Program Susu 1Malaysia

Semalam pulang je dari sekolah, Nadhirah terus tunjukkan borang program susu  1Malaysia.

"Mesti isi dan pulangkan esok tau, mama". Pesan anak dara saya tu.

Program ni macam kita dulu-dulu agaknya, agaknya salah satu cara untuk mengatasi masalah kanak-kanak obes.

Tapi sayangnya Nadhirah tak sukakan susu, apa-apa jenis minuman atau makanan yang ada rasa susu semuanya ditolak ole Nadhirah.

Bila dapat borang tu, dia agak kecewa sebabnya dia je yang tak minum susu, pastinya dia rasa lain sikit kot bila semua kawan suka susu.

" kenapa Dhirah ni tak suka susu, kalau tak mesti seronok kan minum sama-sama dengan kawan di sekolah,"
kedengaran seperti mengeluh aja tu..

Nadhirah hanya sukakan susu mama dia, mula menyusu sejak lahir hingga la berusia 3 tahun lebih.Sejak berenti minum susu mama , Nadhirah hanya minum soya sekiranya tekak teringin, selebihnya dia minum air masak je.



Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu