Hujan, Lelah, MC, Blog

Hujan
Lebat gila hujan awal pagi tadi, terasa betul-betul dingin, risau juga kerana ketika sejuk begini lelah cepat menyerang, cepat-cepat sapu vicks di dada dan sarungkan stoking. Selimut berbungkus.


Pagi ni suami ambik cuti separuh hari kerana hujan. Nak memandu seperti malas, nak bawak motor nanti basah kuyup, sudahnya dia berlingkar je depan TV selepas menghantar anak-anak ke sekolah.


Lelah
Rasanya lelah dah hampir berlalu pergi namun saya belum ke klinik pagi ni. Janji dengan doktor pukul 11, sempatlah untuk buat apa yang patut dulu kat rumah.


MC
Nampaknya jumlah MC yang telah saya kumpul bermula awal tahun hingga ke hari ni adalah 10 hari, satu rekod semenjak saya bekerja 13 tahun di syarikat sekarang. Agak buruk rekodnya tapi apakan daya kita untuk melawan ketentuan Ilahi.


Blog
Hmmm bila ada masa yang lapang macam sekarang, dapatlah saya mengemaskini blog ni untuk sejam dua, tak boleh lama-lama, bos kat rumah dah pesan jangan terlalu lama mengadap pc, nanti LELAH! Kiranya sekarang ni bertambah lagi satu faktor menghalang saya berlamaan bermesra dengan blog.


Apa pun bersyukur kerana segalanya masih lagi berjalan seperti biasa.

Comments

  1. sama mcm saya..saya pun ada athma..sekarang dah pakai gas sedut inhaler tu..

    ReplyDelete
  2. mrs Yie- cuba petua yang diberikan oleh khairul hakimin:

    ambik kismis kan, kalo yg besor2 lagi bagus. rendam dalam air semalaman, pepagi sebelum makan / minum apa2 minum air tu & kunyah seme kismis2 tu. petua masa saya pegi buat umrah. ;)) alhamdulillah.

    pastikan bekas air tu bertutup tau, dan jumlah kismis biar banyak tapi jumlahnya ganjil macam 11 biji, 9, 13, gitu la ;)) moga cepat sihat tau!

    ReplyDelete
  3. yan - terima kasih atas doa tu..sekarang dah ok banyak lepas ambik nebulizer lagi petang tadi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu