Bahana Ibu Leka Berblog

Saya memang lama sikit mengadap blog pagi ni, selepas bersarapan bersama anak-anak, suami pula kerja hari ni.


Memang saya kasi can mereka berdua nak main apa, tak naklah marah-marah **kononnya..


Ketika saya ralit menulis entry contest di atas, Dhirah datang bertanyakan kepada saya:


Nadhirah : Mama, boleh tak kalau Dhirah nak potong rambut takat ni kat dahi?


Mama : hmm boleh...


Tak lama selepas tu, dia datang kepada saya dan menunjukkan rambut yang dah dipotong!
Terkejut bukan kepalang saya melihatnya.




Belum habis terkejut Nadhirah potong rambut, datang pulak si adik, bagitau dia pun potong rambut jugak.




Nadhirah cakap " bukan salah dhirah pun, sebab dhirah dah pun mintak izin tadi"


adoiii la mama ni ingatkan nak potong kat kedai..


terpaksalah off dan mengemas apa yang mereka dah sepahkan....

Comments

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    bijak bijak...
    tanda anak2 yg suka berusaha sendiri

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. hehe...sampai mcm tu ye kak? hehe, lucu lah.

    memang kdg2 kita jadi ralit bila dah buka blog ni kan?...

    ReplyDelete
  3. Rozali - salam..ngeri jugakla tadi sebab gunting tu tajam..gunting tu untuk gunting kain, dia lapik kerusi untuk ambik kat atas kabinet.

    ReplyDelete
  4. Ummi Na - itu lah, kadang2 kalau dah mengadap blog, tak sedar anak buat apa..

    ReplyDelete
  5. muahaha....lurus bendul betul anak akak..:)

    ReplyDelete
  6. Papa Mifz - sekarang dia asyik cakap rasa lawa sangat hari ni dengan rambut baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu