Cerita petang Jumaat

Dihidangkan cerita rojak daripada Jendela Hidup di petang Jumaat nan indah ini.

1. Keluar ofis pukul 1.30 petang tadi, terus menuju ke sekolah keb. Nadhirah dah sedia menunggu di dalam kelas,kesian dia sebab masih lagi demam, kejap kebah kejap panas semula, batuk pun belum hilang.

Cikgu datang tunjuk buku rekod, Nadhirah ada peningkatan, ujian pada bulan March dapat no 15 dan sekarang dapat no 6. Alhamdulillah.

2. Keluar dari sekolah terus pulang ke rumah,plan asal nak terus ke Maybank , tapi perut ni macam meminta untuk di isi, Nadhirah dah siap makan di transit, tak ada selera lagi nak makan ..ok lah mama masak maggie jelah untuk alas perut.

3. Sementara tu mesin kain utk 1 trip pertama, dijangka banyak trip hari ni kerana sudah 3 hari saya tak cuci baju. ( ada yang mengeleng kepala nampaknya tu..). mesin basuh tidak berfungsi sejak minggu lepas dan syukur hari ni kembali pulih seperti biasa.

4. Ketika di belakang rumah untuk menyediakan kain untuk dicuci oleh mesin , jiran belakang bagitau rumah beliau dimasukki pencuri, rumah beliau betul-betul bersebelahan dengan rumah Rafidah A.K.A Linda . Menurutnya lagi, pencuri a.k.a tu masuk melalui pagar rumah Linda. Kerugian hampir 50 ribu. Rumah ni tak jauh dari pondok pengawal sebenarnya, lebih kurang 100 meter di depan rumah je .Itulah malang tidak berbau. Risau jugak la kan, kita bayar tiap bulan duit kepada security dengan harapan rumah terjaga tetapi ini yang terjadi. Di sini agak kerap kes kecurian berlaku.

5.Ok, itu aja cerita buat masa ni. Nak ke Maybank dah ni. 

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu