Posts

Showing posts from July, 2011

Sesi bakar lemak di Bandar Baru Selayang

Image
Tuan blog yang mewah lemak. Umar berlatangbelakangkan peserta yang sedang melakukan aerobic Umar lagi... NI aerobic terakhir untuk bulan ni dan akan bersambung semula 6 minggu dari sekarang. Tak tau lah selepas 6 bulan berakhir macam mana rupa semua orang, adakah kekal macam hari ni atau ada yang mengembang atau ada yang makin slim. Kita tengok je nanti .

SENARIO ops pocot!

Image
2 minggu lepas saya mendapat 4 keping tiket wayang percuma daripada seorang blogger. Beliau yang menerima 4 keping tiket ni daripada NUFFNANG   sempena birthday beliau. Memandangkan beliau jauh nunnnn di sana , tak dapatlah beliau menerima hadiah NUFFNANG ini. Dan saya seorang yang bertuah kerana terpilih untuk menerima tiket ini bagi pihak blogger tersebut. Terimakasih untuk Ann! Kami memilih untuk menonton di TGV Suria KLCC, jam 9.30 malam, 30/7/2011 yakni malam tadi. Filemnya adalah SENARIO OPS POCOT Ceritanya seronok la untuk tontonan keluarga, saya biasa-biasa aja sebab memang bukanlah minat sangat dengan Senario ni, anak-anak yang asyik mengelekek je sepanjang tayangan ini. Kalau mereka gembira, saya lagi gembira sebab tujuan menonton tu pun untuk gembirakan hati anak-anak. Semoga dapat tiket free daripada NUFFNANG bila harijadi sendiri nanti, kalau ada rezeki.

Masak singgang je..

Pagi-pagi tadi dah ke pasar, hari ni nak masak singgang ikan tongkol , goreng kobis, goreng ikan kembung, sambal tempoyak dan ulam daun selom dan tak lupa BUDU. Ceapt-cepat masak sebab nak makan sama-sama dengan sepupu anak beranak yang akan berangkat jam 1.30 petang nanti. Saya suka bila makan ramai-ramai begitu sebabnya kebiasaannya di dalam rumah ni ada 4 orang je, yang bising cuma saya dan anak-anak, ketua rumah tak banyak kerenah, dapat gitar, gitar jelah yang berbunyi.. Hmm sambung nanti bila semua dah selesai ye! Banyak hari tak buat blogwalking, rindu dengan blog sahabat maya semua.

Mudah.com.my = kegilaan baru saya

Image
Semenjak dua menjak ni, kerap pula saya bertandang ke MUDAH.com.my. Inilah dua perkara yang saya asyik ulang tengok di MUDAH.

Susahnya nak kekalkan UV..

Image

BICARA HATI

Image
Sedang baca untuk kali ke 2...best cerita ni.

Nasi beriani..mengujakan!

Teruja dengan nasi beriani? hmm pantang dengar makanan ye, terus teruja ! Sebenarnya tengah hari ni Madam kat ofis tu nak belanja semua staff jabatan saya makan nasi beriani, tapau dari restoran. Yang jadi teruja adalah madam tu bukannya selalu nak belanja khas untuk saya dan seorang lagi sahabat dan hari ni beliau belanja dengan niat sempena menyambut kedatangan Ramadhan. . Kami berdua je Muslim di dalam jabatan saya yang seramai 20 orang tu. Madam selalu belanja makan kat luar tapi kami berdua jarang mengikuti kerana mereka selalunya mengambil masa untuk memilih tempat yang halal,jadi daripada menyusahkan mereka daripada terkial-kial baiklah kami duduk diam-diam kat ofis, tapau je sendiri dari foodcourt. Semalam terdengar madam bercakap dengan salah seorang staff atasan jabatan saya, dia nak jadikan acara belanja sebelum Ramadhan ni satu rutin tahunan.Plan asal beliau nak belanja nasi lemak, tak tau kenapa tiba-tiba bertukar jadi nasi beriani pulak Hmmm boleh la , nasi le

Berapa berat saya??

Image
Malam tadi tergerak hati nak timbang berat badan, maklumlah sikit hari lagi nak masuk bulan puasa dah , kan? Balik Tampin memang lah seperti masuk ke lubuk makanan yang sedap-sedap. mak mertuo den memang pakar masakan tau! Hmmmm perlu ke di paparkan beratku itu? Ohhh tidaakkkkk..... Nasib baiklah penimbang itu memang diciptakan mampu menahan berat badan orang, kalau tak, sekali pijak terus ranap. Berat sebahagian badan dah cecah hampir 40kg kot Cuba teka berapa berat saya he he. .

Penasaran bila..........

Sungguh-sungguh penasaran rasanya bila: 1. Internet slow ..semut jalan lagiii laju 2. Kalau dah slow gitu, memang tak dapat nak blogwalking. 3. Tak dapat blogwalking maknanya makin merudum lah UV blog ni..dah le 2 hari balik kampung, UV takat 20 orang je . 4. Dah cuba banyak kali masih lagi lip lap macam mentol tak ada bateri je signal ni, senang cerita SHUTDOWN terus!

Balik Kampung lagi!

Malam ni kami anak beranak akan bertolak ke Tampin, rumah MIL. Kata abah, durian dah gugur, bila lagi nak balik ni? Hmmm macam tu lah anak menantu zaman sekarang, dah kena hello baru rasa nak balik jenguh mak abah ye! He he kami memang plan nak balik minggu ni sebenarnya dan kebetulan pulak abah call tanya macam tu, rasa macam teruk pulak kami ni. Belakang rumah MIL tu ada 2,3 batang pokok durian, boleh la merasa kalau time berbuah macam ni. Anak-anak tengah lelah ni, ok ke makan durian?

Butik Yasmeen terima BE!.

Image
Seronok pagi ni bila tengok Nuffnang,  ada BE baru untuk blogshop saya, BUTIK YASMEEN Terima kasih untuk Nuffnang  dan PENGIKLAN psssst ada jualan murah di BUTIK YASMEEN tau!

Sekitar Majlis Menyambut Menantu

Image
Ayam masak merah dalam kuali besar tu.. Adik lelaki - masih solo Adik lelaki ke tiga - masih solo Serius benar bawa besen...adik lelaki kedua saya, masih solo 2 adik lelaki saya...yang tunjuk isyarat peace yo tu pengantin lelakinya. Antara orang-orang kampung yang datang... Mak saya....sepanjang hari tersenyum gembira menerima menantu, tapi gambar ni  kurang senyuman nampaknya Orang baru dalam keluarga saya... Menantu kedua a.k.a menantu baru mak saya.... Nadhirah, anak dara saya....dia agak semput time ni.. Ni Umar, anak bujang saya.. Menantu pertama mak saya ni..... Berapa agaknya jumlah duit dalam mangkuk ni? ..

Oppsss terlewat lagi!!

Plan dah cukup cantik malam tadi, tidur awal dan bangun semula untuk apa saja yang boleh bagi saya tenang dan rileks. Celik mata, tengok jam , 3.30 pagi...cantekkk...waktu yang sangat mendamaikan dan penuh dengan idea. Bangun menuju bilik air, terdengar macam bunyi bising je kat belakang rumah..suspens pulak rasanya..yelah sebelum ni ada kes pecah rumah terjadi kat rumah belakang tu.. Slow2 selak langsir, ehhh rumah belakang terang, rumah sebelah terang...biasanya kalau dua buah rumah ni terang benderang bermaknanya jam sudah melebihi pukul 5...berlari semula tengok jam...makkk aiiii 5.49 pagi rupanya. Kejap lepas tu azan Subuh berkumandang...Lepas solat Subuh laju-laju tengok blog. Maka terhasil la catatan ini. Kita hanya mampu merancang, Allah Jua yang Menentukan. Tak dapat blogwalking.....

Suka suka nak tulis..

Hmm dah malam baru dapat buat catatan…lantaran kesibukan dengan kerja-kerja dunia yang tidak pernah ada penghujung .. Saya rasa ada juga orang lain yang mood mereka agak lari bila hari Isnin…ntah apa salahnya hari Isnin tu tak tau la. Yang saya tau, Isnin selalunya saya kelam kabut dan terkejar-kejar serta berat nak melangkah ke pejabat. Kebelakangan ini saya memang ‘TIDAK RAJIN’ untuk mencari apa-apa bahan untuk catatan..banyak sebab la kalau nak dijadikan sebab untuk KETIDAKRAJINAN saya itu. Jadinya, setiap catatan yang terhasil adalah hasil dari ketidakrajinan saya sendiri, tulis tangkap muat..janji tak menyalahi undang-undang. Daripada saya berhempas pulas memerah idea untuk catatan menarik dan kesudahannya tiada catatan terhasil , lebih elok saya menulis je apa yang terlintas di kotak fikiran. Tadi sebenarnya saya bangun lewat, 6.15 baru terjaga…tengoklah saya ni, mau tak kelam kabut dan terkejar-kejar. Saya dah terjaga sebelum tu pukul 5 seperti biasa, ntah angin malas tahap

Betapa bahagianya saya.....

Image
Biarlah gambar yang menerangkan betapa bahagianya hidup saya....mengembang seperti bunga yang mekar di taman hu hu.. Sekitar majlis akad nikah adik saya dan majlis menyambut menantu di rumah mak di Trg, time ni saya jadi bibik je sepanjang hari... Penat nak menjawab soalan"kenapa nampak makin gemuk lening?" Hmmmmm

Tidak WAJIB BACA

Eh kejap je kan dah pun petang Ahad..esok kerja isk isk....pejam celik pejam celik habis seminggu..lagi 2 minggu Ramadhan akan muncul...tak sabar nak tunggu Ramadhan. Hari ni bermula seawal 5.30 pagi..siapkan bihun goreng untuk suami, maklumlah saya dan anak-anak nak keluar, biasalah pagi minggu kami join aerobic rakyat di perkarangan MPS. Seronok aerobic hari ni, mungkin mood ok kot. Lepas aerobic terus tambahkan kalori dalam badan. Kali ni kami memilih restoran yang menjadi pilihan Jalan-jalan Cari Makan iaitu Restoran Wau Bulan di Bandar Baru Selayang, terletak berdepan dengan KFC. Banyak pilihan makanan selera timur di situ..kami sepakat memilik Laksam. Tak rugi la mencuba sebab rasanya pun boleh tahan. Balik dari situ kami lepak kejap di rumah makcik, sesi bercerita sememangnya tak pernah habis..kami berdua memang pantang berjumpa, tapi kalau tak jumpa pun sama jugak, handphone jadi penghubung..cerita benda yang sama je, tentang kehidupan kami. Tengah hari masak lem

Semua bertukarrrrr......BE menjadi ME

Image
Ni bukannya guna superpower atau apa, tapi memang dah sampai masa untuk menjadi matang.....ada manusia menjadi matang, simpanan menjadi matang, pelaburan matang...ni mana-mana BE yang dah matang akan bertukar menjadi ME. Terima kasih untuk NUFFNANG walaupun semuanya dah pun matang.. ** tak nak bagi yang baru ke?

Cerita ceriti Hari Sabtu

Dah pun petang ye..kejap je kalau Sabtu dan Ahad...kalau weekdays rasanya nak tunggu 5.15 punya la lama. Hari ni masak tomyam campur, kailan ikan masin, selar kuning goreng, sambal belacan dan ulam. Nasi mesti la ada sekali... Lepas masak , bawa Umar gunting rambut kat kedai gunting yang biasa kami pergi, tak jauh pun dari rumah. Umar memuji diri, "hensem betul Umar ni lepas gunting rambut pacak macam ni" ...hmm dia selalu perasan dia hensem he he. Dari kedai gunting, memandu pula ke Klinik Ansar, Bandar Baru Selayang, lega ada parking dekat klinik. Lega kerana tiada pesakit lain yang menunggu giliran. Masuk je bilik doktor , terus doktor bertanya "penat ye?'..soalan rutin doktor tiap kali Nadhirah datang jumpa dia. Saya bagitau, "bukan lelah tapi patutnya hari ni kena buat X-ray,kalau perlu, doktor yang cadangkan Isnin lepas".. "ooo ye la, ishh terlupa  pulak" Doktor check paru-paru, dah clear , katanya. "tak perlu

Nuffnang - Masih offline ke?

Image
Ketika entry ini ditaip jam menunjukkan pukul 10.14 malam, saya mencuba sekali lagi untuk menjenguk NUFFNANG , keadaannya masih sama seperti awal pagi tadi, rujuk ENTRY NI Orang lain semua tak ada masalah seperti saya ke?

Bihun Sup untuk sebulan setengah

Kononnya ni satu janji la , janji dengan Nadhirah sebenarnya. Tiap hari sebelum ni dia asyik makan bihun sup je. Dicadangkan kepada saya agar mencuba bihun sup ni sehingga abis bulan Ramadhan, pasti kurus katanya. Jangan makan nasi lagi dah! Ok, mama terima cadangan ni tapi Sabtu dan Ahad kena bertukar kepada menu yang normal. Kesian anak dara saya tu, nak tengok sangat mama dia kurus macam mama kawan-kawan dia.

Tidur lagi...

Jam 6 petang, semua staff dapat menggunakan kemudahan internet di pejabat. Saya baru terjaga dari tidur, tengok tu habis kerja 5.15, saya sempat melenakan diri walhalnya plan asal nak habiskan bacaan novel. Sekarang menunggu signal untuk pulang. Eh kenapa saya jadi macam ni ha? Asyik nak tidur je...kejap lagi mesti lena dalam perjalanan. Malam nanti pun mesti sama punya, tidur terus sebaik anak-anak lena. Rasa sungguh berat hati untuk korbankan masa tidur untuk lain-lain perkara pada saat ini. Hmm hari ni untuk ceritaka hal tidur je nampaknya..

Mood ke laut datang lagi....

Saya paling tak suka kalau mood macam ni datang menganggu. Mood yang membuatkan saya malas nak on pc dan malas nak tengok blog sendiri, apatah lagi blog orang lain. Nak mencari idea untuk blog menjadi perkara yang sukar sesukarnya. Rasa betul-betul menganggu perasaan bila berkeadaan begini. Bulan July ni memang bulan yang agak mencabar di dalam kehidupan saya..kenapa dan mengapa tu biarlah saya sendiri yang tau. Lemah sangat rupanya saya ni, kan? Sikit punya hal terus terganggu hubungan dengan blog. Kena tunggu betul-betul selesai semua perkara, baru boleh tumpukan perhatian pada blog semula. Agaknya lepas raya puasa nanti kot baru keadaan ok semula. Lama tu.... Nampaknya untuk sementara waktu ni, blog ini akan diupdate secara suka suka hati sendiri. Terima kasih pada yang masih sudi datang menjenguk dan meninggalkan jejak. Saya akan menjejaki anda semua semula nanti ye!

BERAHI - loghat Terengganu

Tika entry ni ditaip, saya baru saja selesai membaca Diari Suami ( salah satu kolumn di dalam Majalah MIDI). Ni bacaan kali ke 2 sebenarnya. Kisah En.Jalil ketika mula-mula kawin dengan isterinya yang berasal dari negeri Terengganu. En.Jalil pula berasal dari Johor. Dari situ lah bermula perbezaan loghat. Tersenyum sendirian saya membaca tulisan beliau bilamana beliau merasa agak cemburu bila si isteri memberitahu yang beliau BERAHI dengan seorang pakcik kat pasar. Selepas itu baru lah En.Jalil tu faham maksud berahi yang sebenarnya dalam loghat Terengganu. Teringatkan peristiwa saya dimarahi oleh kakak ipar saya ketika beraya di Pontian, Johor beberapa tahun yang lepas. Kak Long : " nak rasa kuih ni tak?" tanya beliau sambil menyuakan sebalang kuih raya kepada saya. Saya :" tak nak, tak berahi" Kak Long : " ishhhhh apa lah dengan kuih pun  cakap lucah macam tu" ( serius muka dia time ni) Saya: (tergelak tengok muka dia) "Eh te

Kembali di Selayang Mulia

4 hari di kampung tercinta, akhirnya kembali meneruskan rutin seperti biasa. Sampai di rumah pukul 6 lebih petang semalam, bertolak jam 10 pagi, singgah di rumah saudara untuk misi kenyangkan perut dan lepak hilangkan penat lebih kurang 1 jam setengah. Seperti biasa dan seperti orang lain juga, kalau dah balik dari bercuti memang akan banyak kain baju yang perlu dicuci , tambahan pulak saya ni pemalas orangnya, saya balik ke Terengganu minggu lepas dengan membiarkan pakaian kotor di dalam bakul. Alasan saya untuk itu adalah saya terlalu penat untuk sepanjang petang Khamis lepas, menyiapkan kerja madam, malamnya pula berkejar ke Klinik Ansar untuk temankan Nadhirah mengambil nebulizer. Balik dari klinik, saya menyertai anak-anak dan suami melelapkan mata sebelum bergerak pulang ke kampung jam 2 pagi. Malam tadi selepas 2 trip mesin kain, saya dan anak-anak ke Klinik Ansar lagi ( haiii kaya raya la doktor kalau ramai pesakit yang tiap hari jumpa doktor macam saya ni he he ) .

Skandal Saya - Kisah benar

Wahh tajuk , memang sentap kan perasaan! Alang-alang bercerita pasal skandal hari ni sejak pagi, malamnya kita pun ceritalah pasal skandal kita pula..sebagai penutup cerita. Ala bukan apa pun, saya ni kan kaki novel..kalau novel tu best kerana hero best memanglah sehari dua tu watak hero tu melekat dalam hati. Kalau berpuluh novel yang saya baca, berpuluh watak hero melekat dalam hati, tapi kejap je la lepas tu hilang lah pergi semuanya Itu kira skandal jugakla kan? He he.

Skandal di Pejabat

Hari ni kita bercerita pasal skandal je...tadi skandal alam maya sekarang skandal di pejabat je. Kalau skandal di pejabat memang terlalu sangat la kita dengar dan lihat ( bagi yang bekerja). Cerita macam ni seolah tak ada apa pun dah... Kat ofis saya tu, berlambak-lambak kes macam ni...suami orang skandal dengan isteri orang, dara dengan suami orang, janda dengan suami orang. Saya suami isteri bekerja di bawah satu bumbung, memang saya cukup risau kalau suami saya ada skandal dengan rakan sepejabat ...ehh memang lah kena risau kan? Ada tau kisah macam ni kat ofis tu, suami isteri kerja sekali, suami diam-diam ada skandal dengan orang kat situ jugak, si isteri tak mengetahui tapi orang-orang lain mengetahui...Nah! situasi macam ni lah saya risaukan,saya tak tau apa-apa tapi orang sekeliling  semua tau. Malu tauuu! Orang pandang-pandang kita tanpa sebab yang kita ketahui.. Itulah saya pesan kat suami saya, apa-apa bagi tau saya , jangan orang lain yang jadi tukang sampaikan.

Minum Petang

Image
Balik Terengganu tak cari keropok lekor, memang tak sah! Petang-petang begini di kampung saya adalah menikmati kesedapan keropok lekor! ****** ini adalah gambar ulangtayang, bukan gambar hari ni!

Sarapan time!

Masih dikampung halaman lagi ni.. Time sarapan memang meriah kat sini , ** tiada gambar, sila bayangkan sendiri, nak tengok jugak sila hadiahkan kamera digital untuk saya, yang ada dah rosak, hp kyu jenis cap ayam, tak ada kamera! Menunggu seorang akak a.k.a penjual kuih bermotor lalu depan rumah memang menyiksakan he he. Maunya tidak, pukul 8 baru nak lalu, kadang-kadang banyak kuih dah habis bila sampai depan rumah mak. Akak ni dah berusia 50-an sebenarnya, dia menjaja pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, bergantung-gantung kuih muih pada bakul motor. Bukan dia yang buat semua makanan ni, dia cuma tolong jualkan je.. Antara yang dijual : Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak,laksam. Donut, kuih bom, pau, kayu keramat, cekodok pisang, jagung rebus berkelapa dan macam-macam lagi la...ni semua yang mak beli tiap kali balik sebab masing-masing ada selera sendiri.  Senang kan? Sediakan duit je.. memang kami jarang gila nak masak sendiri untuk sarapan, kena l

Sibuk menyambut menantu!

Kenduri Menyambut Menantu sedang berlangsung....... Sekarang orang-orang kampung saya ( kaum wanita saja) naik ke rumah, menuju ruang tamu... ...untuk berjumpa dengan menantu mak...bersalam, bagi lah sumbangan seikhlas hati. *** tunggu gambar bila balik KL nanti, maklumlah menumpang kamera orang!

Semua kepenatan!

Terbaring semua nampaknya lepas kenduri..penat weii walaupun hanya majlis kecil. Tak ada idea lagi nak tulis, nak tidur. Pengantin baru pun dah masuk bilik. Kami pun nak masuk bilik juga la..

Pening berpusing di kampung pula

Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai di kampung halaman tercinta. Banyak betul tugasan menunggu setibanya saya di kampung. Beginilah kalau tidak cukup tenaga tapi masih lagi teringin nak kenduri. Serba serbi kelam kabut jadinya. Apa pun saya berharap segalanya berjalan lancar, Insyaallah. Sekalipun ini sekadar majlis menyambut menantu, segalanya perlu dipastikan tiada sebarang masalah yang timbul ...tau jelah mulut orang kampung, kalau boleh segalanya mesti sempurna, kalau ada kekurangan mulalah keluar kat ASTRO , CNN segala bagai. Ada tak sahabat kita yang mempunyai cerita-cerita lucu,suka duka ketika majlis kenduri? Sudikanlah kongsi cerita bersama saya di ruangan komen ye!

Pesanan atau arahan?

Hari tu saya ada bagitau kat sini, bos saya meninggalkan amanat untuk saya siapkan sepeninggalan beliau untuk ke Vancouver, Kanada selama seminggu. Katanya, nak MINTAK TOLONG ( perkataan  mesra bagi menggantikan perkataan arahan ) sambil tangan menunjukkan kepada timbunan document yang tingginya melebihi tinggi saya yang tak berapa cukup tinggi ni. Itu sebenarnya adalah helaian minit mesyuarat untuk salah satu unit yang paling penting di syarikat saya bekerja. Dan minit mesyuarat yang menimbun tinggi itu adalah bermula dari tarikh awal Januari 2008 hingga 24 June 2011. Bos bermesyuarat sekali seminggu untuk unit ini. Dalam timbunan ini ada 2 set minit mesyuarat dan lampiran yang sama tetapi satu daripadanya adalah yang telah disahkan, tugas saya mengasingkan antara dua itu, yang telah disahkan simpan di dalam satu kotak, lagi satu SILA BUANG. Oleh kerana ianya bercampur-campur memang berpinar biji mata untuk menyusunnya. Katanya lagi, sempatlah U siapkan , I tak ada seming

Pening berpusing

Saya rasa minggu ni adalah minggu paling memenatkan. Bukanlah nak mengeluh atau apa, sekadar nak share perasaan ni pada siapa yang membaca atau paling tidak pun meluahkan pada skrin bisu ini. Pagi-pagi ke Klinik Ansar bersama Nadhirah untuk ambil nebulizer. Lepas tu drive ke pejabat,siapkan kerja hingga tamat waktu kerja. Balik rumah tapau makanan , laju-laju bersiap untuk ke Klinik Ansar semula untuk ambil nebulizer sekali lagi. Badan rasa penat walaupun memandu untuk ke klinik tidak lah sejauh mana, dalam 15 minit dah sampai . Kadang-kadang kerisauan seorang ibu terhadap anak turut membuatkan badan dan minda terasa letih. Masa untuk tidur yang berkualiti agak kurang minggu ni, kerap terjaga untuk tengokkan Nadhirah, mana tau sedang mama lena tidur, anak pula sedang semput..memang tidur-tidur jaga jadinya. Sejak pulang dari kerja semalam, memang kepala ni terasa berat sekali, mengantuk pun ye jugak.. malam tadi saya boleh terlelap ketika menunggu waktu giliran untuk berjum

Buffered pertama untuk Julai

Image
Malam tadi keletihan dan kelelahan , pagi-pagi ni terubat keletihan melihat di dashboard Nuffnang, ada satu Buffered Earning untuk Julai ini. Terimakasih NUFFNANG dan pengiklan yang memilih blog ini sebagai salah satu tempat untuk mengiklan produk mereka. Oleh kerana pemacu semangat dah bertambah, malam ni kita double lagi usaha untuk blogwalking dan buat entry.

