasi goreng lagi dan lagi..



Alhamdulillah, baru lepas bersahur...apa yang kami makan adalah seperti tertera di dalam gambar di atas he he.


Kami makan atas lantai je beralaskan suratkhabar.


Tidak dibenarkan merakam gambar ahli yang sedang bersahur kerana ada berwajah tak semenggah, ada yang  berpakaian menjolok mata ha ha.


Selamat Berpusa.




Buffered Earning ke 3 sepanjang Ramadhan.

Hmmm akhirnya selepas lama mendiamkan diri, ianya muncul lagi pagi ni.


Rezeki semestinya kita menerima dengan tangan dan hati yang terbuka.




Terima kasih untuk NUFFNANG dan PENGIKLAN.

Ikan Singgang Ikan Tongkol

Sedap tau kalau ikan singgang a.k.a ikan aye ni jika dibuat masak singgang. Tapi ramai juga yang tak suka ikan tongkol ni , dalam rumah ni pun ada yang tak suka.


Pagi ni selain masak singgang ikan tongkol, goreng ikan kembung seekor dan sambal belacan.


Ok la semua dah ready untuk bersahur jumpa lagi!


Selamat Bersahur.


Nasi goreng lagi...

KREDIT GAMBAR UNTUK BISNISKULINER.COM

Untuk ke sekian kalinya sepanjang Ramadhan ini , kami sekeluarga memilih untuk berbuka puasa dengan nasi goreng.


Panaskan lauk semalam, kari daging dan goreng ikan kerisi seekor serta keropok keping Terengganu.


Teh o Ais.


Cukuplah untuk kami hari ni.


Alhamdulillah.


Selamat Berbuka.


p/s: maaf tiada gambar nasi goreng sendiri

1 jam cuma...

Iya, betul ...cuma 1 jam je...


Saya tidur hanya 1 jam , mungkin sekitar 3 pagi baru dapat melelapkan mata, pukul 4 pagi dah kena bangun untuk siapkan hidangan sahur.


Dan dapat saya bayangkan bagaimana keadaaannya untuk sepanjang hari ni.


Pastinya mata cukup segan dan tak lalu untuk celik.


Bersedialah untuk menahan kantuk sehingga petang di pejabat.



p/s: Umar yang sentiasa tidur ternganga he he.

Episod Keras Mata

Keras mata tu pada maksud ayat percakapan mak saya adalah mata tak nak lena.

Itulah yang terjadi pada saya malam ni.

Kalau bukan bulan Ramadhan, pukul 11 malam boleh la dikatakan awal sebab time-time gini la peluang untuk saya mengadap blog . 

Tapi kalau bulan Ramadhan , pukul 10 dah mula lena. Mungkin hari ni bercuti, badan cukup rehat, mata jadi segar.

Anak-anak dan suami dah lama pun lelap. Biasanya suami yang lewat tidurnya, malam ni sebaliknya pula yang berlaku.

Bila sunyi-sunyi begini, terasa rindu dengan ibu di kampung tambahan pula bila bulan puasa begini. Sayu hati rasanya. Balik jarang-jarang sekali, hanya telefon menjadi penghubung.

Baru lagi mak telefon bagitau, tekanan darah naik sehari dua ni. Biasa la bila banyak berfikir, tidur kurang berkualiti , itulah jadinya.


Masalah mak adalah risaukan 2 anak yang tinggal bersama beliau di kampung..anak keluar, dia risau..balik lewat , dia risau...tidur lama, dia risau..semuanya membimbangkan hati seorang ibu. 

Selain terkenangkan mak, malam ni kerja saya adalah menjelajah blog sahabat maya...menelek-nelek website yang menjual handphone dan kamera..ishh itu satu kerja yang berulang-ulang kebelakangan ini, begitulah kalau budget kecik keinginan besar..tak tentu arah jadinya.

Satu lagi kerja malam ni adalah melihat gambar-gambar lama yang tersimpan di dalam PC ni....nostagia rasanya...dulu anak-anak masih kecil, sekarang ni melawan pun dah pandai...masa terlalu laju bergerak.



Kalian semua dah tidur ke ni?




Nadhirah, Exam, TV, Tidur

Hari ni bercuti bersama 2 buah hati pengarang jantung . Duduk rumah golek-golek atas toto depan TV. Kejap tidur, kejap jaga.


Keluar untuk ke pasar je sekejap paginya, selebihnya menghabiskan masa atas toto je hingga petang.
Saya dan Umar sempat la terlena mula pukul 3 hingga pukul 4.45 petang. Nadhirah pula marathon TV.Dia memang tak reti nak tidur siang, puasa tak puasa sama je.


Sebenarnya , Nadhirah ada exam sekolah agama sepanjang minggu ni, patutnya hari ni habiskan masa dengan menghafal beberapa surah yang telah ustazah tetapkan untuk exam pagi esok. Tapi tak ada dihiraukannya.Kalau kita nasihat elok-elok, dia cakap kita ni kuat membebel.


Malam ni, selepas berbuka, terus kelam kabut nak menghafal. Oleh kerana saya bising-bising tak menghafal siang tadi, dia lari naik ke atas, mintak abah dia temankan untuk sesi menghafal.


Ketika entry ni ditaip, dia masih lagi menghafal. Itulah dia, siangnya betul-betul pulun tengok TVdan baca novel kanak-kanak, langsung tak rasa mengantuk.


Harap-harap esok dia dapat menjawab semua soalan dengan baik.


p/s: Nadhirah datang baca entry ni, sempat dia mengomel, 'dhirah tolong mama masak tadi tak tulis pun dalam blog, dhirah lambat sikit menghafal mama siap tulis lagi dalam blog'





Gambar ketika Raya Aidilfitri 2007 - pilihan budak berdua ni la .

Sambal Udang di hari ke 17

Hari ni dah pun masuk hari ke 17 ye...Ramadhan hampir meninggalkan kita dah...hari ni juga hari Nuzul Quran, saya bercuti hari ni sebab tadika dan transit tutup hari ni.


Semalam beli rendang ayam, dah habis masa berbuka lagi. Seperti biasa waktu sahur kena sediakan hidangan ringkas.


Pagi ni saya masak sambal udang untuk hidangan sahur kami.

Credit gambar untuk WANAZAINI


Umar memang pantang nampak udang, semua dia punya, katanya. Kakak tak kisah sangat, kalau ada, dia makan, tak ada, tak apa.


Selamat Bersahur.

Kari Ikan Kembung je

Sama macam blog, masakan pun tak ada idea.


Lepas update blog tadi, saya terus off pc, turun ke dapur.


Semalam beli nasi goreng je sorang satu, jadi wajibla pagi ni masak untuk sahur.


Kari ikan kembung, goreng ikan tongkol, kailan goreng menjadi hidangan kami.


Selamat Bersahur!

Tiada keyword, Tiada SEO, Tiada apa-apa

Saya buntu, sebuntu-buntunya untuk buat entry sehari dua ni.


Ntah la, mengadap PC bukan main lama tapi untuk hasilkan satu entry pun terasa sangatlah sukar.


Ada waktunya memang tak boleh dipaksa-paksa untuk dapatkan idea.


Kadang-kadang bersangkut paut dengan mood tuan punya badan.


Kebelakangan ini memang tuan blog betul-betul berserabut dalam dunia sendiri.


Jadinya, baik kita duduk diam-diam kat tempat sendiri.

Seronok kan jadi kanak-kanak, polos tanpa masalah, tidur lena selenanya.

Buah hati Pengarang Jantung






Tafsir Mimpi

Saja je la nak share cerita, sepanjang hampir 2 minggu berpuasa ni kan, saya dah 2 kali di datangi mimpi yang hampir sama.


Seseorang telah datang memberikan baby lelaki kepada saya sekeluarga. 


Sampai saat ini saya masih lagi terbayangkan rupa baby tersebut. Sepanjang masa baby tu bersama dengan saya walaupun seluruh isi keluarga sayaada di dalam rumah ( termasuk makcik, mak dan adik beradik saya)


Saya ada tanya pada baby tersebut , " ni siapa"? saya bertanyakan pada baby tu siapa saya.


Dia jawab"mama".


Dengan kehadiran baby tu, semua orang hampir lupakan Umar.


Hmmm kata orang, mimpi mainan tidur, kan?

Sotong goreng kunyit

Malam tadi kami berempat semua tidur awal. Terjaga pukul 11 lebih,TV masih terpasang.Mungkin kepenatan bershopping di Jalan TAR semalam.


Pagi ni terjaga pukul 3 pagi...buat apa yang patut dan ke dapur untuk siapkan hidangan sahur.


Lauk untuk buka masih ada sikit, cuma pagi ni saya tambahkan sotong goreng kunyit sikit bagi tambah selera anak dan suami.


Selamat Bersahur!

Beli sikit=Habis banyak= Letih berganda-ganda

Fuhhh hari ni sungguh-sungguh terasa bergoyang kepala lutut la weiii...Bangun 4.10 pagi , siapkan hidangan sahur. 


Pukul 5.30 start mengemas dan mengemop serta mengubah susun atur perabut ( ini satu kerja yang saya tak pernah jemu saban minggu.. saban minggu tu!)


Pukul 7.15 keluar ke pasar seperti biasa bersama makcik dan Umar.


Pukul 8.30dah sampai semua di rumah, bersiap untuk ke Jalan TAR. 


Sampai sana beberapa minit menghampiri pukul 10, kedai-kedai sedang dibuka. Tetapi orang dah berpusu-pusu ketika menuju ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Mula-mula masuk ke BAK, tak ada saiz untuk Nadhirah walaupun ada untuk Umar dan si Abah. Harga untuk sepasang dewasa rm250, meneguk liur nampaknya..terus tak jadi beli.


Keluar dari situ, masuk kedai Omar Ali, belek terus ada yang sesuai dari segi warna dan budget cuma untuk Nadhirah tetap juga tak ada. Beli je untuk Umar dan si Abah..kurang rm200 untuk 2 pasang.


Lepas tu , beli baju kurung moden untuk Nadhirah di Hari-Hari, RM65 dan belikan terus T-Shirt 2 helai setiap sorang untuk Dhirah dan Umar,  tak ada daya upaya dah untuk masuk ke Sogo walhalnya sebelum tu janji dengan adik perempuan yang bekerja di Sogo untuk jumpa di sana.


Umarla yang  bising-bising dahaga, letih, sakit kepala, sakit lutut...wahhh kalah mama yang obes pulak, kecik-kecik dah pandai sakit lutut!Kita nak memilih pun tak senang, banyak benda nak beli tapi tangguhkan dulu la, nampaknya.


Makcik akhirnya beli sepasang jubah selepas banyak tempat melilau mencari jubah. Sudahnya saya sendiri tak beli apa-apa pun. 


Pukul 12.30 kami balik rumah, sampai 1.20...


Sekarang bila duduk atas kerusi, terasa betul-betul lenguh di dalam betis.Letih mengharungi lautan manusia yang berhimpit di laluan sempit di sepanjang Bazaar Ramadhan tu.

Hari ni Meriah makanan

Hari ni nak cover balik yang semalam serba tak kena. Lihatlah senarai makanan kat rumah kami.


1. Nasi lemak 2 bungkus
2. Nasi goreng kampung sebungkus
3. Kuey Teow goreng sebungkus
4. Bihun goreng Singapore  2 orang makan.
5,. Kangkunjg goreng belacan.
6. Goreng dan sotong masak pedas
7.Ayam Masak Halia
8. Kuih Tepung Pelita
9.Karipap
10. Teh o Panas.


**Kita tengok apa jadi dengan makanan tu semua.


Selamat Berbuka.


Selepas 11 hari...

Puasa tahun ni saya diselubungi dengan rasa mengantuk hampir sepanjang masa di pejabat . Hinggakan hingga ke hari ke 11, iaitu semalam, keadaan adalah sama malahan lebih teruk kot. 

Pagi semalam sampai ofis paling awal berbanding 10 hari yang lepas. Lampu ofis pun belum on lagi. Saya on lampu dan terus tidur di meja setengah jam. Siap mimpi ntah apa-apa lagi.

Lunch hour pula , tidur lagi. Memandangkan semua officemate keluar makan kat luar, boleh pulak saya terbabas tidur sampai satu jam, rehat di bulan puasa ni setengah jam je kecuali untuk hari Jumaat, 1 jam setengah.

Ketika entry ni di taip saya sudah pun bersiap untuk ke ofis, dah dapat agak senario yang sama akan berlaku. 

Tahun lepas tak adalah seteruk ni penyakit tidur ni melanda. 

Semoga saya dapat melawan rasa mengantuk tu apatahah lagi akan datang '10 malam yang terakhir'

Selamat Berpuasa.

Daging goreng lada hitam

** Gambar ni ulangtayang gambar yang hari Sabtu lepas...



Nadhirah suka menu ni, pagi semalam Dhirah hampir merajuk sebab saya yang beria-ria berjanji nak greng daging ni untuk sahur semalam tapi bila sahur, saya masak sambal ikan kerisi.


Jadi hari ni untuk tunaikan janji, saya masaklah untuk anak dara kesayangan ni. Kebetulan memang terjaga awal sejak 1.30 pagi lagi, jadi banyak masa untuk saya siapkan macam-macam perkara termasuk blogwalking dan masak hidangan ini.


Selamat Bersahur!


** petang ni Nadhirah buka puasa di Hotel Vistana, ikut Ucu dan Su Na.

Cerita Campur-Campur

Tersenyum sendiri baca tajuk entry..boleh la tu.


Tak tau nak letak tajuk yang spesifik, kepala pun macam ting tong je, mengantuk tak sudah-sudah.

Cerita 1



Lauk buka beli je macam hari-hari kerja yang sebelum ni. Beli di foodcourt ofis je.Lebih murah. Potongan kuih pun lebih besar.Balik rumah panaskan lauk, masak nasi, masak air dan juga goreng ayam beberapa ketul.
Untuk sahur plan nak goreng daging lada hitam atas permintaan anak dara saya.


Cerita 2
Pelik si Umar ni, semenjak start puasa hingga ke hari  ni,dia asyik menangis tak cukup tidur je bila di kejutkan ke tadika.

Hari-hari bikin darah mama dia naik meluap-luap, sebab kita terkejar masa, masuk ofis awal sebab nak balik awal.
Nak kata letih puasa, tak puasa..nak kata letih tak cukup tidur sebab bangun sahur, tak bangun sahur pun

Nadhirah pulak bangun sahur pukul 5 terus tak tidur ,lepas makan terus mandi dan bersiap walaupun orang lain belum mandi pun lagi..dia dah siap berpakaian rileks je atas sofa.

Macam-macam peel anak-anak ni kan? Ini kisah 2 anak, kalau ada 4,5,6 tak tau lah macam mana, tak cukup muka buku nak karang.

Cerita 2
Mak saya dah tempah ketupat palas untuk raya nanti. Saya seronok walhalnya bukan peminat ketupat pun.
Tahun ni mungkin tahun permulaan untuk raya yang paling meriah ( harap-harapnya macam tu la).
Ahli keluarga bertambah lagi sorang, sanak saudara ada keliling rumah.

Cerita 3

Suruhanjaya suami isteri telah sepakat untuk menetapkan tarikh untuk pulang beraya di kampung halaman adalah pada 28 Ogos 2011 bersamaan dengan hari Ahad . Tahun ni giliran ke Terengganu, hari raya ke 3 bertolak ke Tampin pula. Awal kan suruhanjaya tetapkan tarikh, baguslah untuk elakkan kelam kabut di saat akhir.

Ok cukup 3 cerita yang terjadi sekitar hari ni dan sekitar minggu ini. 

Selamat Berbuka.

Persiapan Raya - masih sifar

Tadi masa di pejabat, sementara menunggu signal untuk balik, sempatlah belek-belek file budget yang sememangnya sentiasa ada di dalam file Excel kat pejabat tu.


Sebelum raya ni dengarnya akan dapat bonus tapi hutang sedia ada dah siap sedia menunggu - belum tentu bilanya akan dapat bonus tu.


Plan nak tukar langsir tahun ni sebab sejak pindah sini 5 tahun lalu, tak pernah berganti walhalnya ada beberap tingkap je - tak tau la dapat dilaksanakan atau tidak plan yang ni.


Plan juga nak beli handphone baru satu. Terlalu ketinggalan rasanya kalau dibandingkan dengan teman-teman maupun ahli keluarga yang lain - impian ni mesti dilaksanakan!


Pakaian raya, kuih raya, duit raya, minyak dan tol untuk raya - semuanya perlu dikirakan .


Nampaknya kena betul-betul buat list yang sebaik mungkin untuk padankan dengan modal yang ada.


Sahabat semua dah lengkap ke persiapan raya tahun ni? Ada orang suka siapkan awal-awal sebelum puasa, bila bulan puasa rileks je, ada yang suka last minute baru nak beli itu ini.


Mungkin akan ke Jalan TAR weekend ni untuk beli apa yang patut, sebelum betul-betul Ramadhan tiba di penghujung, time tu banyak yang dah habis dijual.


Sahabat semua suka bershopping di mana ye kalau nak raya macam ni?



Hari ke 9 paling sederhana makannya

Mesti tengah tunggu waktu berbuka ni , kan? Saya lari kejap untuk update entry. Walaupun tanpa gambar, itu bukan bermakna tak boleh update blog. 


Petang ni paling simple, beli nasi goreng sorang satu.


Ketua - Nasi goreng kampung
Penolong ketua - Nasi goreng cili padi
Ahli-ahli - nasi goreng kampung jugak.


Sampingannya adalah sup dan goreng kailan.


Itu je.


Air masih lagi sama hingga ke hari ke 9. 


Selamat berbuka untuk semua.


Jumpa lagi malam nanti bila free.





Awalnya lagu raya berkumandang

Pagi-pagi on the way ke ofis, dalam kereta memang dengar radio Suria FM kebelakangan ini.


Pagi semalam, on je radio terus terdengar lagu raya..*dah lupa tajuk apa. Dengar tapi 'tak ada rasa apa-apa pun' dalam jiwa.


Awal sangat kan? belum pun 2 minggu puasa, mood raya belum mai lagi le...kelengkapan raya pun belum ada hu hu. Kalau awal sangat di dedahkan dengan lagu-lagu raya , agak terganggu fokus pada ibadah puasa..* alasan orang lemah macam saya kot!


Saya rasa kalau dah masuk minggu ke 3 tu ok la dengar lagu raya, mood nak balik kampung sudah mari time tu.Wajah-wajah keluarga di kampung dah pun terbayang di mata. 


Hmm bercakap tentang lagu raya, agaknya lagu raya apa yang anda mesti kena dengar tiap-tiap kali nak raya?


Banyak lagu yang saya suka, paling suka lagu Dari Jauh Ku mohon Maaf,dendangan Allahyarham Sudirman.