Kumohon beradu

Saya perlu tidur awal malam ni kerana terlalu letih ...hari ni masa banyak dihabiskan di atas jalanraya, ke sana sini hingga rasa lenguh badan ni. Baru je ni pulang dari Klinik Ansar,Nadhirah perlu ambil nebulizer lagi pagi esok , pukul 9 pagi. Nampaknya masuk lambat la saya ke pejabat pagi esok, harap-harap bos memahami keadaan saya. Nadhirah sudah pun lena, hari ni rasanya seperti seorang kelelahan..tadi ketika di klinik, jam menghampiri pukul 9.30 malam, waktu untuk klinik ditutup tapi nampaknya masih ramai pesakit sedang menunggu. Kelam kabut nampaknya doktor, tengok Nadhirah kejap, lari ke bilik rawatan sebelah untuk check pesakit lain.Tengok doktor pun macam lelah, tapi lelah dia tak sama dengan lelah Nadhirah, lelah dia lelah masyyuuuukkk. Umar pun dah pejam celik nampaknya tu. Saya pun nak join mereka sekali menganyam mimpi. Tiada entry lagi untuk malam ni , tiada blogwalking sepanjang malam ni. Izikan diriku mengundur diri, melelapkan mata sepanjang malam ini.

Hari yang tiada nafsu!

Bermula awal pagi hingga saat entry ini ditaip jam 5 petang, jiwa betul-betul kosong. Pagi tadi , ketika aerobic terasa begitu tak bertenaga, tak dapat fokus, hati tak tenang. Lepas aerobic, makan macam biasa je seperti setiap kali lepas aerobic..hati terasa sayu dan pilu tanpa sebab kukuh! Kongsikan rasa dengan makcik, dia cakap ada waktunya dia pun berperasaan begitu, tiba-tiba terasa sayu dan pilu datang menerpa dalam hati. Kena selawat dan beristighfar banyak-banyak, katanya. Hari ni saya tak masak pun, mood tak tau kemana..kadangkala masak beria tapi kurang sambutan daripada isi rumah, beli je la nampaknya, alang-alang dah sampai ke restoran Pak Tam. Hujan lebat pagi tadi turut menambahkan pilu di hati. Lepas update blog tengah hari tadi, saya tidur bersama anak-anak. Suami memang tidur lebih awal lagi kerana migrain menyerang. Sekarang baru je lepas siapkan minum petang, donut (hasil tangan Nadhirah) dan teh o panas. Sambung semula berblog karang bila suda

Nasi lemak Paru

Tadi balik dari pasar, singgah ke kedai Makcik Kelantan, biasalah beli nasi lemak berlaukkan paru goreng , 3 bungkus ( abah dan 2 anak), mama dah pun kenyangkan perut di pasar bersama makcik seperti biasa. Balik rumah, 3 beranak ni pun makanlah nasi lemak tadi tu. Saya ke belakang rumah, memberus pakaian sekolah Nadhirah..memang rutin mingguan adalah memberus baju sekolah dan stoking.Oleh kerana hari ni dia demam, mencuci kasut sekolah turut menjadi tugas saya. Ketika sedang mencuci tu, Umar datang dengan mulut bercomotkan sambal nasi lemak, di tangannya ada paru goreng, dia bertanya pada saya: Umar : "Mama, ni apa?" Mama:" Paru la." Umar : "Paru ni paru-paru ke?" Mama : "Ya." Umar :" Ini paru-paru yang sempit ke?" Mama : ( terus tergelak kecil) Umar : "Atau ni paru-paru luas? Umar punya paru-paru luas sekarang,kakak punya paru-paru sempit sekarang. Paru ni luas ke sempit ni, mama?" Mama : ( se