Lagu lain adalah Dendang Perantau dan banyak lagi la, tak ingat tajuk. Nak nyanyi pun tau sekerat-sekerat aja.

Tepung Kapur dan Rendang Ayam

Hari ni beli je lauk untuk berbuka. Rendang ayam dan ikan keli. Beli di foodcourt ofis saya.


Balik rumah masak kuih tepung kapur. Plan nak masak laksa, memang tinggal plan je lah, sampai rumah dah lewat.


Gambar tak ada - tak payah tanya mana gambar!

Kamera ni memang suka buat orang hilang sabar dan handphone saya memang jenis cap ayam - tak ada kamera.


Sila bayang-bayangkan sendiri la rupa rendang ayam dan tepung kapur.


Jumpa lagi lewat tengah malam nanti untuk sesi blogwalking!

Page Rank 2/10

Malam ni tergerak hati pula nak check PR blog Jendela Hidup ni. Saya jarang sangat check PR ni kerana tiap kali check, mesti keputusannya 0/10.


Mengejutkan jugaklah bagi saya yang selalu tengok angka 0  sebelum ni, malam ni menunjukkan angka 2. Pasti lah agak teruja melihatnya.




Berblogging satu perkara yang menyeronokkan cuma kekangan masa dan saya masih belum mempunyai kemudahan laptop dan broadband sendiri agak membataskan masa bermesra dengan blog.


Apa pun saya sangat berterimakasih kepada suami kerana kerap mengorbankan kehendak sendiri untuk menjengah blog beliau, lebih memberi peluang kepada saya untuk bermesra dengan blog.


Dan kedatangan sahabat-sahabat maya semua ke sini juga salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kedudukan PR blog ini.


Semoga kedudukan PR yang baru ni akan membiakkan lagi rasa seronok berblog.


Terima kasih semua!


Kalau anda nak check PR blog anda, boleh klik CHECK PR

Bukan rezeki saya..

Alkisahnya petang ni ke Pasar Ramadhan, Balai Polis Selayang Baru. Ramainya orang kat pasar tu. Bersesak-sesak.Nak berjalan pun susah.


Dah lama betul tak datang ke Pasar Ramadhan ni, sebenarnya ini bukanlah tempat asing bagi saya kerana tiap pagi Sabtu saya ke sini untuk membeli barang-barang basah, kalau bukan bulan puasa, di sini juga la saya dan makcik bersarapan. 


Dipendekkan cerita, saya beli laksa Perlis, saya selalu beli dengan abang laksa Perlis tu sejak 1998 lagi...time menyewa di Selayang Baru bersama makcik, kala tu harga RM1.20 sebungkus, kini dah naik menjadi RM2.


Ketika nak beli laksa tu, saya bertanyakan pada Umar dan Nadhirah, nak laksa tak? Kedua-duanya bersatu hati, tak nak laksa hari ni, nak makan murtabak.


Saya fikir kalau beli extra nanti membazir pulak, sebabnya waktu makan pun hanya beberapa jam je di waktu malam, beli la sebungkus je. Kemudian beli 2 keping murtabak. Beli rendang limpa dan terus balik.


Time berbuka,baru je suap laksa ke mulut, Nadhirah cakap dia pun nak jugak laksa . Laaa sabar je la, tadi cakap tak nak..ok lah kongsi dua orang laksa tu. Bila kakak makan laksa, Umar pun nak jugak .hmm sudahnya bahagian saya tu bagi je pada Umar. 


Kalau dah bukan rezeki, kata orang. Ambil juga sesuap dua daripada Nadhirah, nanti kempunan sendiri pulak. Esok nak beli lagi, tapi tak ada lah ke Pasar Ramadhan Balai Polis lagi dah..beli je dengan area taman perumahan ni. 


Minggu depan kalau rajin, boleh je masak laksa untuk buka puasa.

Puasa ke 7 - Lepak je

Hampir dah separuh hari berlalu untuk hari ni.


Semua isirumah ada aktiviti masing-masing ( macam lah ramai sangat, 3 layan TV, sorang layan blog)


Blowalking jengah sahabat maya, ramai yang belum ada entry baru untuk hari ni.


Ni kalau off PC, mesti mata ajak tidur ni.


Nak keluar beli suratkhabar pun terasa malas.


Pakaian sedang menunggu tu, satu bakul untuk disterika.


Bulan puasa ni kena tukar jadual menggosok baju, kena gosok waktu malam. 


Kalau buat juga siang ni nescaya tekak akan terasa kering kontang dek kerana kehilangan air daripada badan dengan banyaknya.


Kepala sedang merangka, nak masak apa petang ni.


Yang dah terbayang di fikiran adalah masak lemak telur itik dan belimbing, goreng kerisi,goreng kobis, sambal tempoyak.


Kuih? Beli je la kot..


Hmm esok dah kerja semula..




Pecah Lemak

Bersenam pada waktu pagi amat sesuai untuk mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.


Ini adalah kerana senaman pada waktu ini membantu mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya sehingga 24 jam yang akan menggalakan pembakaran kalori sepanjang hari.


Latihan kardio yang dilakukan pada waktu pagidapat memecahkan lemak pada waktu itu kerana otot dan glikogen hati serta karbo yang tersimpan biasanya sangat rendah. Jadi tubuh berada di dalam keadaan bersedia untuk membakar lemak pada waktu pagi.


Hmm kalau hari kerja, memang tak dapat nak agih-agihkan waktu untuk bersenam, bangun dah awal tapi masih jugak gagal nak untukkan khas melakukan senaman.


Padahal bersenam ni bukanlah satu kerja yang terlalu sukar untuk dilakukan tapi kenapa lah puan rohaya ni susah sangat nak buat? Sekarang ni harapkan aerobic sekali seminggu je, mana nak jadi apa..

Wahai sahabat maya sekalian, bagaimana dengan rejim senaman anda?? boleh kongsi-kongsikan?










Menu hari ke 6

Baru aja siap masak untuk berbuka nanti, awalkan? Nadhirah la ajak saya masak kuih tepung pelita sama-sama. Oleh kerana ini kali pertama nak mencuba, pastinya tak boleh start lambat, nanti kelam kabut.


Resipi untuk kuih tepung pelita ni saya copy dari blog MYRESIPI.


Buatnya senang cuma rasanya bagaimana tu, kena tunggu waktu berbuka nanti.

Harap-harap sedap rasanya, kalau tak sedap mesti kena kondem dengan Nadhirah.
Untuk lauk pulak , saya masak sup ayam ( permintaan Nadhirah), daging goreng lada hitam dan goreng sayur buncis . Cukuplah , berlebih sangat pun tidak bagus juga.






Air pulak pastinya teh o limau suam dan horlick suam.

Kuning dan oren sihatkan kulit

Kalau nak kulit yang cantik dan sihat, kita disarankan untuk melebihkan pengambilan lobak merah dan buah atau sayur dalam kumpulan warna kuning dan oren.

Cuba la ambik secara tetap dan perhatikan kesannya pada kulit.

Selamat mencuba!

Tips Kurus!

Minum soya boleh cairkan lomak-lomak di badan .
Menurut kajian, wanita yang banyak meminum air soya mempunyai kadar lemak yang rendah berbanding mereka yang mengelaknya.
Untuk memudahkan pembakaran lemak, minumlah susu soya kocak.


Pilih beras merah kerana kandungan lemak dan karbo rendah berbanding beras putih.


Pilih roti jika tidak makan nasi untuk sumber karbo.


Pilih putih telur saja untuk hidangan telur kerana telur kuning mempunyai kolestrol yang tinggi.


Pilih minyak jagung atau minyak zaitun untuk memasak.


Pilih air masak berbanding air manis.